Cheatography
https://cheatography.com
Pandangan Islam mengenai amalan berhutang
1. Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan. |
2. islam menganjurkan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersederhana dan mengutamakan sikap qana'ah |
3. Rasulullah SAW enggan menyembahyangkan jenazah seorang sahabat yang telah meninggal dunia setelah mengetahui sahabat yang meninggal dunia tersebut belum melangsaikan hutangnya. Tindakan Rasulullah SAW ini menggambarkan dosa orang tidak menjelaskan hutangnya begitu berat lebih-lebih lagi dalam situasi sekiranya hutangnya itu dilipat gandakan dengan riba |
Konsep Pinjaman dalam Islam
Al-'ariyah |
Al-qard |
pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma. |
pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan |
hanya melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikembalikan dalam keadaan asal , contohnya kereta. |
peminjam (penghutang) hendaklah memulangkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan merupakan benda yang asal , contohnya wang. |
Definisi al-Qard
Al-qard - dari segi bahasa bermaksud al-qat'u (potong) |
Istilah - penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan. |
Qard - harta yang diberikan kepada orang yang berhutang. |
Al-Qard dikategorikan sebagai akad tabarru' iaitu kontrak yang berteraskan kepada konsep kebajikan. |
Rukun al-Qard
1- Pemiutang |
2- Penghutang |
3- Barang yang dipinjam |
4- Sighah |
|
|
Prinsip al-Qard al-Hasan
1. al-Qard al-Hasan - transaksi pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur riba dan mengutamakan kebajikan dan keadilan sosial. |
2. Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa faedah. |
Hukum al-Qard al-Hasan
Sunat |
Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan untuk membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup |
Tidak harus memberikan pinjaman sekiranya diketahui bahawa wang tersebut akan digunakan bagi tujuan haram atau maksiat |
Objektif pelaksanaan al-Qard al-Hasan
1. Membantu golongan yang memerlukan. |
2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya |
3. Memupuk semangat persaudaraan dikalangan umat islam |
4. Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. |
5. Menyediakan ruang, peluang dan kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah |
6. Menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat |
7. Sebagai salah satu wasilah da'wah kepada golongan bukan Islam mengenai kesyumulan dan keindahan Islam |
8. Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat |
|
|
Larangan riba
Larangan terhadap riba adalah jelas berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 275 |
Terdapat hadith Rasulullah SAW yang menyebut bahawa setiap pinjaman (hutang) yang mempunyai manfaat ianya adalah riba |
قال رسول االه صلى الله عليه وسلم -كل قرض جر منفعة, فهو ربا (Rasulullah SAW telah bersabda bahawa setiap pinjaman(hutang) yang ada manfaat,ianya adalah riba) |
Fatwa pengharaman riba
Semua telah bersepakat bahawa setiap penambahan atau faedah ke atas semua bentuk pinjaman adalah riba dan haram |
Prinsip-prinsip umum ketika berhutang
i) Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis |
ii) Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman |
iii) Kepentingan menyelesaikan semua hutang turut disyaratkan dalam perwarisan |
iv) Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh sebagaimana yang dijanjikan |
Kesimpulan
Islam telah meletakkan prinsip al-qard al-hasan supaya tidak berlaku unsur unsur penganiayaan dalam berhutang dan memberi hutang. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets