Cheatography
https://cheatography.com
This cheat sheet is created for individual assignment in KFD2303 Fiqh Muamalat. The title that i choose for this cheat sheet is " Analisis Kaedah Pengukuran Untung (Al - Ribh) dari Perpekstif Mu'amalat Islam".
PENGENALAN "UNTUNG"
Kamus Harrap's Dictionary of Business Finance |
Lebihan wang yang diperolehi oleh firma selepas semua perbelanjaan diselesaikan dalam suatu tempoh pengiraan sesuatu akaun |
Menurut Kamus Dewan |
Hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu perniagaan yang melebihi modal serta segala perbelanjaan yang berkaitan |
Bahasa Indonesia |
seerti dengan perkataan laba |
Bahasa Inggeris |
profit |
Ekonomi |
sejumlah bayaran kepada faktor - faktor pengeluaran setelah ditolak daripada pendapatan bagi hasil keluaran sesebuah syarikat |
JENIS - JENIS UNTUNG
Untung Kasar |
Lebihan daripada tolakan yang berkait langsung dengan pengiraan sesuatu |
Untung Bersih |
Diperolehi setelah ditolak dengan pulangan implisit yang menghasilkan untung asli |
Untung Normal |
Sepadan dengan kadar pulangan yang merupakan kadar minimum yang diperlukan oleh pelabur untuk mengekalkan tingkat pelaburan pada masa akan datang |
TAMBAHAN PENGENALAN UNTUNG
Perakaunan |
Terhasil daripada pengeluaran pelbagai kos yang dibelanjakan daripada hasil jualan yang diperolehi |
Kos Perbelanjaan |
Meliputi perbelanjaan untung barang mentah, pembayaran upah, faedah dan lain - lain |
Secara Ringkas |
Perbezaan nilai wang daripada hasil jualan yang diperolehi dengan seluruh kos yang dibelanjakan |
UNTUNG MENURUT PERPEKSTIF ISLAM
Bahasa Arab |
-Disebut Al- Ribh berasal daripada kata dasar rabiha yang bermaksud pertambahan atau pertumbuhan dalam kegiatan periagaan |
UNTUNG MENURUT PERPEKSTIF ISLAM
Segi Bahasa |
-Disebut Al- Ribh berasal daripada kata dasar rabiha yang bermaksud pertambahan atau pertumbuhan dalam kegiatan perniagaan- |
Bahasa Arab |
Lebihan dan pertambahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada 2 unsur iaitu usaha dan modal |
SURAH AL - BAQARAH (2:16)
" Mereka itulah orang yang memberi kesesatan dengan petunjuk, maka tidak BERUNTUNGLAH perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk" (Majoriti ahli tafsir memberikan takrifan untung berdasarkan surah Al - Baqarah ayat 16) |
|
|
AHLI TAFSIR
Imam Al -Tabari |
Keuntungan merupakan pertukaran suatu barangan yang dimiliki sama ada nilai pertukaran itu sama nilai atau melebihi harga belian barang itu. Kalau nilai pertukaran itu kurang daripada harga belian maka ia rugi |
Al - Nisaburi |
Keuntungan merupakan suatu tambahan ke atas modal dan perniagaan |
Al - Qurtubi |
Maksud untung dalam surah Al - Baqarah menunjukkan kepada orang arab yang sering mengungkapkan ayat "rabaha bai'uka atau khasarat safaqtuka yang bermaksud kamu mendapat keuntungan dan kerugian dalam jual beli kamu" |
Imam Al - Alusi |
Sama pendapat dengan Al - Nisaburi |
Rashid Rida (Tafsir al - Manar) |
Orang - orang munafik lebih suka memilih kesesatan daripada kebenaran untuk mencipta keuntungan daripada orang lain melalui kaedah pertukaran antara kedua - dua pihak untuk mendapatkan keuntungan |
RIngkasan Pandangan Ahli Tafsir |
Matlamat peniaga untuk mendapatkan semula modal yang disumbangkan serta meraih keuntungan |
MENURUT PARA FUQAHA
Pengertian Keuntungan |
Zakat dan Al - Murabahah |
Zakat |
Keuntungan merupakan pertambahan ke atas modal dan ditinjau dari segi harta yang diwajibkan zakat |
Imam Al - Mawardi |
Zakat dikenakan ke atas harta yang berkembang |
Ibn Qudamah |
Harta yang berpotensi untuk berkembang merupakan barang perniagaan yang ada potensi untuk dapat untung, haiwan dan juga buah - buahan yang cukup hawl dan nisab bagi setiap jenis |
Al - Kasani |
