Show Menu
Cheatography

Kontrak Musaqah Cheat Sheet by

Tanah wakaf yang membawa manfaat kepada ummat.

Pengenalan

Menurut mazhab imam nawawi wakaf bererti terhal­angnya harta yang boleh dimanf­aatkan dari harta tersebut dengan mengek­alkan zat harta tersebut.
Harta wakaf ini tertahan dari sudut pemili­kannya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama demi memban­gunkan sosial dan ekonomi umat islam secara amnya.
Oleh itu satu pendekatan baru yang ditemui oleh Majlis Wakaf Malaysia bagi menjal­ankan usaha yang baik untuk memban­gunkan tanah wakaf yang terbiar dengan memper­ken­alkan konsep Musaqah dalam pertanian di Malaysia.

Kontrak Musaqah untuk Wakaf Pertanian

Musaqah dari segi bahasa adalah saling menyiram
Dari segi syara adalah satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdas­arkan hasil tanaman.

Syariat yang membol­ehkan hukum Musaqah

Majoriti ulama membol­ehkan akad ini berlan­daskan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Ibnu Umar r.a telah mencer­itakan, bahawa Rasulullah s.a.w pernah memben­arkan penduduk Yahudi Khaibar untuk menggarap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-b­uahan atau tanah pertan­iannya.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis tersebut adalah hadis sahih menurut Syeikh Nasiruddin al-Albani (al- ‘Asqani, Ibnu Hajar, 2012:328 – 329).
 

Rukun Musaqah

1. Kedua pihak yang berkon­trak.
- Kontrak yang dibuat adalah kedua duanya haruslah baligh dan berakal kerana ianya merupakan kontrak muamalat harta. Dalam kes lain seseorang boleh bertindak mewakili kanak-­kanak, orang gila atau kurang waras.
2. Punca kerja/­objek Musaqah.
-Perkara yang dirujuk oleh sighah kontrak (tanaman yang akan dipeli­hara). Beberapa ulama dalam Mazhab Syafie' berkata hukum ini turut membab­itkan kesemua jenis tanaman yang berbuah kerana diqiaskan dengan kurma dan anggur.
3. Buah
- Buah ini mestilah hanya diperu­ntukkan kepada pengusaha dan pemilik sahaja. Kedua-dua pihak mestilah kongsi buah tersebut. Bahagian yang bakal diperolehi oleh kedua-dua pihak mestilah dinyatakan dengan jelas contohnya 50-50/­40-60 atau 70-30 dan sebaga­inya.
4. Kerja
-Pengusaha wajib melakukan semua kerja yang perlu untuk memelihara mutu buah/ menamb­ahkan hasilnya dan kerja-­kerja ini haruslah berulang sepanjang tahun. Jika pemilik meletakkan syarat kepada pengusaha diluar kemampuan pengusaha maka kontrak tersebut TIDAK SAH.
5. Ijab dan Qabul.
- Mestilah mempunyai elemen penawaran (ijab) dan perset­ujuan (qabul) . Penawaran boleh diungk­apkan secara langsung atau tidak langsung. Jika pengusaha bersetuju dengan menyatakan perset­ujuan terhadap tawaran pemlik, kontrak Musaqah dinggap SAH. Bagi orang bisu, bahasa isyarat atau tulisan boleh diterima.
 

Modus operandi kontrak Musaqah

Contohnya Ahmad seorang yang sangat kaya dan memiliki banyak tanah dan ladang di mana-mana. Aiman pula seorang yang rajin bekerja tapi kekurangan lapangan pekerjaan, kerana Aiman orang yang jujur dan boleh dipercayai maka Ahmad menyer­ahkan sebahagian kebunnya kepada Aiman dengan ketentuan tertentu yang disetujui oleh kedua belah pihak. Dan dengan perset­ujuan itu maka Aiman harus menjaga dan merawat kebun Ahmad sebaiknya sehingga waktu hasilnya timbul maka hasilnya itu dibaha­gikan mengikut perset­ujuan yang dijanjkan pada akad musaqah tersebut.

Hukum kontrak tidak sah.

1. Salah satu pihak menetapkan bahawa pihak kedua melakukan perkara di luar tanggu­ngj­awa­bnya.
2. Bahagian yang diperolehi dan agihan hasil tidak dinyatakan dengan jelas.
3. Tanaman yang terlibat bukan jenis berbuah atau sebaga­inya.
4. Jika kontrak tersebut TIDAK SAH, semua buah yang diperolehi menjadi hak pemilik kerana ia adalah hasil daripada hak miliknya.

Hikmah Musaqah

1. Dapat memenuhi keperluan manusia dan memudahkan mereka memenuhi kepent­ingan bersama tanpa memuda­ratkan diri sendiri atau orang lain.
2. Kesuburan tumbuh­-tu­mbuhan dapat dijaga dengan rapi apabila konsep musaqah ini dilaks­anakan dengan baik.
3. Terhindar dari penipuan, pemerasan dan sebagainya kerana dalam akad musaqah ini harus ada kejelasan yang dapat dipert­ang­gun­gja­wabkan oleh kedua belah pihak.
4. Memberi kesempatan kepada orang lain untuk bekerja dan menikmati hasil kerjanya, sesuai dengan yang dikerj­akan.
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          izyanzulkani Cheat Sheet
          Fiqh Muamalat KFD 2303 Cheat Sheet