Show Menu
Cheatography

KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Cheat Sheet by

Assigment fiqh muamalat 2020

Pand­angan Islam Mengenai Amalan Berhut­ang

- Islam tidak mengga­lakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan.

Hukum al-qard al-hasan

# Hukum melaks­anakan qard hasan adalah sunat berdas­arkan hadith Rasulullah SAW dan ijma' para fuqaha'
#Hadith yang diriwa­yatkan oleh Ibn Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda: "­Sesiapa daripada kalangan muslin yang memberi pinjaman kepada muslim yang lain sebanyak dua kali, ganjar­annya seperti melakukan sedekah sekali­".
#Prinsip utama yang mendasari akad qard iaitu ta'awun iaitu saling bantu membantu di kalangan sesama insan untuk mering­ankan beban.

Bantuan kepada asnaf al-gha­rimin

~Institusi zakat begitu signifikan bagi mewujudkan keseim­bangan dalm aspek sosial dan ekonomi dalam masyarakat iaitu golongan yang berkem­ampuan mengel­uarkan zakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.
~Proses agihan ialah golongan ini terpaksa berhutang atas faktor­-faktor memenuhi keperluan asas kehidupan.
Sebagai contoh: Majlis Agama Islam Wilayah Persek­utuan melalui Bahagian Baitulmal setiap tahun telah mengkh­ususkan sejumlah peruntukan bagi membeb­askan asnaf al-gha­rimin daripada belenggu hutang.
Sebagai contoh:membeli makanan, bagi tujuan perubatan, pembelian barang­-barang asasi selepas ditimpa musibah seperti kebakaran.
 

Konsep Pinjaman Dalam Islam

Al-'ariyah
Al-qard
Pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta untuk memberi pinjaman ke bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma.
Pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh diangg­arkan dan diganti mengikut bilang­an,­sukatan atau timbangan.

Rukun al-Qard

1.Pemiutang (Orang yang memberikan pinjaman)
~~ Boleh mengur­uskan harta, berurus niaga (ahliyyah al-mu'­amalah) dan memiliki harta dan tiada unsur paksaan (redha).
2.Penghu­tan­g/p­eminjam
~~ Bukan seorang yang gila atau kanak-­kanak dan tiada unsur paksaan (redha) yang mampu untuk membayar balik pinjaman yang telah dilakukan.
3.Barang yang disimpan
>Fu­qaha' berselisih pendapat tentang barang­-barang yang sah untuk diberi pinjam atau hutang.
>Fu­qaha' mazhab Maliki, Syafi'i dan Hanbali mengatakan HARUS diberi hutang bagi barang­-barang yang boleh disukat atau ditimbang seperti emas dan makanan termasuk barang­-barang qimiy.

Al-qard al-hasan (penjana sosio ekonomi ummah)

#Skim pembiayaan secara mikrok­redit dilihat dapat membantu proses penjanaan pendapatan secara tetap kepada golongan yang berpot­ensi.
#Pelak­sanaan pinjaman ini tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman, pemantauan yang berterusan oleh pihak yang berkenaan.
#Skim Al-rahnu ialah transaksi pemberian kemudahan pinjaman wang untuk menggadai (al-rahin) akan meletakkan barang gadaian (al-ma­rhun) yang bernilai seperti Emas.
#Institusi kewangan dan koperasi di Malaysia yang menawarkan skim pinjaman kewangan dan pembiayaan untuk menunaikan haji atau umrah meskipun tidak semua pinjaman tersebut adalah berlan­daskan kepada prinsip qard hasan.
 

Definisi Al- Qard

>Dari segi bahasa bermaksud al-qat'u (potong)
>Dari segi Istilah bermaksud penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penamb­ahan.
Al-Qard dikate­gorikan sebagai akad tabarru' iaitu kontrak yang berter­askan kepada konsep kebajikan.

Larangan Riba' (Surah Al- Baqarah: 278)

"Hai orang-­orang yang beriman, bertak­walah kepada Allah dan tinggalkan sisa Riba' (yang belum dipungut) jika kamu orang-­oarang yang beriman. (278)

Objektif pelaks­anaan al-Qard al-Hasan

1. Membantu golongan yang memerl­ukan.
3. Memupuk semangat persau­daraan, keprih­atinan, ehsan dan saling bantu membantu di kalangan umat islam.
5. Menyed­iakan ruang, peluang dan kemudahan kepada golongan yang berpen­dapatan rendah­untuk menceburi dalam bidang sektor pernia­gaan.
7. Salah satu wasilah da'wah kepada golongan bukan Islam mengenai kesyumulan dan keindahan Islam dengan memberikan bantuan pinjaman kewangan secara qard hasan.
2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin melalui pengagihan kekayaan dan sumber dalam masyar­akat.
4. Menguk­uhkan sektor sosio ekonomi dalam masyar­akat.
6. Mengha­puskan diskri­min­ikasi sosial dan ekonomi dalam masyar­akat.
8. Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.
 

Prinsip Al-Qard al- hasan

~ Sebarai tambahan nilai atau lebihan daripada jumlah pinjaman yang asal adalah dianggap sebagai riba'.
~ Islam hanya memben­arkan transaksi pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur riba' dan mengut­amakan kebajikan dan keadilan sosial(al-qard al- hasan).
~ Al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik.
~ Ia manife­stasi keprih­atinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya dalam kesemp­itan.

Prin­sip­-pr­insip umum ketika berhut­ang

- Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak yang berkontrak khususnya penghutang menyedari komitmen untuk membayar kembali hutang tersebut.
- Tidak boleh mengatakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan ke atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang.
- Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipula­ngkan dalam tempoh sebaga­imana yang telah dijanj­ikan.
-Kepen­tingan menyel­esaikan semua hutang turut disyar­iatkan dalam pewarisan.

Gejala ceti haram

~~Kegiatan ceti haram atau ah long secara jelas berten­tangan dengan ajaran Islam kerana perkhi­dmatan pinjaman kewangan yang ditawarkan mengan­dungi unsur riba' dengan mengenakan bayaran bunga atau faedah.
       
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          fiqh muamalat Cheat Sheet