Cheatography
https://cheatography.com
PENDAHULUAN- Lumrah manusia yang begitu taksub dengan kemewahan harta dunia. | - Masyarakat terpaksa berhutang demi meningkatkan taraf hidup yang lebih selesa. | - Mereka sanggup hidup dengan hutang keliling pinggang. |
PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG- Islam tidak menggalakkan berhutang bagi melebihi keperluan asas kehidupan. | - Islam menyeru umatnya untuk hidup secara bersederhana serta mengutamakan qana’ah. | - Keinginan dan keimanan perlulah seimbang. | - Jiwa orang yang berhutang diselubungi keresahan dan tidak tenteram. |
KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM- 2 kategori pinjaman iaitu al-‘ariyah dan al-qard. | - Al-‘ariyah : Pinjaman melibatkan pemberian sesuatu barang yang tidak musnah dan boleh dikembalikan seperti baju oleh pemberi pinjam kepada peminjam bertujuan memanfaatkan barang tersebut secara percuma. | - Al-qard : Pinjaman melibatkan pemindahan pemilikan barangan yang boleh diganti mengikut bilangan. |
DEFINISI AL-QARD- Bahasa: al-qat’u (potong). Barang yang diberi pinjam kepada penghutang. | - Istilah: Penyerahan sesuatu barang daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut sama nilai dengannya dan dikembalikan kepada pemiliknya tanpa sebarang penambahan. |
| | LARANGAN RIBA’- Peringatan daripada Allah SWT agar bertaqwa kepadanya serta tidak memakan riba sudah jelas berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-baqarah ayat 275: وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا | - "Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba" | - Satu dirham riba dosanya melebihi tiga puluh enam kali melakukan maksiat zina. |
PRINSIP AL-QARD AL-HASAN- Al-Qard al-Hasan: Pinjaman yang baik. | - Keprihatinan seseorang dalam aspek kewangan untuk melakukan kebajikan dengan membantunya. | - Peminjaman tanpa sebarang faedah dikenakan. |
HUKUM AL-QARD AL-HASANSUNAT | HARUS | TIDAK HARUS | Memberi pinjam kepada yang memerlukan. | Berhutang untuk membebaskan diri daripada kesempitan hidup. | Mengetahui wang yang dipinjamkan adalah untuk kegunaan maksiat atau kegiatan haram. |
RUKUN AL-QARD1. Pemiutang (Pemberi pinjaman) | 3. Barang yang dipinjam | 2. Penghutang (Orang yang meminjam) | 4. Sighah (Ijab dan Qabul) |
| | OBJEKTIF PELAKSANAAN AL-QARD AL-HASAN- Membantu golongan yang memerlukan. | - Merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin. | - Memupuk semangat persaudaraan dan saling membantu antara umat islam. |
PRINSIP-PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANGi. Hutang hendaklah dicatat. | iii. Menyelesaikan hutang yang disyariatkan dalam perwarisan. | ii. Bayaran tambahan tidak dibenarkan. | iv. Wajib dipulangkan mengikut tempoh perjanjian. |
BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHARIMIN- Institusi zakat: Mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi. | - Golongan berkemampuan mengeluarkan zakat bagi meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik. |
GEJALA CETI HARAM- Ah Long atau perniagaan pinjaman wang tanpa lesen yang sah. | - Bertentangan dengan ajaran islam. | - Ia mengandungi unsur riba’. | - Dikaitkan dengan kekerasan dan keganasan. | - Kerajaan mengambil tindakan berterusan untuk mengawal kegiatan ini daripada berleluasa bersama pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia dan NGO. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets