Show Menu
Cheatography

MUNAWWARAHMALIK Cheat Sheet by

INDIVIDUAL ASSIGMENT: FIQH MUAMALAT( PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM)

KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

PENDAH­ULUAN
Pada era ini, berhutang merupakan trend sama ada bagi memenuhi kehendak atau kemahuan manusia. Manusia mendam­bakan kehidupan yang mewah tetapi dengan berhut­ang.Pe­rkara ini perlu dititi­kbe­ratkan kerana Allah hanya akan beri apa yang kita perlu bukan mahu dan setiap perkara ditakd­irkan olehnya termasuk rezeki kehidupan.
DALIL
Sesung­guhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehe­nda­ki-Nya tanpa hisab [surah al-Imran ayat 37]

PAND­ANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN HUTANG

~ Islam tidak mengal­akkan umatnya berhutang demi kepuasan atau kepent­ingan diri yang didorong oleh hawa nafsu.
~ Berhutang memberi impak yang buruk kepada diri dan ahli keluarga.
~ Islam menyar­ankan umatnya menjalani kehidupan yang sederhana serta bersifat qana'ah.
~ Rasulullah menyamakan perbuatan berhutang dan tidak dilang­saikan seperti orang yang mati dalam keadaan kufur.
Abu Said al-Khu­driyy meriwa­yatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku memohon perlin­dungan daripada Allah daripada perbuatan kufur dan hutang. Seorang lelaki bertanya kepada Baginda, adakah kamu samakan kekufuran dengan hutang wahai Rasull­ullah? Baginda menjawab: Ya, mohon dilindungi daripada hutang"

PINJAMAN AL- ARIYAH

AL-ARIYAH (pinjaman)
* BAHASA : Perpin­dahan
* ISTILAH : Memberikan manfaat sesuatu benda yang halal kepada orang lain dengan tidak merosakkan keadaan asal benda itu apabila dipula­ngkan semula kepada pemilik asal
*HUKUM : HARUS
 
RUKUN
a) Peminjam
b) Pemberi pinjam
c) Barang pinjaman
d) Sighah
 
KONSEP
# Pemberian sesuatu barang bagi tujuan penggunaan manfaat tersebut secara percuma
# Pinjaman yang melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan misalnya kereta, telefon bimbit, baju dan buku
# Barangan asal yang perlu dipula­ngkan kepada tuannya dan bukan barang gantian
# Jika barang mudah musnah seperti sabun maka akad pinjaman tidak sah
 
CONTOH: A meminj­amkan bukunya kepada B selama 2 minggu. Selepas 2 minggu, B perlu memula­ngkan semula buku A dalam keadaan asal tanpa kerosakan

DALIL PINJAMAN AL- ARIYAH

HADIS PINJAMAN AL- ARIYAH

 

PINJAMAN AL-QADR AL-HASAN

AL- QADR (hutang)
*BAHASA: Al-qat'u (potong)
*ISTILAH: Penyerahan barang daripada pemiutang kepada peminjam dengan syarat diganti dengan nilai/­barang yang sama
*HUKUM : SUNAT
 
OBJEKTIF
- Membantu golongan yang memerlukan
- Merapatkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin
- Menguk­uhkan sektor sosio ekonomi Negara
 
RUKUN
1) Pemiutang (orang yang beri hutang)
2) Peminjam
3) Barang yang dipinjam
4) Sighah (lafaz ijab dan kabul)
 
KONSEP
# Pinjaman melibatkan barang yang boleh diganti kembali
# Peminjam perlu pulangkan kembali barang dalam bentuk gantian bukan bentuk asal
# Dikenali sebagai salaf iaitu peminjam membayar kembali pinjaman tanpa sebarang tambahan
 
PRINSIP
1) Disebut pinjaman yang baik (al-qadr al-hasan)
2) Mengha­ramkan sebarang bentuk pinjaman wang yang mempunyai faedah
3) Penghutang perlu membayar balik hutang tanpa sebarang faedah
4) Pemberian hutang atau pinjaman wang
 
CONTOH: A memberi hutang kepada B sebanyak Rm 1000 untuk tempoh sebulan . Dalam tempoh sebulan B memula­ngkan semula hutang dengan nilai yang sama iaitu Rm 1000 dan bukan pulangkan wang kertas yang asal

DALIL AL-QADR AL- HASAN (SURAH AL-HADID)

HADIS AL-QADR AL- HASAN

PENJANA SOSIO EKONOMI UMMAH

PENJANA UMMAH
1) Amanah Ikhtiar Malaysia
2) Skim pajak gadai Islam(­Ar-­Rahnu)
3) Koperasi dan Bank

PRINSI­P-P­RINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG

1. Menulis kontrak
2. Tidak mengenakan kadar faedah kepada peminjam
3. Menyel­esaikan semua hutang sebelum pembah­agian harta si mati
4. Wajib pulang wang pada tempoh yang dijanji
 

BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHA­RIMIN

TUJUAN
1. Mewujudkan keseim­bangan dalam aspek sosial dan ekonomi dalam masyarakat
2. Mering­ankan beban yang dihadapi oleh golongan yang dibelenggu hutang atau asnaf al-gha­rimin
 
BANTUAN
1. Majlis Agama Islam Wilayah Persek­utuan (baitumal)

GEJALA CETI HARAM

1. Perniagaan pemberian pinjaman wang tanpa lesen yang sah(Ah Long)
2. Mengenakan kadar faedah
3. Berten­tangan dengan syariat Islam
KESAN
1. Keruntuhan rumah tangga
2. Perpecahan dalam keluarga

LARANGAN RIBA

RIBA
*BAHASA : Tambahan
*ISTILAH : Penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyar­atkan oleh pemberi pinjaman
*HUKUM : HARAM

DALIL RIBA

HADIS RIBA

KESI­MPU­LAN

1. Islam merupakan agama yang telah menyed­iakan jalan kehidupan yang syumul
2. Islam mengha­ruskan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan hanya dalam keadaan terdesak atau sangat memerlukan
3. Umat Islam dianjurkan untuk menjalani kehidupan secara bersed­erhana dan bersyukur dengan nikmat yang dikurn­iakan oleh Allah
4. Islam telah mensya­riatkan instrumen pemberian pinjaman kewangan yang tidak membeb­ankan pengguna menerusi prinsip al-qard al-hasan
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets