Cheatography
https://cheatography.com
Konsep pinjaman menurut Islam Fqh Muamalat
KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Al- Ariya' |
🤗 merujuk kepada pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barang atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam secara percuma. Sekiranya barang tersebut barang yang mudah musnah atau susut nilainya maka akad pinjaman tidak sah. |
Al- Qard |
🤗 pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan, sukartan atau timbangan. |
DEFINISI AL QARD
🤗Bahasa : al-qat'u iaitu potong✂
|
🤗Istilah : merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta🎁 daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut sama nilai dengan dengannya💵=💵 akan digantikan ke pemilik asal tanpa sebarang penambahan🚫➕.
|
DALIL PENGHARAMAN RIBA
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّـهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢٧٥﴾ "Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu is berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (Surah Al Baqarah : 275)
|
FATWA PENGHARAMAN RIBA
🤗 Al-Mu'tamar AI Islamiy li Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah membuat keputusan bahawa faedah yang dikenakan dalam semua bentuk pinjaman (hutang) adalah riba. |
🤗 Majma' al-Fiqh al-Islamiy mengeluarkan fatwa bahawa setiap penambahan atau faedah ke atas hutang disebabkan peminjam lewat menjelaskan hutang atau faedah yang ditetapkan pada awal kontrak pinjaman, kedua-duanya adalah riba yang diharamkan oleh hukum syara'. |
🤗 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membuat keputusan bahawa "Wang faedah yang diperolehi dari bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal." |
|
|
PRINSIP AL QARD AL HASSAN
🤗 Al Qard Al Hassan ialah pinjaman yang baik✅ . |
🤗 Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja💵=💵 tanpa dikenakan faedah. |
🤗 Konsep kebaikan dalam kontrak ini juga menjurus kepada kepada sifat toleransi dan prihatin peminjam yang boleh memberikan saguhati berbentuk wang 💵 kepada pemiutang sewaktu melunaskan hutangnya sebagai tanda penghargaan. |
🤗 Hukum memberi hutang kepada seseorang yang memerlukan adalah sunat manakala harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan untuk membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup. |
🤗 Prinsip utama akad qard iaitu ta'awun iaitu saling bantu-bantu 💞. |
RUKUN AL QARD
🤗 Pemiutang (orang yang memberikan pinjaman)🕺 |
🤗 Penghutang/peminjam🙇 |
🤗 Barang yang dipinjam💰 |
🤗 Sighah (Lafaz Ijab dan Qabul)🤝 |
OBJEKTIF PERLAKSANAAN AL QARD AL HASSAN
🤗 Membantu golongan yang memerlukan. |
🤗 Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. |
🤗 Menyediakan ruang, peluang dan kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah untuk menceburkan diri dalam sektor perniagaan. |
🤗 Menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat. |
AL QARD AL HASSAN PENJANA SOSIO EKONOMI UMMAH
🤗 Skim pembiayaan secara mikroedit untuk sektor ekonomi industri kecil dan sederhana |
🤗 Skim pajak gadai Islam atau Al Rahnu |
🤗 Skim pinjaman kewangan dan pembiayaan untuk menunaikan haji dan umrah |
PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG
🤗 Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-pihak yang berkontrak. |
🤗 Tidak boleh mengenakan bayaran tambahan terhadap pinjaman. |
🤗 Kepentingan menyelesaikan semua hutang turut disyaratkan dalam perwarisan. |
🤗 Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh sebagaimana yang dijanjikan. |
|
|
BANTUAN KEPADA ASNAF AL GHARIMIN
Institusi Zakat berperanan untuk : |
🤗 Meringankan beban yang dihadapi oleh golongan yang hutang atau golongan asnaf al gharimin. |
🤗 Mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosioekonomi masyarakat contohnya golongan yang berpendapatan tinggi mengeluarkan zakat supaya dapat membantu golongan yang memerlukan. |
GEJALA CETI HARAM
🤗 Kegiatan ceti haram ialah bertentangan dengan ajaran Islam mengandungi unsur riba dengan mengenakan bayaran bunga atau faedah serta tidak telus |
🤗 Aktiviti ah long atau ceti haram juga sering dikaitkan dengan keganasan 😲 serta melakukan kekerasan 😱 seperti ugutan 😫 , tindakan mencederakan peminjam 😨, pembunuhan 😵 dan sebagainya. |
KESIMPULAN
🌹 Tabiat gemar berhutang wajar dihindari kerana kesannya mengakibatkan seseorang itu hidup dalam kegusaran. |
🌹 Umat Islam dianjurkan untuk menjalani kehidupan secara bersederhana dan bersyukur. |
🌹 Islam telah mensyariatkan instrumen pemberian pinjaman kewangan yang tidak membebankan pengguna menerusi prinsip al-qard al-hasan. |
🌹 Pelan pinjaman al-qard al-hasan wajar diketengahkan dan diperluaskan lagi pelaksanaannya sebagai salah satu asas dalam menggerakkan sistem ekonomi Islam yang bebas daripada elemen riba. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets