Show Menu
Cheatography

KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Cheat Sheet by

Aktiviti pinjaman memang menjadi budaya oleh manusia bagi memenuhi kehendak disebabkan oleh kekurangan yang hendak dipenuhi.

KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM

AL-ARIYAH
Maksud : pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma.

Ciri-ciri : hak pemilikan ke atas barang tersebut masih kekal pada pemberi pinjaman dan peminjam tidak bertan­ggu­ngjawab terhadap sebarang kerosakan atau susut nilai bagi barang tersebut kecuali kecuaian adalah berpunca daripada peminjam sendiri.

Pemulangan semula : barang yang dipinjam hendaklah dipula­ngkan kepada tuannya dan bukan memula­ngkan gantian barang tersebut.

Contoh : kereta.

AL-QARD
Maksud : pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh diangg­arkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan.

Ciri-ciri : pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa syarat keuntu­ngan.

Pemulangan semula : peminjam hendaklah memula­ngkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan merupakan benda yang asal.

Contoh : pinjaman wang.

DEFINISI AL-QARD

- Bahasa : Al-qat­'u(­pot­ong).
- Istilah : penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penamb­ahan.
 

RUKUN AL-QARD

a) Pemiutang.
- Seorang ahli tabarru yang boleh mengur­­uskan harta, berurus niaga dan memiliki harta tersebut.
- Tiada unsur paksaan (redha).

b) Penghu­tang.
- Bukan seorang yang mahjur 'alaih kerana safih, orang gila atau kanak-­­kanak. Bagi kanak-­­kanak dan anak-anak yatim, mereka harus meminjam sekiranya mempunyai wali yang boleh mengur­­us­k­a­nnya.
- Tiada unsur paksaan (redha).
- Berkem­­ampuan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat.

c) Barang yang dipinjam.
- Fuqaha' mazhab Hanafi mengatakan sah berhutang barang­­-b­arang mithliy iaitu yang boleh disukat, ditimbang dan dibilang dan mempunyai saiz yang hampir serupa seperti wang, telur, buah kelapa dan sebaga­­inya.
- Fuqaha' mazhab Maliki, Syafi'i dan Hanbali mengatakan harus diberi hutang bagi barang­­-b­arang yang boleh disukat atau ditimbang seperti emas, perak dan makanan termasuk barang­­-b­arang qimiy seperti batu permata. Walaub­­ag­a­i­ma­­napun, pandangan yang asah/ rajih mengatakan barang­­-b­arang yang jarang atau sukar atau tidak boleh dipula­­ngkan seperti batu permata adalah tidak sah dijadikan hutang.

d) Sighah.
- Lafaz ijab dan qabul yang membawa maksud pemberian pinjaman dan hutang.
 

PRINSIP AL-QARD AL-HASAN

- Maksud : pinjaman yang baik.
- Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah.
- Konsep kebaikan dalam kontrak ini juga menjurus kepada kepada sifat toleransi dan prihatin peminjam yang boleh memberikan saguhati berbentuk wang kepada pemiutang sewaktu melunaskan hutangnya sebagai tanda pengha­rgaan kepada pemiutang kerana memberikan bantuan dalam keadaan terdesak.
- Hukum adalah SUNAT.

OBJEKTIF PELAKS­ANAAN AL-QARD AL-HASAN

1. Membantu golongan yang memerl­ukan.
2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin melalui pengagihan kekayaan dan sumber dalam masyar­akat.
3. Memupuk semangat persau­daraan, keprih­atinan, ehsan dan saling bantu membantu di kalangan umat Islam.

Al-QARD AL-HASAN INSTRUMEN SOSIO-­EKONOMI UMMAH

- Amanah Ikhtiar Malaysia dan beberapa koperasi Islam di negara ini merupakan agensi yang menawarkan skim pinjaman secara qard hasan dan pemantauan yang berterusan oleh pihak berkenaan kepada peminjam bagi memastikan bayaran pinjaman dilunaskan pada kadar dan tempoh yang telah dipers­etujui bersama.
- Skim pajak gadai Islam atau al-rahnu di Malaysia yang ditawarkan oleh koperasi dan bank juga menggu­nakan prinsip qard hasan iaitu tiada dikenakan sebarang kadar faedah.
       
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          fiqh muamalat Cheat Sheet
          Fiqh Muamalat Teori Pemilikan Dalam Islam Cheat Sheet