Cheatography
https://cheatography.com
Fiqh Muamalat Konsep Pinjaman Menurut Perspektif Islam
KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
PENDAHULUAN |
- Menjadi lumrah manusia untuk mendambakan kehidupan yang serba mewah |
- Kebanyakkan masyarakat terpaksa berhutang untuk menikmati taraf hidup yang lebih selesa |
- Pinjaman kewangan sudah menjadi trend dalam dunia hari ini. |
PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG
- Islam sangat tidak menggalakkan berhutang atau membuat pinjaman kewangan. |
- Islam menyarankan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersederhana dan mengutamakan sikap qana'ah. |
- Rasullulah SAW enggan menyembahyangkan jenazah seorang sahabat yang telah meninggal dunia setelah mengetahui sahabat yang meninggal tersebut belum melangsaikan hutangnya. |
- Tindakkan Rasullulah SAW ini menggambarkan dosa orang tidak menjelaskan hutangnya begitu berat lebih-lebih lagi dalam situasi sekiranya hutangnya itu dilipat gandakan dengan riba'. |
KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM
AL-ARIYAH (PEMINJAM) |
AL-QARD (HUTANG) |
- Melibatkan barangan yang tidak musnah seperti kereta ,telefon bimbit dan sebagainya. Barang yang mudah musnah pinjaman tidak sah (sabun) |
- Melibatkan pemindahan pemilikan barang yang boleh diganti mengikut bilangan (wang kertas) |
DEFINISI AL-QARD
BAHASA : AL-Qart'u ( potong ) |
ISTILAH : Penyerahan barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan. |
LARANGAN RIBA'
Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah AL-Baqarah ayat 275 |
وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا |
"Allah telah menghalalkan berjual-beli iaitu berniaga dan mengharamkan tiba" |
Terdapat hadith Rasullulah SAW yang menyebut bahawa pinjaman (hutang) yang mempunyai manfaat ianya adalah riba' |
قال رسول االه صلى الله عليه وسلم - كل قرض جر منفعة, فهو ربا |
''Rasullulah SAW telah bersabda bahawa setiap peminjam (hutang) yang ada manfaat ianya adalah riba'' |
|
|
FATWA PENGHARAMAN RIBA
Al-Mu'tamar AI Islamiy li Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah kali kedua, pada bulan Mei tahun 1965 di Kaherah telah membuat keputusan bahawa faedah yang dikenakan dalam semua bentuk pinjaman (hutang) adalah riba. Manakala Majma' al-Fiqh al-Islamiy dalam persidangannya kali kedua di Jeddah pada 22-28 Disember 1985 telah mengeluarkan fatwa bahawa setiap penambahan atau faedah ke atas hutang disebabkan peminjam lewat menjelaskan hutang atau faedah yang ditetapkan pada awal kontrak pinjaman, kedua-duanya adalah riba yang diharamkan oleh hukum syara'. |
PRINSIP AL-QARD AL-HASAN
- Pemberi hutang atau peminjam wang bebas daripada unsur riba' |
- Peminjam hanya membayar perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa di kenakan sebarang faedah. |
- AL-Qard AL-Hasan bermaksud peminjam yang baik. |
HUKUM AL-QARD AL-HASAN
SUNAT : Memberikan hutang kepada orang yang memerlukan |
HARUS : Berhutang bertujuan membebaskan diri dari kesempitan hidup |
TIDAK HARUS : Mengetahui bahawa wang tersebut akan digunakan bagi tujuan haram atau maksiat. |
RUKUN AL-QARD
1. PEMIUTANG (memberi pinjaman) |
- Tidak gila atau kanak-kanak |
|
- Tiada unsur paksaan |
2. PENGHUTANG |
-Tidak gila atau kanak-kanak |
|
- Tiada unsur paksaan |
|
- Mampu membayar balik |
3. BARANG YANG DIPINJAM |
- Fuqaha' berselisih pendapat tentang barang-barang yang sah diberi pinjam atau hutang. Fuqaha' mazhab Hanafi mengatakan sah berhutang barang-barang mithliy (yang mempunyai unit yang serupa di pasar) iaitu yang boleh disukat, ditimbang dan dibilang dan mempunyai saiz yang hampir serupa seperti wang, telur, buah kelapa dan sebagainya. |
|
- Manakala fuqaha' mazhab Maliki, Syafi'i dan Hanbali mengatakan harus diberi hutang bagi barang-barang yang boleh disukat atau ditimbang seperti emas, perak dan makanan termasuk barang-barang qimiy seperti batu permata. Walaubagaimanapun, pandangan yang asah/ rajih mengatakan barang-barang yang jarang atau sukar atau tidak boleh dipulangkan seperti batu permata adalah tidak sah dijadikan hutang. |
4. SIGHAH |
- Lafaz ijab dan qabul |
|
|
OBJEKTIF PELAKSANAAN AL-QARD AL-HASAN
1. Membantu golongan yang memerlukan. |
2. Memerlukan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin melalui pengagihan kekayaan dan sumber dalam masyarakat. |
3. Memupuk semangat persaudaraan, keprihatinan, ehsan dan saling bantu membantu di kalangan umat Islam. |
4. Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. |
5. Menyediakan ruang, peluang dan kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah untuk menceburkan diri dalam sektor perniagaan dengan mengunakan kepakaran dan kemahiran yang ada di samping membantu menjana peluang pekerjaan kepada orang lain. |
6. Menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat. |
7. Sebagai salah satu wasilah da'wah kepada golongan bukan islam mengenai kesyumulan dan keindahan islam dengan memberikan bantuan pinjaman kewangan secara qaed hasan. |
8. Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat. |
INSTRUMEN PENJANA SOSIO EKONOMI UMMAH
SKIM PERKHIDMATAN PEMBERIAN WANG |
- Meringankan beban golongan yang terdesak dan tersepit dalam kancah krisis kewanagan. |
SKIM PEMBIAYAAN SECARA MIKROKREDIT |
- Memajukan sektor ekonomi tertentu khususnya industri kecil dan sederhana. |
SKIM PAJAK GADAI ISLAM ATAU ALRAHNU |
- Transaksi pemberian kemudahan pinjaman wang kepada pemegang gadaian sebagai cagaran terhadap pinjaman yang dibuat. |
SKIM PINJAMAN KEWANGAN DAN PEMBIAYAAN |
- Seseorang itu dibenarkan berhutang atau membuat pinjaman kewangan bertujuan menunaikan rukun Islam yang kelima sekiranya dia yakin mampu membayar balik. |
PRISIP-PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG
1. Setiap hutang yang dibuat perlulah ditulis. |
2. Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan. |
3. Selesaikan semua hutang si mati sebelum harta pusaka dibahagikan secara faraid. |
4. Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh yang telah dijanjikan. |
BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHARIMIN
INSTITUSI ZAKAT DAN BAITULMAL |
* Meringankan beban yang dihadapi oleh golongan yang dibelenggu hutang. |
* Mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi dalam masyarakat. |
* Memenuhi keperluan asas kehidupan kepada golongan yang kurang bernasib baik. |
GEJALA CETI HARAM
1. AH LONG |
2. PERKHIDMATAN PINJAMAN TANPA LESEN |
3. PERKHIDMATAN YANG MENGENAKAN FAEDAH |
4. PINJAMAN YANG BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT ISLAM |
KESAN |
- Menimbulkan kegelisahan masyarakat |
- Keruntuhan rumah tangga |
- Keluarga menjadi pecah belah |
- Boleh mendatangkan kecederaan |
- Akan menerima ugutan dari Ahlong |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets