Show Menu
Cheatography

Fiqh Muamalat Bay' Al Salam Cheat Sheet by

Secara umumnya jualan al salam ini boleh difahami sebagai jual beli secara tempahan, di mana pembeli menempah barang dan melunaskan harganya.

BAY' AL-SALAM

Dari Segi Bahasa:
Al-Salam ialah al-Salaf yang bermaksud al-taqdim iaitu pendah­­uluan atau mendah­­ul­ukan. Di dalam kitab al-Fiqh 'ala Mazahib al-'Ar­­ba'ah menyatakan al-Salam ialah bahasa penduduk Hijjaz manakala al-Salaf ialah bahasa penduduk Iraq.
Dari Segi Istilah:
Menjual sesuatu barang yang bertangguh dengan yang segera, ataupun menjual suatu yang disifatkan dalam tanggungan iaitu dengan mendah­­ulukan bayarannya dan menang­­guhkan barangan untuk ke suatu tempoh tertentu. Dengan perkataan lain, menyer­­ahkan tukaran yang ada untuk tukaran yang ditetapkan sifatnya dalam tanggungan sehingga ke suatu tempoh tertentu.

DALIL AL-QURAN BAY' AL-SALAM

Dalil yang dipetik melalui ayat al-quran adalah seperti yang berikut. Firman Allah SWT:
يَا أََيُّهَا الَّذِينَ اَمَنُوا إِذَا تَدَاي­­َن­ْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمَّى فَاكْت­­ُبُوهز
“Wahai orang-­­orang yang berima­­n,­a­p­abila kamu berhutang untuk waktu yang ditentukan maka hendaklah kamu menuli­­snya.”

DALIL AL-SUNNAH BAY' AL-SALAM

Dalil al-sunnah yang memper­­ka­takan mengenai al-salam:
حدثنا عن إبن عباس, قال: قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة, وهم يسلفون في الثمار, السنة والسنتين, فقال: ((من اسلف في تمر, فاليسلف في كيل معلوم ووزن معلوم إلى أجل مسمى))
Dikhab­­arkan kepada kami oleh Ibn Abbas RA,katanya semasa Nabi Muhammad SAW datang ke Madinah nabi mendapati orang-­­orang Islam di sini menempah atau mengeluar buah-b­­uahan semasa setahun ataupun dua tahun iaitu mereka membayar tunai harganya untuk memperoleh buah-b­­uahan selepas setahun ataupun dua tahun. Maka nabi bersabda: “Sesiapa yang ingin menempah atau menged­­ar­,­h­en­­daklah dia mengikut sukatan terten­­tu­,­t­im­­bangan tertentu dan tempoh tertentu.
 

RUKUN BAY' AL-SALAM

Al-Aaq­­idaan (العاق­­دان):
Pihak yang mengikat perjan­­jian, mereka terdiri dari pembeli dan penjual.
Al-Sighah (الصيغة):
Ijab (الإيجاب : Penawaran) dan qabul (القبول : Perset­­uj­uan).
Ra's al-Maal (رأس المال):
Modal atau harga.
 
- Kadar dan bentuk pembayaran mestilah diketahui oleh kedua-dua pihak.
 
- Penyerahan dan penerimaan modal sebagai motif dalam jual salam perlulah dilakukan semasa akad.
Al-Muslam fih (المسلم فيه):
Barang yang ditempah.

SYARAT BAY' AL-SALAM

i. Barang­­-b­arang tersebut mestilah boleh dinyatakan sifat-­­si­f­atnya dan ciri-c­­ir­inya.
ii. Barangan tersebut mestilah dikena­­lpasti jenis,­­ku­a­ntiti dan sifat oleh kedua-dua pihak.
iii. Barang tersebut tidak dicamp­­ur­a­d­ukkan dengan barang lain yang berlainan jenis.
iv. Barangan tersebut mestilah bersta­­tuskan hutang dan hanya dinyatakan sifat tanpa merujuk barang tersebut.
v. Barangan tersebut mampu disera­­hkan.
vi. Tempoh penyerahan perlu diteta­­pkan.
vii. Tempat penyerahan perlu ditent­­ukan.
 

APLIKASI SEMASA BAY' AL-SALAM

1) Pembiayaan Salam Secara Campuran (Hybrid).
- Kenal Pasti Penjual.
- Permohonan Dan Janji.
- Bay' Al-Salam.
- Jual Bayaran Tangguh (Muajjal).
2) Produk Al-Salam Sebagai Pembiayaan Modal Kerja (Working Capital).

KESIMPULAN BAY' AL-SALAM

● Jual beli Al-Salam atau Bay Al-Salam adalah salah satu cara jual beli yang dibenarkan di dalam Islam.
● Dalam jual beli Al-Salam, Islam telah menetapkan beberapa peratu­­ra­n­-­pe­­raturan yang perlu dipenuhi.
● Islam mendat­­angkan lima tujuan utama untuk memeli­­ha­r­anya:
1) Memelihara Agama (الدين حفظ).
2) Memelihara Diri (حفظ النفس).
3) Memelihara Akal (حفظ العقل).
4) Memelihara Keturunan (حفظ النسْل).
5) Memelihara Harta (حفظ المال).
       
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Fiqh Muamalat Fitri Cheat Sheet
          fiqh muamalat Cheat Sheet