Cheatography
https://cheatography.com
Nota ini berkaitan topik konsep pemilikan harta yang mengikut syarak yang telah ditetapkan di dalam Islam.
DEFINISI PEMILIKAN
Bahasa:- |
Istilah:- |
memiliki sesuatu dan mampu bertindak ke atasnya sebebasnya. |
sesuatu pengkhususan yang telah ditetapkan oleh syarak kepada pemilik harta tersebut untuk mengurus, mentadbir dan menguasai hartanya dan menghalang orang lain daripada menguasai harta tersebut. |
CIRI-CIRI PEMILIKAN SEMPURNA
i. Pemilik bersifat kekal dan mutlak ke atas hartanya, tiada jagka masa tamat kecuali pemilik itu sendiri ingin menamatkannya. |
ii. Pemilik mempunyai kuasa penuh ke atas harta yang dimilikinya dan boleh mengurus serta mentadbir hartanya tanpa campur tangan pihak lain. |
iii. Pemilik tidak perlu membayar sebarang ganti rugi kerosakan terhadap harta miliknya sendiri. |
SEBAB-SEBAB PEMILIKAN SEMPURNA
i. Penguasaan ke atas harta yang harus. |
Contohnya, tanah yang belum diteroka, bahan galian, binatang buruan yang hidup meliar dan kawasan rumput liar. Pemilik merupakan orang pertama yang berniat memilikinya melalui perbuatan dan penguasaannya . |
ii. Akad pindah milik. |
Kontrak pertukaran pemilik kepada pemilik yang lain. Contohnya, kontrak jual beli, hibah, hadiah dan wasiat |
iii. Hasil dari pengembangan harta yang dimilikinya. |
Contohnya, binatang yang lahir dari pemilik yang memiliki ibunya. |
|
|
JENIS PEMILIKAN
Pemilikan Sempurna |
Pemilikan Tidak Sempurna |
Al-Milk Tam ialah keadaan apabila seseorang memiliki harta dan sekaligus memanfaatkan harta tersebut. |
Al-Milk Naqis bermaksud memiliki salah satu daripada dua unsur yang terdapat dalam sesuatu harta sama ada fizikal harta tersebut atau manfaatnya sahaja. |
CIRI-CIRI PEMILIKAN TIDAK SEMPURNA
i. Bersifat sementara dan tidak kekal, tetapi terikat pada tempoh masa yang ditetapkan. |
ii. Segala perbelanjaan berkaitan harta yang dimanfaatkan hendaklah ditanggung oleh pemilik manfaat. |
iii. Harta hendaklah dikembalikan kepada pemilik harta setelah tamat tempoh. |
iv. Harta tidak boleh diwarisi. |
BAHAGIAN PEMILIKAN TIDAK SEMPURNA
i. Pemilikan fizikal harta sahaja. |
Contohnya, seseorang memiliki rumah yang di sewakan kepada orang lain, tidak boleh mendapatkan manfaat tinggal di dalam rumah tersebut walaupun rumah itu merupakan miliknya. |
ii. Pemilikan manfaat harta sahaja. |
Contohnya, seorang penyewa menyewa rumah daripada tuan rumah yang asal. Penyewa mendapat manfaat untuk tinggal di dalam rumah tersebut mengikut tempoh persetujuan yang telah ditetapkan semasa akad sewaan tersebut. |
|
|
HARTA YANG TIDAK BOLEH DITERIMA MILIK
- harta yang tidak dimiliki atau tidak memberi milik iaitu harta milik umum seperti jalan raya, jambatan, lampu jalan raya, sungai dan sebagainya. |
- Harta yang tidak boleh dimiliki kecuali dengan alasan syarak seperti harta wakaf dan baitulmal. Harta wakaf tidak boleh dijual melainkan harta itu rosak atau kos pengurusannya lebih tinggi dari pendapatan. |
SEBAB-SEBAB PEMILIKAN MANFAAT HARTA SAHAJA
pinjaman |
Pemilik manfaat memiliki manfaat harta tanpa perlu membayar apa-apa bayaran kepada peminjam. Jika harta yang digunakan rosak di tangan peminjam, maka peminjam perlu bayar ganti rugi. |
sewaan |
Pemilik manfaat harta membayar sejumlah harga yang telah dipersetujui oleh pemilik fizikal harta. |
wakaf |
Pewakaf tidak memiliki harta setelah diwakafkan. Penerima wakaf sahaja yang boleh memiliki manfaat dari harta tersebut. |
wasiat |
Pewasiat boleh memberi milik manfaat kepada sesiapa yang diwasiatkan. |
kebenaran mengguna sesuatu |
Pemilik tanah memberi kebenaran kepada seseorang untuk memakan buah di kebunnya. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets