Show Menu
Cheatography

Fiqh Muamalat : KONTRAK MUSAQAH Cheat Sheet by

PEMBANGUNAN TANAH WAKAF TERBIAR DEMI MENJANA EKONOMI SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA.

KONSEP

BAHASA: Menyiram air untuk tanaman
SYARAK: Satu kontrak penyerahan tanaman kepada orang yang memelihara tanaman tersebut dengan hasil agihan (satu kontrak kerja berdas­arkan hasil tanaman)
~ Ia merupakan amalan membantu orang lain dengan mewakafkan sesuatu yang berharga.
HUKUM : Harus

CIRI PEMILIK DAN PENGUSAHA

Orang Kaya (PEMILIK) : ada harta tetapi tiada kemahiran untuk membuat penanaman atau pemban­gunan.
Orang Miskin (PENGU­SAHA) : Tiada harta tetapi mempunyai kudrat dan sempurna fizikal dan mental serta berkem­ahiran.

RUKUN MUSAQAH

1. Pemilik dan pengusaha yang berkontrak yang berakal dan baligh.
2. Objek Musaqah iaitu tanaman yang akan dipeli­hara.
3. Pembah­agian hasil buah perlu dibaha­gikan atas perset­ujuan bersama. (contoh: 50-50 atau 70-30 atau 40-60)
4. Kerja Pengusaha wajib menjal­ankan tanggu­ngjawab menjaga tanaman dan bebas
5. Ijab dan Qabul perlu dilakukan kedua-dua pihak (contoh: Aku serahkan tanggu­ngjawab mengurus tanaman ini kepada mu dengan korntrak perkon­gsian hasil)

TUJUAN MUSAQAH

1. Demi menjana pemban­gunan ekonomi umat Islam dari segi sektor pertanian mahupun pemban­gunan.
2. Mengur­angkan jurang di antara golongan kaya dengan golongan miskin.
3. Mewujudkan peluang pekerjaan terutama kepada golongan miskin.
4. Mengur­angkan kadar kemiskinan masyarakat kaum Melayu Islam
 

BUKTI MUSAQAH DI ZAMAN RASULULLAH

Menurut riwayat daripada Abdullah Bin Umar RA berkata: "­Ses­ung­guhnya Rasulullah SAW telah memberikan khaibar kepada penduduk yahudi secara musaqah yakni dengan syarat mereka menyer­ahkan kepada Baginda separuh daripada hasil buah-b­uahan atau tanaman yang terhas­il."­

PERMAS­ALAHAN YANG TIMBUL

~ Apakah jenis pemban­gunan yang boleh dilaks­anakan?
~ Bagaim­anakah cara mendap­atkan dana dan pembiayaan untuk bangunkan tanah wakaf?

MODUS OPERANDI / CARA -CARA MELAKUKAN MUSAQAH

1. Kumpul modal dari saham wakaf dan sumbangan saham wakaf pokok.
2. Pihak berkuasa akan memilih golongan miskin yang sihat untuk mengus­ahakan tanaman.
3. Pihak berkuasa tempatan akan sediakan tanah, modal dan upah untuk proses tanaman pokok.
4. Pengusaha akan mengur­uskan ladang dengan bebas.
5. Pengagihan hasil jualan mengikut perset­ujuan pemilik dan pengusaha.
 

HIKMAH MUSAQAH

> Dapat memenuhi keperluan manusia disebabkan daripada hasil penanaman.
> Kedua- dua pihak iaitu pengusaha dan pemilik tanah dapat menjal­ankan tugas dengan amanah dan jujur.
> Pengusaha akan lebih bersun­ggu­h-s­ungguh melakukan pekerjaan untuk mencapai hasil yang banyak.
> Kepent­ingan bersama dapat dipenuhi tanpa memuda­ratkan orang lain.

KESIMPULAN

Kesimp­ula­nnya, pihak berkuasa perlulah melaks­anakan kontrak musaqah ini untuk memban­gunkan tanah wakaf dan sekaligus dapat memban­gunkan ekonomi umat Islam. Ini kerana, dengan adanya peluang pekerjaan kepada golongan miskin, kadar kemiskinan dapat dikura­ngkan dan taraf kehidupan mereka dapat diting­katkan. keadaan ini dapat memberi kelebihan kepada kedua-dua pihak dan seterusnya dapat memban­gunkan ummah yang lebih baik.
           
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          fiqh muamalat Cheat Sheet
          Fiqh Muamalat Teori Pemilikan Dalam Islam Cheat Sheet