Show Menu
Cheatography

Analisis Pengukuran Untung dalam Fiqh Muamalat Cheat Sheet by

Assignment on Fiqh Muamalat KFD 2303 (Sem 3) subject.

Definisi

1) Hasil pendapatan daripada sesuatu kegiatan seperti perusa­haan, perniagaan yang melebihi modal serta segala perbel­anjaan yang berkaitan.
(Kamus Dewan)
2) Perolehan lebihan wang oleh perusahaan selepas semua perbel­anjaan disele­saikan dalam suatu tempoh pengiraan sesuatu akaun.
(Kamus Harrap’s Dictionary of Business Finance)

Untung Menurut Perspektif Islam

Bahasa
1) Al-Ribh (Rabiha)
 
2) Pertam­bahan dalam kegiatan perniagaan
Istilah
Lebihan dan pertam­bahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada usaha dan modal.
Al-Qurtubi
Kamu mendapat keuntungan dan kerugian dalam jual beli kamu (ayat kebiasaan orang Arab)
Imam Al-Alusi (juga pendapat Al-Nis­aburi)
Usaha untuk mendap­atkan lebihan modal melalui modal.
Zakat
Pertam­bahan ke atas modal dan ditinjau dari segi harta yang diwajibkan zakat.
 

Untung Menurut Perspektif Islam

Murabahah
1) Kontrak jual beli dengan harga pertama dengan tambahan keuntungan yang ditetapkan dan disepakati antara penjual dan pembeli.
 
2) Kontrak jual beli apa yang dimili­kinya dengan apa yang sepatutnya (modal) dan dengan lebihan.
Ibnu Qudamah
Satu lebihan ke atas modal.
Dr Muhammad Salah (kitab “Mushkalah al-Ist­ithmar fi al-Bunuk al-Isl­ami­yyah: Wa Kaifa Ilajiha al-Islam”)
Matlamat asasi bagi syarikat di mana segala aktiviti ekonomi yang diceburi akan melibatkan proses jual beli
Ibn Khaldun (Muqaddimah Ibn Khaldun)
Nilai yang timbul hasil daripada kerja yang dilakukan oleh manusia.
Khurshid Ahmad dan Muhammad Nejatullah Siddiqi
Apa yang ditentukan dalam keadaan biasa dan sederhana mengikut hukum penawaran dan permintaan dalam pasaran bebas, dengan syarat undang­-undang negara, peranc­angan dan polisinya atau kawala­n-k­awalan lain tidak campur tangan dalam sistem jualan dan belian, pengel­uaran komoditi serta pasaran persaingan monopoli tidak dibenarkan mempen­garuhi pasaran serta tidak berlaku keadaan darurat yang memberi kesan kepada pasaran.
 

Pembah­agian Keuntu­ngan: Pendekatan Fuqaha’

Ukuran Yang Tetap
- Al-Iba­diyyah
1/3 atau lebih
- Hanbali
1/3 atau 1/6
- Al-Mardawi
1/4
- Syafi'i
Melebihi 1/3
- Maliki
1/3 atau lebih
- Ibn Yahya al-Balkhi
1/10 (haiwan) dan 1/5 (bangunan)

Pembah­agian Keuntu­ngan: Pendekatan Fuqaha’

Ukuran Yang Fleksibel
- Al-Mardawi
Memper­tim­bangkan kebiasaan dan berses­uaian dengan pengha­dapan konflik
- Ibn Abidin
Kadar keuntungan yang tidak tercakup dalam penetapan taksiran oleh pihak pentaksir.

Kesimpulan

1) Konsep untung perlu dijadikan sebagai panduan dalam menentukan kadar dan nisbah yang berpatutan bagi sesuatu barangan yang akan diniag­akan.
2) Keuntungan sentiasa berubah dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan manusia keselu­ruh­annya.
3) Islam mengik­tiraf untung yang bebas daripada unsur-­unsur haram seperti riba, ghabn, gharar dan ihtikar.
4) Umat Islam perlu berusaha untuk mencapai keuntungan yang tiada unsur-­unsur haram.
               
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Fiqh Muamalat Fitri Cheat Sheet
          Fiqh Muamalat Cheat Sheet
          fiqh muamalat Cheat Sheet