Cheatography
https://cheatography.com
This cheat sheet is about subject Fiqh Muamalat KSD 2643
PENDAHULUANManusia bekerja dan berusaha keras siang dan malam untuk mencari kesenangan dan keselesaan hidup. | Menjadi lumrah manusia mendambakan kehidupan yang serba mewah. | Rata-ratanya masyarakat terpaksa berhutang atau membuat pinjaman kewangan untuk menikmati taraf hidup yang lebih selesa. | Seseorang boleh berhutang tetapi jumlah hutang tersebut mestilah berkadaran dengan jumlah pendapatan individu tersebut. |
PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG1. Tidak digalakkan untuk umat islam berhutang atau membuat pinjaman kewangan bagi tujuan berlebih-lebihan. | 2. Amalan berhutang akan memberi kemudaratan kepada diri dan ahli keluarga. | 3. Umat islam digalakkkan mengamalkan kehidupan secara wasatiyyah atau bersederhana dan mengamalkan sikap qana'ah. | 4. Dosa orang yang tidak menjelaskan hutangnya begitu berat lebih-lebih lagi dalam situasi sekiranya hutangnya itu dilipat gandakan dengan riba. | 5. Individu yang berhutang akan berasa keresahan tekanan perasaan. |
KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAMAl-Ariyah | Al-Qard | Pemberian satu barangan oleh pemberi pinjam kepada peminjam. | Pemindahan pemilikan barangan yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan atau timbangan. | Peminjam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan kecuali berpunca daripada peminjam sendiri. | Kesan transaksi menyebabkan wujudnya keberhutangan daripada pihak penghutang kepada pemiutang. | Hanya melibatkan barangan yang tidak musnah dan boleh dikembalikan dalam keadaan asal. | Peminjam hendaklah memulangkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan benda yang asal. | Hak pemilikan barang tersebut kekal pada pemberi pinjaman. | Orang Arab menyebut salaf iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa syarat keuntungan. |
DEFINISI AL-QARDBahasa: Al-Qat'u (potong) | Istilah: Penyerahan sesuatu barang kepada penghutang daripada pemiutang dengan syarat barang tersebut mempunyai sama nilai dengannya tanpa sebarang penambahan. | Dikategorikan sebagai akad tabarru' iaitu kontrak yang berteraskan kepada konsep kebajikan. |
LARANGAN RIBA1. Larangan riba telah dijelaskan dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 275. | وَأَحَلَّ اللَهُ البَيْعِ وَحَرَّمَ الرِّبَا | Maksudnya: Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. | 2. Rasulullah telah melaknat orang yang memakan riba, menjadi agen, mencatat transaksi dan menjadi saksi | 3. Melakukan riba merupakan dosa besar di sisi Allah SWT. |
PRINSIP AL-QARD AL-HASSAN1. Al-Qard al-hassan bermaksud pinjaman yang baik. | 2. Perbuatan seseorang untuk menunjukkan keprihatinannya dalam membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan wang. | 3. Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah. |
| | RUKUN AL-QARD1. Pemiutang (orang yang memberi pinjaman). | 2. Penghutang/peminjam. | 3. Barang yang dipinjam. | 4. Sighah (lafaz ijab dan qabul) |
HUKUM AL-QARD AL-HASSANHukumnya adalah sunat. | Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup. | Tidak harus memberikan pinjaman sekiranya untuk tujuan haram atau maksiat. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets