Show Menu
Cheatography

Fiqh Muamalat: KFD2303 Individual Assignment Cheat Sheet by

This cheat sheet is created for individual assignment in KFD2303 Fiqh Muamalat. The title that i choose for this cheat sheet is " Analisis Kaedah Pengukuran Untung (Al - Ribh) dari Perpekstif Mu'amalat Islam".

PENG­ENALAN "­UNT­UNG­"

Kamus Harrap's Dictionary of Business Finance
Lebihan wang yang diperolehi oleh firma selepas semua perbel­anjaan disele­saikan dalam suatu tempoh pengiraan sesuatu akaun
Menurut Kamus Dewan
Hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu perniagaan yang melebihi modal serta segala perbel­anjaan yang berkaitan
Bahasa Indonesia
seerti dengan perkataan laba
Bahasa Inggeris
profit
Ekonomi
sejumlah bayaran kepada faktor - faktor pengel­uaran setelah ditolak daripada pendapatan bagi hasil keluaran sesebuah syarikat

JENIS - JENIS UNTUNG

Untung Kasar
Lebihan daripada tolakan yang berkait langsung dengan pengiraan sesuatu
Untung Bersih
Diperolehi setelah ditolak dengan pulangan implisit yang mengha­silkan untung asli
Untung Normal
Sepadan dengan kadar pulangan yang merupakan kadar minimum yang diperlukan oleh pelabur untuk mengek­alkan tingkat pelaburan pada masa akan datang

TAMBAHAN PENGENALAN UNTUNG

Perakaunan
Terhasil daripada pengel­uaran pelbagai kos yang dibela­njakan daripada hasil jualan yang diperolehi
Kos Perbel­anjaan
Meliputi perbel­anjaan untung barang mentah, pembayaran upah, faedah dan lain - lain
Secara Ringkas
Perbezaan nilai wang daripada hasil jualan yang diperolehi dengan seluruh kos yang dibela­njakan

UNTUNG MENURUT PERPEKSTIF ISLAM

Bahasa Arab
-Disebut Al- Ribh berasal daripada kata dasar rabiha yang bermaksud pertam­bahan atau pertum­buhan dalam kegiatan periagaan

UNTUNG MENURUT PERPEKSTIF ISLAM

Segi Bahasa
-Disebut Al- Ribh berasal daripada kata dasar rabiha yang bermaksud pertam­bahan atau pertum­buhan dalam kegiatan pernia­gaan-
Bahasa Arab
Lebihan dan pertam­bahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada 2 unsur iaitu usaha dan modal

SURAH AL - BAQARAH (2:16)

" Mereka itulah orang yang memberi kesesatan dengan petunjuk, maka tidak BERUNT­UNGLAH perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunj­uk" (Majoriti ahli tafsir memberikan takrifan untung berdas­arkan surah Al - Baqarah ayat 16)
 

AHLI TAFSIR

Imam Al -Tabari
Keuntungan merupakan pertukaran suatu barangan yang dimiliki sama ada nilai pertukaran itu sama nilai atau melebihi harga belian barang itu. Kalau nilai pertukaran itu kurang daripada harga belian maka ia rugi
Al - Nisaburi
Keuntungan merupakan suatu tambahan ke atas modal dan perniagaan
Al - Qurtubi
Maksud untung dalam surah Al - Baqarah menunj­ukkan kepada orang arab yang sering mengun­gkapkan ayat "­rabaha bai'uka atau khasarat safaqtuka yang bermaksud kamu mendapat keuntungan dan kerugian dalam jual beli kamu"
Imam Al - Alusi
Sama pendapat dengan Al - Nisaburi
Rashid Rida (Tafsir al - Manar)
Orang - orang munafik lebih suka memilih kesesatan daripada kebenaran untuk mencipta keuntungan daripada orang lain melalui kaedah pertukaran antara kedua - dua pihak untuk mendap­atkan keuntungan
RIngkasan Pandangan Ahli Tafsir
Matlamat peniaga untuk mendap­atkan semula modal yang disumb­angkan serta meraih keuntungan

