Show Menu
Cheatography

Konsep Pinjaman Menurut Perspektif Islam Cheat Sheet by

This cheat sheet is about subject Fiqh Muamalat KSD 2643

PENDAH­ULUAN

Manusia bekerja dan berusaha keras siang dan malam untuk mencari kesenangan dan keselesaan hidup.
Menjadi lumrah manusia mendam­bakan kehidupan yang serba mewah.
Rata-r­atanya masyarakat terpaksa berhutang atau membuat pinjaman kewangan untuk menikmati taraf hidup yang lebih selesa.
Seseorang boleh berhutang tetapi jumlah hutang tersebut mestilah berkadaran dengan jumlah pendapatan individu tersebut.

PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG

1. Tidak digalakkan untuk umat islam berhutang atau membuat pinjaman kewangan bagi tujuan berleb­ih-­leb­ihan.
2. Amalan berhutang akan memberi kemuda­ratan kepada diri dan ahli keluarga.
3. Umat islam digala­kkkan mengam­alkan kehidupan secara wasatiyyah atau bersed­erhana dan mengam­alkan sikap qana'ah.
4. Dosa orang yang tidak menjel­askan hutangnya begitu berat lebih-­lebih lagi dalam situasi sekiranya hutangnya itu dilipat gandakan dengan riba.
5. Individu yang berhutang akan berasa keresahan tekanan perasaan.

KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM

Al-Ariyah
Al-Qard
Pemberian satu barangan oleh pemberi pinjam kepada peminjam.
Pemindahan pemilikan barangan yang boleh diangg­arkan dan diganti mengikut bilangan atau timbangan.
Peminjam tidak bertan­ggu­ngjawab terhadap sebarang kerosakan kecuali berpunca daripada peminjam sendiri.
Kesan transaksi menyeb­abkan wujudnya keberh­utangan daripada pihak penghutang kepada pemiutang.
Hanya melibatkan barangan yang tidak musnah dan boleh dikemb­alikan dalam keadaan asal.
Peminjam hendaklah memula­ngkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan benda yang asal.
Hak pemilikan barang tersebut kekal pada pemberi pinjaman.
Orang Arab menyebut salaf iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa syarat keuntu­ngan.

DEFINISI AL-QARD

Bahasa: Al-Qat'u (potong)
Istilah: Penyerahan sesuatu barang kepada penghutang daripada pemiutang dengan syarat barang tersebut mempunyai sama nilai dengannya tanpa sebarang penamb­ahan.
Dikate­gorikan sebagai akad tabarru' iaitu kontrak yang berter­askan kepada konsep kebajikan.

LARANGAN RIBA

1. Larangan riba telah dijelaskan dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 275.
وَأَحَلَّ اللَهُ البَيْعِ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Maksudnya: Padahal Allah telah mengha­lalkan berjua­l-beli (berniaga) dan mengha­ramkan riba.
2. Rasulullah telah melaknat orang yang memakan riba, menjadi agen, mencatat transaksi dan menjadi saksi
3. Melakukan riba merupakan dosa besar di sisi Allah SWT.

PRINSIP AL-QARD AL-HASSAN

1. Al-Qard al-hassan bermaksud pinjaman yang baik.
2. Perbuatan seseorang untuk menunj­ukkan keprih­ati­nannya dalam membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan wang.
3. Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah.
 

RUKUN AL-QARD

1. Pemiutang (orang yang memberi pinjaman).
2. Penghu­tan­g/p­emi­njam.
3. Barang yang dipinjam.
4. Sighah (lafaz ijab dan qabul)

HUKUM AL-QARD AL-HASSAN

Hukumnya adalah sunat.
Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan membeb­askan dirinya daripada kesempitan hidup.
Tidak harus memberikan pinjaman sekiranya untuk tujuan haram atau maksiat.
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Fiqh Muamalat Fitri Cheat Sheet
          fiqh muamalat Cheat Sheet