Cheatography
https://cheatography.com
Assigment fiqh muamalat 2020
Pandangan Islam Mengenai Amalan Berhutang
- Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan. |
Hukum al-qard al-hasan
# Hukum melaksanakan qard hasan adalah sunat berdasarkan hadith Rasulullah SAW dan ijma' para fuqaha' |
#Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa daripada kalangan muslin yang memberi pinjaman kepada muslim yang lain sebanyak dua kali, ganjarannya seperti melakukan sedekah sekali". |
#Prinsip utama yang mendasari akad qard iaitu ta'awun iaitu saling bantu membantu di kalangan sesama insan untuk meringankan beban. |
Bantuan kepada asnaf al-gharimin
~Institusi zakat begitu signifikan bagi mewujudkan keseimbangan dalm aspek sosial dan ekonomi dalam masyarakat iaitu golongan yang berkemampuan mengeluarkan zakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik. |
~Proses agihan ialah golongan ini terpaksa berhutang atas faktor-faktor memenuhi keperluan asas kehidupan. |
Sebagai contoh: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Baitulmal setiap tahun telah mengkhususkan sejumlah peruntukan bagi membebaskan asnaf al-gharimin daripada belenggu hutang. |
Sebagai contoh:membeli makanan, bagi tujuan perubatan, pembelian barang-barang asasi selepas ditimpa musibah seperti kebakaran. |
|
|
Konsep Pinjaman Dalam Islam
Al-'ariyah |
Al-qard |
Pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta untuk memberi pinjaman ke bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma. |
Pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan,sukatan atau timbangan. |
Rukun al-Qard
1.Pemiutang (Orang yang memberikan pinjaman) |
~~ Boleh menguruskan harta, berurus niaga (ahliyyah al-mu'amalah) dan memiliki harta dan tiada unsur paksaan (redha). |
2.Penghutang/peminjam |
~~ Bukan seorang yang gila atau kanak-kanak dan tiada unsur paksaan (redha) yang mampu untuk membayar balik pinjaman yang telah dilakukan. |
3.Barang yang disimpan |
>Fuqaha' berselisih pendapat tentang barang-barang yang sah untuk diberi pinjam atau hutang. |
>Fuqaha' mazhab Maliki, Syafi'i dan Hanbali mengatakan HARUS diberi hutang bagi barang-barang yang boleh disukat atau ditimbang seperti emas dan makanan termasuk barang-barang qimiy. |
Al-qard al-hasan (penjana sosio ekonomi ummah)
#Skim pembiayaan secara mikrokredit dilihat dapat membantu proses penjanaan pendapatan secara tetap kepada golongan yang berpotensi. |
#Pelaksanaan pinjaman ini tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman, pemantauan yang berterusan oleh pihak yang berkenaan. |
#Skim Al-rahnu ialah transaksi pemberian kemudahan pinjaman wang untuk menggadai (al-rahin) akan meletakkan barang gadaian (al-marhun) yang bernilai seperti Emas. |
#Institusi kewangan dan koperasi di Malaysia yang menawarkan skim pinjaman kewangan dan pembiayaan untuk menunaikan haji atau umrah meskipun tidak semua pinjaman tersebut adalah berlandaskan kepada prinsip qard hasan. |
|
|
Definisi Al- Qard
>Dari segi bahasa bermaksud al-qat'u (potong) |
>Dari segi Istilah bermaksud penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan. |
Al-Qard dikategorikan sebagai akad tabarru' iaitu kontrak yang berteraskan kepada konsep kebajikan. |
Larangan Riba' (Surah Al- Baqarah: 278)
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa Riba' (yang belum dipungut) jika kamu orang-oarang yang beriman. (278) |
Objektif pelaksanaan al-Qard al-Hasan
1. Membantu golongan yang memerlukan. |
3. Memupuk semangat persaudaraan, keprihatinan, ehsan dan saling bantu membantu di kalangan umat islam. |
5. Menyediakan ruang, peluang dan kemudahan kepada golongan yang berpendapatan rendahuntuk menceburi dalam bidang sektor perniagaan. |
7. Salah satu wasilah da'wah kepada golongan bukan Islam mengenai kesyumulan dan keindahan Islam dengan memberikan bantuan pinjaman kewangan secara qard hasan. |
2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin melalui pengagihan kekayaan dan sumber dalam masyarakat. |
4. Mengukuhkan sektor sosio ekonomi dalam masyarakat. |
6. Menghapuskan diskriminikasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat. |
8. Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat. |
|
|
Prinsip Al-Qard al- hasan
~ Sebarai tambahan nilai atau lebihan daripada jumlah pinjaman yang asal adalah dianggap sebagai riba'. |
~ Islam hanya membenarkan transaksi pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur riba' dan mengutamakan kebajikan dan keadilan sosial(al-qard al- hasan). |
~ Al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik. |
~ Ia manifestasi keprihatinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya dalam kesempitan. |
Prinsip-prinsip umum ketika berhutang
- Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak yang berkontrak khususnya penghutang menyedari komitmen untuk membayar kembali hutang tersebut. |
- Tidak boleh mengatakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan ke atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang. |
- Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh sebagaimana yang telah dijanjikan. |
-Kepentingan menyelesaikan semua hutang turut disyariatkan dalam pewarisan. |
Gejala ceti haram
~~Kegiatan ceti haram atau ah long secara jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana perkhidmatan pinjaman kewangan yang ditawarkan mengandungi unsur riba' dengan mengenakan bayaran bunga atau faedah. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets