Show Menu
Cheatography

Syafie Mazary Cheat Sheet by

Fiqh Muamalat (Individu)

KONSEP PINJAMAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM

PENDAH­ULUAN
- Menjadi lumrah manusia untuk mendam­bakan kehidupan yang serba mewah.
- Kebanyakan masyarakat terpaksa berhutang untuk menikmati taraf hidup yang lebih selesa.
- Pinjaman kewangan sudah menjadi trend dalam dunia hari ini.

PAND­ANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUT­ANG

- Islam tidak mengga­lakkan berhutang.
- Islam menyar­ankan umatnya menjalani kehidupan yang bersed­erhana serta bersifat qana'ah.
-Rasul­ullah SAW enggan menyem­­ba­h­y­angkan jenazah seorang sahabat yang telah meninggal dunia setelah mengetahui sahabat yang meninggal dunia tersebut belum melang­­saikan hutangnya.
Tindakan Rasulullah SAW ini mengga­mbarkan dosa orang tidak menjel­askan hutangnya begitu berat lebih-­lebih lagi dalam situasi sekiranya hutangnya itu dilipat gandakan dengan riba.

KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM

AL-ARIYAH (PEMINJAM)
AL-QARD (HUTANG)
- Melibatkan barang yang tidak musnah (kereta). Barang yang mudah musnah pinjaman tidak sah (sabun).
- Melibatkan pemindahan pemilikan barang yang boleh diganti mengikut bilangan (wang kertas).

DEFINISI AL-QARD

BAHASA : Al-Qart'u (potong)
ISTILAH : Penyerahan barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat diganti dengan nilai yang sama tanpa penambahan

LARANGAN RIBA

Berdas­arkan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 275
وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
"­Allah telah mengha­lalkan berjua­l-beli (berniaga) dan mengha­ramkan riba''
Terdapat hadis Rasulullah SAW menyebut hutang mempunyai manfaat adalah riba
قال رسول االه صلى الله عليه وسلم -كل قرض جر منفعة, فهو ربا
"­Ras­ulullah SAW telah bersabda bahawa setiap peminjam (hutang) yang ada manfaat ianya adalah riba"
 

FATWA PENGHA­RAMAN RIBA

Semua bersepakat membuat keputusan bahawa faedah yang dikenakan dalam semua bentuk pinjaman (hutang) adalah riba.

PRINSIP AL-QARD AL-HASAN

* Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah.
* Pemberian hutang atau peminjam wang bebas daripada unsur riba.
* Al-Qard Al-Hasan bermaksud pinjaman yang baik.
* Menife­stasi keperi­hatinan seseorang buat kebaikan.

HUKUM AL-QARD AL-HASAN

SUNAT:
Memberikan hutang kepada orang yang memerl­ukan.
HARUS:
Berhutang bertujuan membeb­askan diri dari kesempitan hidup.
TIDAK HARUS:
Mengetahui peminjam menggu­nakan wang kearah maksiat.

RUKUN AL-QARD

1. Pemiutang (memberi pinjaman)
- Tidak gila atau kanak-­kanak
 
- Tiada paksaan
2. Penghutang
- Tidak gila atau kanak-­kanak
 
- Tiada paksaan
 
- Mampu bayar balik
3. Barang yang dipinjam
- Barang mithly (boleh dikira)
4. Sighah
- Lafaz ijab dan qabul

OBJEKTIF PERLAK­SANAAN AL-QARD AL-HASAN

1. Bantu golongan memerl­ukan.
2. Merapat jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin.
3. Pupuk semangat persau­daraan.
4. Menguk­uhkan sektor sosio ekonomi negara.
5. Memberi kemudahan kepada golongan pendapatan rendah.
6. Hapuskan diskri­minsi.
7. Sebagai salah satu wasilah dakwah.
8. Mendapat keberk­atan.
 

INST­​RUMEN PENJANA SOSIO EKONOMI UMMAH

SKIM PERKHI­​DMATAN PEMBERIAN WANG
- Mering­​ankan beban golongan yang terdesak dan tersepit dalam kancah krisis kewangan.
SKIM PEMBIAYAAN SECARA MIKROK­REDIT
- Memajukan sektor ekonomi tertentu khususnya industri kecil dan sederhana.
SKIM PAJAK GADAI ISLAM ATAU ALRAHNU
- Transaksi pemberian kemudahan pinjaman wang kepada pemegang gadaian sebagai cagaran terhadap pinjaman yang dibuat.
SKIM PINJAMAN KEWANGAN DAN PEMBIAYAAN
- Seseorang itu dibenarkan berhutang atau membuat pinjaman kewangan bertujuan menunaikan rukun Islam yang kelima sekiranya dia yakin mampu membayar balik.

PRINSIP UMUM KETIKA BERHUT­ANG

~ Setiap hutang ditulis.
~ Tiada bayaran tambahan.
~ Selesaikan semua hutang si mati sebelum harta pusaka dibaha­gikan secara faraid.
~ Wajib pulangkan pada waktu yang dijanj­ikan.

BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHA­RIMIN

INSTITUSI ZAKAT DAN BAITUMAL
- Mewujudkan keseim­bangan dalam aspek sosial ekonomi.
- Mering­ankan beban yang dihadapi oleh golongan yang dibelenggu hutang.
- Memenuhi keperluan asas kehidupan.

GEJALA CETI HARAM

1. Ah Long atau khidmat pinjaman tanpa lesen.
2. Berten­tangan dengan syariat Islam.
3. Mengenakan faedah.
 
KESAN
- Keruntuhan rumah tangga.
- Perpecahan keluarga.
- Menghadapi tekanan jiwa.
   
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Fiqh Muamalat Fitri Cheat Sheet
          fiqh muamalat Cheat Sheet