Show Menu
Cheatography

Konsep Pinjaman Menurut Pandangan Islam Cheat Sheet by

Konsep pinjaman menurut Islam Fqh Muamalat

KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Al- Ariya'
🤗 merujuk kepada pinjaman yang melibatkan pemb­erian sesuatu barang atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam secara percuma. Sekiranya barang tersebut barang yang mudah musnah atau susut nilainya maka akad pinjaman tidak sah.
Al- Qard
🤗 pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh diangg­arkan dan diganti mengikut bilangan, sukartan atau timbangan.

DEFINISI AL QARD

🤗Bahasa :
al-qat'u iaitu poto­ng
🤗Ist­ilah :
merujuk kepada peny­erahan sesuatu barang atau harta🎁 daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut sama nilai dengan dengan­nya­💵=💵 akan diga­ntikan ke pemilik asal tanpa sebarang penamb­aha­n🚫➕.

DALIL PENGHA­RAMAN RIBA

الَّذِينَ يَأْكُ­لُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَ­بَّطُهُ الشَّي­ْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنّ­َهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّـهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُول­َـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢٧٥﴾
"­Ora­ng-­orang yang memakan (menga­mbil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuy­ung­-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengat­akan: "­Bahawa sesung­guhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah mengha­lalkan berjua­l-beli (berniaga) dan mengha­ramkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu is berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengha­raman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terser­ahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamn­ya."­ (Surah Al Baqarah : 275)

FATWA PENGHA­RAMAN RIBA

🤗 Al-Mu'­tamar AI Islamiy li Majma' al-Buhuth al-Isl­amiyyah membuat keputusan bahawa faedah yang dikenakan dalam semua bentuk pinjaman (hutang) adalah riba.
🤗 Majma' al-Fiqh al-Islamiy mengel­uarkan fatwa bahawa setiap penambahan atau faedah ke atas hutang disebabkan peminjam lewat menjel­askan hutang atau faedah yang ditetapkan pada awal kontrak pinjaman, kedua-­duanya adalah riba yang diharamkan oleh hukum syara'.
🤗 Muzakarah Jawata­nkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membuat keputusan bahawa "Wang faedah yang diperolehi dari bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitul­mal."
 

PRINSIP AL QARD AL HASSAN

🤗 Al Qard Al Hassan ialah pinjaman yang baik✅ .
🤗 Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja­💵=💵 tanpa dikenakan faedah.
🤗 Konsep kebaikan dalam kontrak ini juga menjurus kepada kepada sifat toleransi dan prihatin peminjam yang boleh memberikan saguhati berbentuk wang 💵 kepada pemiutang sewaktu melunaskan hutangnya sebagai tanda pengha­rgaan.
🤗 Hukum memberi hutang kepada sese­orang yang memerlukan adalah sunat manakala harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan untuk membeb­askan dirinya daripada kesemp­itan hidup.
🤗 Prinsip utama akad qard iaitu ta'awun iaitu saling bantu-­bantu 💞.

RUKUN AL QARD

🤗 Pemi­utang (orang yang memberikan pinjaman)🕺
🤗 Peng­hut­ang­/pe­min­jam🙇
🤗 Barang yang dipinj­am💰
🤗 Sighah (Lafaz Ijab dan Qabul)🤝

OBJEKTIF PERLAK­SANAAN AL QARD AL HASSAN

🤗 Membantu golongan yang memerl­ukan.
🤗 Menguk­uhkan sektor sosio ekonomi negara.
🤗 Menyed­iakan ruang, peluang dan kemudahan kepada golongan berpen­dapatan rendah untuk menceb­urkan diri dalam sektor pernia­gaan.
🤗 Mengha­puskan diskri­minasi sosial dan ekonomi dalam masyar­akat.

AL QARD AL HASSAN PENJANA SOSIO EKONOMI UMMAH

🤗 Skim pembiayaan secara mikroedit untuk sektor ekonomi industri kecil dan sederh­ana
🤗 Skim pajak gadai Islam atau Al Rahnu
🤗 Skim pinjaman kewangan dan pembiayaan untuk menunaikan haji dan umrah

PRINSIP UMUM KETIKA BERHUT­ANG

🤗 Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditu­lis bagi memastikan pihak-­pihak yang berkon­trak.
🤗 Tidak boleh mengenakan bayaran tambahan terhadap pinjaman.
🤗 Kepent­ingan meny­ele­saikan semua hutang turut disyar­atkan dalam perwar­isan.
🤗 Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipula­ngkan dalam tempoh sebaga­imana yang dijanj­ikan.
 

BANTUAN KEPADA ASNAF AL GHARIMIN

Inst­itusi Zakat berperanan untuk :
🤗 Meri­ngankan beban yang dihadapi oleh golongan yang hutang atau golongan asnaf al gharimin.
🤗 Mewu­judkan keseim­bangan dalam aspek sosioe­kon­omi masyarakat contohnya golongan yang berpen­dapatan tinggi mengel­uarkan zakat supaya dapat membantu golongan yang memerl­ukan.

GEJALA CETI HARAM

🤗 Kegiatan ceti haram ialah berten­tangan dengan ajaran Islam meng­andungi unsur riba dengan meng­enakan bayaran bunga atau faedah serta tidak telus
🤗 Aktiviti ah long atau ceti haram juga sering dikaitkan dengan keganasan 😲 serta melakukan kekerasan 😱 seperti ugutan 😫 , tindakan menced­erakan peminjam 😨, pembunuhan 😵 dan sebaga­inya.

KESI­MPU­LAN

🌹 Tabiat gemar berhutang wajar dihindari kerana kesannya mengak­ibatkan seseorang itu hidup dalam kegusaran.
🌹 Umat Islam dianjurkan untuk menjalani kehidupan secara bersed­erhana dan bersyukur.
🌹 Islam telah mensya­riatkan instrumen pemberian pinjaman kewangan yang tidak membeb­ankan pengguna menerusi prinsip al-qard al-hasan.
🌹 Pelan pinjaman al-qard al-hasan wajar dikete­ngahkan dan diperl­uaskan lagi pelaks­ana­annya sebagai salah satu asas dalam mengge­rakkan sistem ekonomi Islam yang bebas daripada elemen riba.
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          fiqh muamalat Cheat Sheet
          Jua FiqhMuamalat Cheat Sheet