MENURUT PARA FUQAHA

Pengertian Keuntungan
Zakat dan Al - Murabahah
Zakat
Keuntungan merupakan pertam­bahan ke atas modal dan ditinjau dari segi harta yang diwajibkan zakat
Imam Al - Mawardi
Zakat dikenakan ke atas harta yang berkembang
Ibn Qudamah
Harta yang berpotensi untuk berkembang merupakan barang perniagaan yang ada potensi untuk dapat untung, haiwan dan juga buah - buahan yang cukup hawl dan nisab bagi setiap jenis
Al - Kasani
Takkan diperoleh kecuali dengan harta yang berkembang
Al - Murabahah
Kontrak jual beli dengan harga pertama beserta tambahan keuntungan yang ditentukan dan disepakati antara kedua - dua pihak pelaku kontrak
Al - Mudarabah
Suatu kontrak antara 2 orang atau lebih untuk berkongsi keuntungan tanpa berkongsi dalam modal
Imam Malik
Untung dianggap berlaku sama ada sesuatu harta itu dicairkan atau tidak
Dr Muhammad Salah
Untung merupakan matlamat asasi bagi firma untuk melibatkan proses penjanaan untung seperti jual beli
Bapa Ekonomi ( Ibn Khaldun) dalam kitabnya
Untung ialah nilai yang timbul hasil daripada kerja yang dilakukan oleh manusia
Untung Perniagaan
Usaha mewujudkan pertam­bahan harta dengan membeli barang dengan harga murah lalu menjualnya dengan harga mahal. Jumlah pertam­bahan itu dikira sebagai untung
Ahli Ekonomi Islam
Untung sebagai apa yang ditentukan dalam keadaan biasa dan sederhana mengikut hukum penawaran dan permintaan dalam pasaran bebas dengan syarat undang - undang negara, peranc­angan dan polisinya atau kawalan - kawalan lain tidak campur tangan dalam sistem jualan dan belian, pengel­uaran komoditi serta pasaran persaingan monopoli tidak dibenarkan mempen­garuhi pasaran serta tidak berlaku keadaan darurat yang memberi kesan kepada pasaran
 

KRITERIA KEUNTU­NGAN

Bukan berasal daripada perbuatan riba
Bukan daripada usaha penipuan dengan menyem­bun­yikan fakta
Bukan daripada perbuatan penipuan
Bukan daripada perbuatan al - Ihtikar

PEMB­AHAGIAN KEUNTUNGAN (PENDE­KATAN FUQAHA')

Keuntungan
Al - Ghabn Al - Fahisy
 
Al -Ghabn Al - Yasir

2 PENDEKATAN DALAM MENENTUKAN UKURAN

Menggu­nakan ukuran tetap (al - miyar al - jamid)
Menggu­nakan ukuran yang fleksibel (al - miyar al- marin)

UKURAN YANG TETAP

Ulama
Membezakan 2 bentuk keuntungan ini dengan meletakkan nisbah atau kadar yang tetap
Al - Khajnadi (Golongan Hanafi)
Melihat ghabn al- fahisy pada takat melebihi nisf al -usyur manakala ghabn al- yasir tidak melebihi atau tetap (nilf al- usyur)
Ibn Yahya al - Bakhi
Al - ghabn pada barang pernia­gaa­n:nifl al- usyur, pada haiwan: al - usyur (satu persep­uluh) & pada barangan tak alih: sebanyak al - khumus­(satu perlima)
Golongan Maliki
Meletakkan kadar al - thuluth (satu pertiga) atau lebih sebagai al ghabn al- fahisy
Golongan Syafi'i
Al ghabn al - fahisy berlaku ketika kadar keuntungan yang diambi­l:m­elebihi al -thuluth( satu pertiga)
Golongan Hanbali
Al ghabn al- fahisy pada kadar al - thuluth (satu pertiga) atau al- sudus (satu perenam)
Al - Mardawi
Melebi­hkannya contohnya al - rubu' (satu perempat)
Golongan al - Ibadiyyah
Menetapkan kadar al- thuluth (satu pertiga) atau lebih kerana beliau menganggap lebihan yang wujud merupakan al ghabn al fahisy

UKURAN YANG FLEKSI­BEL

Ibn Abidin
Suatu nisbah (keunt­ungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pentaksir (al- muqawwin). Sekiranya keuntungan melebihi taksiran, maka untung tersebut dikira sebagai al ghabn al - fahisy
Sebahagian Ulama dari Kalangan Maliki
Mereka berbeza pandangan dalam penetapan kadar al ghabn sama ada pada kadar satu pertiga atau lebih
 
Ada yang mengatakan tidak ada had tetapi ia disand­arkan pada kebiasaan yang berlaku sesama peniaga
 
Jika sering berlaku al -taghabun ( saling melakukan) sesama mereka maka tiada pilihan bagi al- maghabun (mangsa keadaan). Tetapi kalau berlaku di luar kebiasan al -maghabun mempunyai pilihan
Al - Mardawi
Nisbah atau keuntungan al ghabn mengambil kira al - uruf kebiasaan dan berses­uaian dengan tahap masalah yang dihadapi
 
Nisbah itu hendaklah sedikit agar pulangan modal dapat diperoleh dengan senang
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Fiqh Muamalat Fitri Cheat Sheet
          fiqh muamalat Cheat Sheet