Show Menu
Cheatography

Jua FiqhMuamalat Cheat Sheet by

Konsep Pinjaman dalam Islam

KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Konsep
Pada penelitian perund­angan islam, pinjaman terbahagi kepada dua bahagian iaitu al-'a­riyah dan al-qard.
Defi­nisi
Al-'­ari­yah ialah pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma.
 
🐝 Barang yang dipinjam hendaklah dipula­ngkan kepada tuannya dan bukan memula­ngkan gantian barang tersebut.
 
🐝 Hak pemilikan pemberi pinjam ke atas barang tersebut masih kekal dan peminjam tidak bertan­ggu­ngjawab terhadap sebarang kerosakan bagi barang tersebut kecuali kecuaian adalah berpunca daripada peminjam sendiri.
 
Al-q­ard dari segi bahasa bermaksud al-qat'u (potong). Harta yang diberikan kepada orang yang berhutang dinamakan qard kerana pemiutang memotong (menga­mbil) sebahagian hartanya untuk diberikan kepada penghu­tang. Dari segi istilah pula, al-qard merujuk kepada hutang sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penamb­ahan.

Ruku­n-rukun Al-a'riyah (pinja­man)

🌈 Pemberi pinjam - Dia mestilah memiliki perkhi­dmatan barang yang dipinj­amkan.
🌈 Peminjam - mestilah dilakukan dengan sukarela dan menyatakan hasratnya dengan khusus.
🌈 Sighah - Mestiah mempunyai lafaz ijab dan qabul yang membawa maksud pemberian pinjaman.

Rukun Al Qard (berhu­tang)

🌸 Pemiutang (orang yang memberikan pinjaman)
- Seorang ahli tabarru‘ yang boleh mengur­uskan harta, berurus niaga (ahliyyah al-mu'­amalah) dan memiliki harta tersebut.
 
-Tiada unsur paksaan (redha).
🌸 Penghu­tan­g/p­eminjam
- Bukan orang yang gila atau kanak-­kanak.
 
- Tiada unsur paksaan (redha).
 
- Berkem­ampuan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat.
🌸 Barang yang dipinjam
- Mazhab Maliki, Syafi'i dan Hambali mengatakan harus diberi hutang bagi barang­-barang yang boleh disukat atau ditimbang seperti emas.
🌸 sighah
- Mestiah mempunyai lafaz ijab dan qabul yang membawa maksud pemberian hutang.
 

Hukum Al-A'r­iyah

Hukum memberi pinjam kepada seseorang yang memerlukan adalah sunat.

Hukum al-Qard al-Hasan

Hukum pelaks­anaan al-Qard al-hasan adalah sunat. Jelas bahawa hukum memberi hutang kepada seseorang yang memerlukan adalah sunat manakala harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan untuk membeb­askan dirinya daripada kesempitan hidup. Jelaslah disini bahawa Islam merupakan satu agama yang menyed­iakan ruang dan jalan penyel­esaian terhadap kesulitan yang dihadapi oleh umat manusia. Ia selaras dengan prinsip utama yang mendasari akad qard iaitu ta'awun iaitu saling bantu-­bantu di kalangan sesama insan.

Dalil Pengha­raman riba

ٱلَّذِينَ يَأۡڪُ­لُونَ ٱلرِّب­َوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَ­بَّطُهُ ٱلشَّي­ۡطَـٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّ‌ۚ ذَٲلِكَ بِأَنّ­َهُمۡ قَالُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡبَيۡعُ مِثۡلُ ٱلرِّب­َوٰاْ‌ۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّب­َوٰاْ‌ۚ فَمَن جَآءَهُ ۥ مَوۡعِ­ظَةٌ۬ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُ ۥ مَا سَلَفَ وَأَمۡرُهُ ۥۤ إِلَى ٱللَّهِ‌ۖ وَمَنۡ عَادَ فَأُوْ­لَـ­ٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِ­دُونَ (٢٧٥)
Terjem­ahan: "­Ora­ng-­orang yang memakan (menga­mbil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuy­ung­-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengat­akan: "­Bahawa sesung­guhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah mengha­lalkan berjua­l-beli (berniaga) dan mengha­ramkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu is berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengha­raman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terser­ahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamn­ya."­

Dalil pensya­riatan al-Qard

مَّن ذَا ٱلَّذِى يُقۡرِضُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنً۬ا فَيُضَ­ـٰع­ِفَهُ ۥ لَهُ ۥۤ أَضۡعَ­افً۬ا ڪَثِير­َةً۬‌ۚ وَٱللَّهُ يَقۡبِضُ وَيَبۡ­صُۜطُ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَ­عُونَ (٢٤٥)
Terjem­ahan: "­Sia­pakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan bergan­da-­ganda banyaknya dan (ingat­lah), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada­Nyalah kamu semua dikemb­ali­kan."
 

Prinsip al-Qard al-Hasan (pinjaman yang baik)

🌼 Prinsip muamalah Islam secara jelas mengha­ramkan sebarang bentuk pinjaman wang yang mempunyai faedah. Sebarang tambahan nilai atau lebihan daripada jumlah pinjaman yang asal adalah dianggap sebagai riba.
🌼 Islam hanya memben­arkan transaksi pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur riba dan mengut­amakan kebajikan dan keadilan sosial.
           
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Konsep Pinjaman Menurut Pandangan Islam Cheat Sheet
          fiqh muamalat Cheat Sheet