PENDAHULUAN
- Rata-ratanya masyarakat terpaksa berhutang atau membuat pinjaman kewangan untuk menikmati taraf hidup yang lebih selesa. |
- Pinjaman kewangan sudah menjadi trend dalam dunia hari ini. |
- Statistik Bank Negara Malaysia, pinjaman menerusi kad kredit adalam berjumlah RM23.8 billion. Manakala jumlah pinjaman peribadi adalah sebanyak RM4.5 billion. |
Prinsip al-Qard al-Hasan
- Perkataan al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik. |
- Merupakan keprihatinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan khususnya dalam aspek kewangan. |
- Menjurus kepada sifat toleransi dan prihatin peminjam yang boleh memberikan saguhati berbentuk wang kepada pemiutang. |
Dalil pensyariatan
surah al-Baqarah, ayat 245:
"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada
Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah
melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya
dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan
(pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."
Hukum al-Qard al-Hasan
- adalah sunat. |
- Hukum menjadi sunat apabila memberi hutang kepada seseorang yang memerlukan. |
- Hukum menjadi harus apabila berhutang dengan tujuan untuk membebaskan diri daripada kesempitan hidup. |
- Tidak harus memberikan pinjaman sekiranya diketahui bahawa wang tersebut akan digunakan bagi tujuan haram. |
Prinsip-prinsip umum ketika berhutang
i. Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis. |
ii. Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan. |
iii. Perwarisan iaitu sebelum sesuatu harta pusaka dibahagikan secara faraid, segala hutang piutang si mati hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. |
iv. Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh sebagaimana yang dijanjikan. |
|
|
Pandangan Islam mengenai amalan berhutang
- Membawa kemudaratan bukan sahaja kepada diri sendiri malah ahli keluarga. |
- Suka berhutang amat ditegah oleh Islam kerana agama yang mulia menganjurkan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersederhana dan mengutamakan sikap qana'ah. |
- Keinginan berhutang perlu diseimbangkan dengan keimanan serta penghayatan nilai-nilai murni yang digariskan oleh Islam. |
- Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW enggan menyembahyangkan jenazah seorang sahabat yang telah meninggal dunia setelah mengetahui sahabat yang meninggal dunia tersebut belum melangsaikan hutangnya. |
- Dosa orang tidak menjelaskan hutangnya amatlah berat lebih-lebih lagi jika hutang itu dilipat gandakan dengan riba. |
Rukun al-Qard
> Pemiutang |
(a) Seorang ahli tabarru‘ (yang boleh menguruskan harta). |
(b) Tiada unsur paksaan. |
> Penghutang/peminjam |
(a) Bukan seorang yang mahjur 'alaih kerana safih, orang gila atau kanak-kanak. |
(b) Tiada unsur paksaan. |
> Barang yang dipinjam |
> Sighah |
Larangan riba
Terdapat hadith Rasulullah SAW yang menggambarkan ketegasan Baginda dalam memerangi amalan riba. |
> "Rasulullah SAW mengutuk penerima riba, pemberi riba, pencatat dan dua orang saksi dan Baginda bersabda: Mereka semuanya adalah sama dalam melakukan dosa." |
Fatwa pengharaman riba |
> Antaranya, Al-Mu'tamar AI Islamiy li Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah kali kedua, pada bulan Mei tahun 1965 di Kaherah telah membuat keputusan bahawa faedah yang dikenakan dalam semua bentuk pinjaman (hutang) adalah riba. |
KESIMPULAN
Tabiat gemar berhutang wajar dihindari kerana kesannya mengakibatkan seseorang itu hidup dalam kegusaran, kerisauan dan tertekan sehingga menjejaskan kerukunan institusi kekeluargaan serta merenggangkan hubungan persaudaraan dan persahabatan. Umat Islam dianjurkan untuk menjalani kehidupan secara bersederhana dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah atas daya usaha masing-masing. Malah mereka diseru agar berhati-hati ketika membuat pinjaman kewangan agar tidak terjebak dalam kancah hutang yang bukan sahaja bertentangan dengan aspek perundangan negara malah melampaui batas-batas murni yang digariskan oleh Islam. |
|
|
Konsep pinjaman dalam Islam
Al-'ariyah |
Al-qard |
- Pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang. |
- Pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan |
- Hak pemilikan masih kekal pada pemberi pinjaman kecuali peminjam cuai. |
- Kesan daripada transaksi ialah wujudnya hutang daripada penghutang kepada pemiutang |
- Barang yang dipinjam hendaklah dipulangkan kepada tuannya dan bukan memulangkan gantian barang. |
- Penghutang hendaklah memulangkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan merupakan benda yang asal. |
Objektif pelaksanaan al-Qard al-Hasan
i. Membantu golongan yang memerlukan. |
ii. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin melalui pengagihan kekayaan. |
iii. Memupuk semangat persaudaraan di kalangan umat islam. |
iv. Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. |
v. Menyediakan ruang, peluang dan kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah. |
Gejala ceti haram
- Berdasarkan kepada statistik daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman, sehingga November 2008, sebanyak 249 kes di bawah seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) telah dilaporkan dan dibuka kertas siasatan di seluruh Malaysia. |
- Kegiatan ini bertentangan dengan ajaran Islam kerana perkhidmatan pinjaman kewangan yang ditawarkan mengandungi unsur riba dengan mengenakan bayaran bunga atau faedah serta tidak telus terutama sekali dalam aspek struktur pinjaman dan pembayaran balik. |
- Bagi memerangi kegiatan ceti haram, kerajaan mengambil tindakan berterusan untuk mengawal dan memantaunya menerusi usahasama dengan pelbagai agensi seperti pihak berkuasa tempatan, Polis DiRaja Malaysia dan NGO. |
Definisi al-Qard
Segi bahasa :- bermaksud al-qat'u (potong).
|
Segi istilah :- merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan.
|
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets