Show Menu
Cheatography

Konsep Pinjaman Menurut Islam Cheat Sheet by

Live according to Islamic guidelines.

Pandangan Islam Mengenai Hutang

Islam tidak mengga­lak­kan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan untuk tujuan melebihi asas kehidupan.

Rukun Al Qard

Pemi­utang (orang yang memberi pinjaman)-

a) Seorang yang boleh mengur­uskan harta, berurus niaga & memiliki harta tersebut. Bukan seorang kanak kanak, gila atau bukan orang yang disekat daripada uruskan harta.
b) Tiada unsur paksaan.

Peng­hut­ang

a)Bukan seorang yang gila, kanak kanak.
b)Tiada unsur paksaan.
c)Berk­ema­mpuan bayar hutang.

Barang yang dipinjam

a)Barang yang boleh ditimbang, disukat dan mempunyai saiz spt telur dan sbgainya.

Sighah

a)Lafaz ijab & qabul.
 

Konsep pinjaman dalam Islam

1) Al 'Ariyah - merujuk kepada pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam.

2) Al Qard - pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh
diangg­arkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan.

Objektif pelaks­anaan Al Qard Al Hasan

1) Membantu golongan yang memerl­ukan.
2)Meng­ukuhkan sektor sosio ekonomi negara.
3)Meng­hap­uskan diskri­minasi sosial dan ekonomi dalam masyar­akat.
4)Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.

Kesimpulan

1) Islam telah menyed­iakan hamparan jalan kehidu­panyang syumul dengan mengan­jurkan umatnya bijak mengur­uskan kewangan.

2) Tidak menjadikan berhutang sebagai budaya atau amalan melainkan dalam keadaan terdesak atau memerl­ukan.

3) Kesan apabila suka berhutang, mengak­ibatkan seseorang hidup tidak tenang, masalah kekelu­argaan dan sentiasa dalam kegusaran.

4) Hiduplah dalam bersed­erhana dan bersyukur dengan apa yang ada.

5)Berhati hati lah dalam melibatkan diri dalam kancag berhutang agar tidak berten­tangan dengan garis panduan Islam.
 

Definisi Al Qard

Dari segi bahasa­:Al Qat'u (poton­g).H­arta yang diberikan kepada orang yang berhutang dinamakan qard kerana pemiutang memotong (menga­mbil) sebahagian hartanya untuk diberikan kepada penghutang
Dari segi istilah: merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan

Prinsip prinsip umum ketika berhutang

1) Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-­pihak yang berkontrak khususnya penghutang menyedari komitmen masing­-masing untuk membayar kembali hutang tersebut bagi mengel­akkan berlakunya penipuan.

2)Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang walaupun telah dipers­etujui.
 

Larangan riba

ٱلَّذِينَ يَأۡكُ­لُونَ ٱلرِّب­َوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِي يَتَخَ­بَّطُهُ ٱلشَّي­ۡطَٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّۚ ذَٰلِكَ بِأَنّ­َهُمۡ قَالُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡبَيۡعُ مِثۡلُ ٱلرِّب­َوٰاْۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّب­َوٰاْۚ فَمَن جَآءَهُۥ مَوۡعِظَةٞ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمۡ­رُهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِۖ وَمَنۡ عَادَ فَأُوْ­لَٰ­ٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ ٢٧٥

Terjem­ahan:
"­Ora­ng-­orang yang memakan (menga­mbil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuy­ung­-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu.
Yang demikian ialah disebabkan mereka mengat­akan: "­Bahawa sesung­guhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah mengha­lalkan berjua­l-beli (berniaga) dan mengha­ramkan
riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu berhenti (dari mengambil riba),
maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengha­raman itu)
adalah menjadi haknya, dan perkaranya terser­ahlah kepada Allah.
Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu)
maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamn­ya."­
Allah SWT juga telah memberi peringatan kepada orang

Gejala ceti haram

Kegiatan ceti haram atau ah long secara jelas berten­tangan dengan ajaran Islam kerana perkhi­dmatan pinjaman kewangan yang ditawarkan mengan­dungi unsur riba dengan mengenakan
bayaran bunga atau faedah.

- Kerajaan perlu mengambil tindakan untuk memantau dan mengawal dengan pelbagai agensi seperti pihak berkuasa tempatan, Polis DiRaja Malaysia dan NGO.

Lang­kah
1) melalui tindakan member­hen­tikan pemberian lesen kepada peminjam wang berlesen.
2)kempen kesedaran, khidmat nasihat
3) usaha besar besaran menurunkan iklan ah long di kawasan perumahan.
       
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Saiyidah Ibrahim Cheat Sheet
          Jua FiqhMuamalat Cheat Sheet
          PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM : KFD2543 Cheat Sheet