Show Menu
Cheatography

Tugasan fiqh muamalat Cheat Sheet by

Assignment Individu Fiqh Muamalat

KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM

Al-'­ari­yah
Al-q­ard
a) Barangan atau benda yang tidak musnah.
1) Melibatkan pemindahan milik barang yang boleh diganti mengikut bilangan.
b) cth: kereta­,te­lefon bimbit dan baju.
2) cth: A beri pinjaman kepada B. Oleh itu selepas tamatnya tempoh b perlu pulangkan nilai wang yg sama kepada A.
c) Sekiranya barang tersebut musnah akad pinjaman tidah sah.
3) Wujudnya hutang dan penghu­tang.

PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG

- Islam tidak mengga­lakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman atas sebab untuk melebihi keperluan asas kehidupan.
- Ini kerana, dunia hari ini di mana pelbagai pihak yang mempunyai khidmat pinjaman menerusi saluran yang tidak diiktiraf.
Rasu­llulah SAW juga bersabda :
:عن أبي سعيد الخدري عن النبي صلى الله عليه ؤسلم قال
اعوذ باالله من الکفر والدين فقال رجل أيعدل الدين بالکفر ؟ "
"قال نعم الاستعاذة من غلبة الدين
Maksudnya : Abu Said al-Khu­driyy meriwa­yatkan bahawa Rasullulah SAW telah bersabda : " Aku memohon perlin­dungan daripada Allah daripada perbuatan kufur dan hutang. Seorang lelaki bertanya kepada Baginda, adakah kamu samakan kekufuran dengan hutang wahai Rasull­ulah? Baginda menjawab: Ya, mohon dilindungi daripada hutang­".
 

DEFINISI AL-QARD

BAHASA - al-qat­'u(­pot­ong). Qard ( Harta yang diberikan kepada orang yang berhutang ).
ISTI­LAH - Penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut sama dengan nilainya.

RUKUN AL-QADR

1. Pemiutang ( orang yang memberikan pinjaman)
2.Peng­hut­ang­/pe­minjam
3. Barang yang dipinjam.
4. Sighah

PRINSIP AL-QARD AL-HASAN

-Mengh­aramkan sebarang bentuk pinjaman wang yang mempunyai faedah.
- Pinjaman yang mempunyai faedah ia mempunyai unsur-­unsur penindasan dan ketida­kad­ilan.
- Al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik.
- Ia merupakan manife­stasi keprih­atinan dan jumlah wang yang dipinjam tidak dikenakan faedah.
Dalil Pensya­ria­tan ( surah Al-Baq­arah, ayat 245 )
Terjemahan ;
" Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik ( yang ikhlas ) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan bergan­da-­ganda banyaknya dan ( ingatlah ), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadanya lah semua kamu dikemb­ali­kan."
 

HUKUM AL-QADR AL-HASAN

1. SUNAT = seseorang yang memerl­ukan.
2. HARUS = seseorang yang berhutang bagi tujuan untuk membeb­askan dirinya dari kesempitan hidup.
3. TIDAK HARUS = memberikan pinjaman jika ia ketahui bahawa wang tersebut akan digunakan bagi tujuan haram atau maksiat

OBJEKTIF PELAKS­ANAAN AL-QARD AL-HASAN

✔ Membantu golongan yang memerl­ukan.
✔ Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin dalam masyar­akat.
✔ Menguk­uhkan sektor sosio ekonomi negara.
✔ Mendapat keberkatan dunia dan akhirat.
✔ Mengha­puskan diskri­minasi sosial dan ekonomi dalam masyar­akat.

GEJALA CETI HARAM

- Berd­as­­arkan kepada statistik daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman, sehingga November 2008, sebanyak 249 kes di bawah seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) telah dilaporkan dan dibuka kertas siasatan di seluruh Malays­ia.
➡ Kegiatan ini berten­tangan dengan ajaran islam kerana mengan­dungi unsur riba' dengan adanya bayaran bunga atau faedah.
➡ Ceti haram ini juga dikaitkan dengan keganasan seperti ugutan dan pembun­uhan.
➡ Aktiviti ceti haram ini juga, menyeb­abkan berlakunya keruntuhan rumah tangga, dan perpecahan dalam keluarga.
➡Langkah yang diambil adalah member­hen­tikan pemberian lesen kepada peminjam wang, kempen kesedaran, adanya khidmat nasihat, dan menurunkan iklan ah long di kawasan kawasan perumahan.
 

LARANGAN RIBA'

" Wahai orang-­orang yang beriman ! Janganlah kamu makan atau mengambil riba' dengan berlip­at-­lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjay­a."
1. Baginda melaknat orang yang memakan riba', menjadi agen atau orang yang menjadi saksi.
2. Dosa orang yang melakukan riba' adalah amat berat di sisi Allah.
3. Menurut al-Sar­akhsi - Hutang yang mengha­silkan faedah adalah dikira tidak halal.
4. Ibnu Qudamah - Hutang yang disyar­atkan tambahan adalah haram .

PRINSI­P-P­RINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG

i) Setiap hutang yang dibuat perlulah menulis kontrak bagi mengel­akkan berlakunya penipuan.
ii) Tidak dibenarkan mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberi­kan­(ri­ba').
iii) Perlu menyel­esaikan semua hutang sebelum harta dibaha­gikan secara faraid.
iv) Wajib dipula­ngkan dalam tempoh sebaga­imana yang dijanj­ikan.
           
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Jua FiqhMuamalat Cheat Sheet
          Saiyidah Ibrahim Cheat Sheet