Takkan diperoleh kecuali dengan harta yang berkembang |
Al - Murabahah |
Kontrak jual beli dengan harga pertama beserta tambahan keuntungan yang ditentukan dan disepakati antara kedua - dua pihak pelaku kontrak |
Al - Mudarabah |
Suatu kontrak antara 2 orang atau lebih untuk berkongsi keuntungan tanpa berkongsi dalam modal |
Imam Malik |
Untung dianggap berlaku sama ada sesuatu harta itu dicairkan atau tidak |
Dr Muhammad Salah |
Untung merupakan matlamat asasi bagi firma untuk melibatkan proses penjanaan untung seperti jual beli |
Bapa Ekonomi ( Ibn Khaldun) dalam kitabnya |
Untung ialah nilai yang timbul hasil daripada kerja yang dilakukan oleh manusia |
Untung Perniagaan |
Usaha mewujudkan pertambahan harta dengan membeli barang dengan harga murah lalu menjualnya dengan harga mahal. Jumlah pertambahan itu dikira sebagai untung |
Ahli Ekonomi Islam |
Untung sebagai apa yang ditentukan dalam keadaan biasa dan sederhana mengikut hukum penawaran dan permintaan dalam pasaran bebas dengan syarat undang - undang negara, perancangan dan polisinya atau kawalan - kawalan lain tidak campur tangan dalam sistem jualan dan belian, pengeluaran komoditi serta pasaran persaingan monopoli tidak dibenarkan mempengaruhi pasaran serta tidak berlaku keadaan darurat yang memberi kesan kepada pasaran |
|
|
KRITERIA KEUNTUNGAN
Bukan berasal daripada perbuatan riba |
Bukan daripada usaha penipuan dengan menyembunyikan fakta |
Bukan daripada perbuatan penipuan |
Bukan daripada perbuatan al - Ihtikar |
PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN (PENDEKATAN FUQAHA')
Keuntungan |
Al - Ghabn Al - Fahisy |
|
Al -Ghabn Al - Yasir |
2 PENDEKATAN DALAM MENENTUKAN UKURAN
Menggunakan ukuran tetap (al - miyar al - jamid) |
Menggunakan ukuran yang fleksibel (al - miyar al- marin) |
UKURAN YANG TETAP
Ulama |
Membezakan 2 bentuk keuntungan ini dengan meletakkan nisbah atau kadar yang tetap |
Al - Khajnadi (Golongan Hanafi) |
Melihat ghabn al- fahisy pada takat melebihi nisf al -usyur manakala ghabn al- yasir tidak melebihi atau tetap (nilf al- usyur) |
Ibn Yahya al - Bakhi |
Al - ghabn pada barang perniagaan:nifl al- usyur, pada haiwan: al - usyur (satu persepuluh) & pada barangan tak alih: sebanyak al - khumus(satu perlima) |
Golongan Maliki |
Meletakkan kadar al - thuluth (satu pertiga) atau lebih sebagai al ghabn al- fahisy |
Golongan Syafi'i |
Al ghabn al - fahisy berlaku ketika kadar keuntungan yang diambil:melebihi al -thuluth( satu pertiga) |
Golongan Hanbali |
Al ghabn al- fahisy pada kadar al - thuluth (satu pertiga) atau al- sudus (satu perenam) |
Al - Mardawi |
Melebihkannya contohnya al - rubu' (satu perempat) |
Golongan al - Ibadiyyah |
Menetapkan kadar al- thuluth (satu pertiga) atau lebih kerana beliau menganggap lebihan yang wujud merupakan al ghabn al fahisy |
UKURAN YANG FLEKSIBEL
Ibn Abidin |
Suatu nisbah (keuntungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pentaksir (al- muqawwin). Sekiranya keuntungan melebihi taksiran, maka untung tersebut dikira sebagai al ghabn al - fahisy |
Sebahagian Ulama dari Kalangan Maliki |
Mereka berbeza pandangan dalam penetapan kadar al ghabn sama ada pada kadar satu pertiga atau lebih |
|
Ada yang mengatakan tidak ada had tetapi ia disandarkan pada kebiasaan yang berlaku sesama peniaga |
|
Jika sering berlaku al -taghabun ( saling melakukan) sesama mereka maka tiada pilihan bagi al- maghabun (mangsa keadaan). Tetapi kalau berlaku di luar kebiasan al -maghabun mempunyai pilihan |
Al - Mardawi |
Nisbah atau keuntungan al ghabn mengambil kira al - uruf kebiasaan dan bersesuaian dengan tahap masalah yang dihadapi |
|
Nisbah itu hendaklah sedikit agar pulangan modal dapat diperoleh dengan senang |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets