KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM
Al-'ariyah |
Al-qard |
Melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam. |
Melibatkan pemindahan pemilikan barangan yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan. |
Hak pemilikan ke atas barang tersebut masih kekal pada pemberi pinjaman. |
Salaf (hutang) iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa syarat keuntungan |
Peminjam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau susut nilai bagi barang. |
Wujudnya hutang atau keberhutangan daripada satu pihak iaitu penghutang kepada satu pihak yang lain iaitu pemberi hutang (pemiutang). |
Melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah. |
Peminjam (penghutang) hendaklah memulangkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan merupakan benda yang asal. |
RUKUN AL-QARD
1.Pemiutang(Orang yang beri hutang) |
- boleh menguruskan harta, berurus niaga dan memiliki harta tersebut dan tiada unsur paksaan (redha) |
2. Penghutang/peminjam |
- Bukan seorang yang mahjur 'alaih, orang gila atau kanak-kanak dan tiada unsur paksaan (redha) yang mampu untuk bayar balik pinjaman |
3. Barang yang dipinjam |
(a)Fuqaha' mazhab Hanafi- sah berhutang barang-barang mithliy. |
(b) fuqaha' mazhab Maliki, Syafi'i dan Hanbali - harus bagi barang-barang yang boleh disukat atau ditimbang. |
4. Sighah ( Ijab dan kabul ) |
|
|
DEFINISI AL-QARD
Bahasa bermaksud al-qat'u(potong) |
Dari segi istilah penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan |
Al-Qard dikategorikan sebagai akad tabarru' iaitu kontrak yang berteraskan kepada konsep kebajikan. |
PRINSIP AL-QARD AL-HASSAN
al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik. |
manifestasi keprihatinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan. |
Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah. |
Dalil pensyariatan al-Qard al-Hassan |
Surah al-Baqarah, ayat 245: "Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." |
|
Hukum al-Qard al-Hassan |
Hukum pelaksanaan Qard hasan adalah sunat |
Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan untuk membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup |
|
|
OBJEKTIF PELAKSANAAN AL-QARD AL-HASSAN
Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin. |
Membantu golongan memerlukan. |
Memupuk semangat persaudaraan, keprihatinan, ehsan dan saling bantu membantu di kalangan umat Islam. |
Menyediakan ruang, peluang dan kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah. |
Menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat. |
Wasilah da'wah kepada golongan bukan Islam. |
LARANGAN RIBA
Larangan terhadap riba adalah jelas berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 275 |
Allah SWT juga telah memberi peringatan kepada orang yang beriman agar tidak memakan riba sebaliknya mereka diseru agar bertaqwa kepada Allah SWT kerana dengan itu mereka akan terdiri daripada orang-orang yang berjaya. |
Baginda melaknat orang yang memakan riba, orang yang menjadi agen, orang yang mencatat transaksi tersebut serta orang yang menjadi saksi |
Dosa orang yang melakukan riba juga adalah amat berat di sisi Allah SWT. |
PRINSIP - PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG
i) Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-pihak yang berkontrak khususnya penghutang menyedari komitmen dan obligasi masing-masing. |
ii) Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang. |
iii) Menyelesaikan semua hutang. |
iv) Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh sebagaimana yang dijanjikan. |
|
|
BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHARIMIN
Institusi zakat memainkan peranan yang besar dalam meringankan beban yang dihadapi oleh golongan yang dibelenggu hutang. |
Kriteria yang diberikan perhatian ialah golongan ini terpaksa berhutang atas faktor memenuhi keperluan asas kehidupan. |
Bantuan tidak disalurkan kepada mereka yang berhutang dengan pihak pemberi pinjaman tidak berlesen. |
AL-QARD AL-HASSAN PENJANA SOSIO EKONOMI UMMAH
Membantu proses penjanaan pendapatan secara tetap kepada golongan yang berpotensi |
Memajukan sektor ekonomi tertentu khususnya industri kecil dan sederhana. |
Digunakan secara meluas dalam skim pajak gadai Islam atau al-rahnu di Malaysia yang ditawarkan oleh koperasi dan bank |
GEJALA CETI HARAM
Perniagaan pemberian pinjaman wang tanpa lesen yang sah atau lesen tempoh atau lesen digantung. |
Kerajaan mengambil tindakan berterusan untuk mengawal dan memantaunya |
Memberhentikan pemberian lesen kepada peminjam wang berlesen. |
Kempen kesedaran. |
Khidmat nasihat. |
Menurunkan iklan ah long di kawasan-kawasan perumahan. |
PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG
Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan |
Dosa orang tidak menjelaskan hutangnya begitu berat, lebih-lebih lagi hutangnya itu dilipat gandakan dengan riba |
Jiwa mereka sebenarnya diselubungi keresahan dan tekanan perasaan siang dan malam. |
Rasulullah SAW sering berdoa kepada Allah SWT agar dijauhkan daripada tabiat berhutang :
"Ya Allah, aku mohon perlindunganMu daripada perasaan sedih dan gelisah, aku mohon perlindunganMu daripada kelemahan dan kemalasan, aku mohon perlindunganMu dari sifat pengecut dankedekut, dan aku mohon perlindunganMu daripada cengkamanhutang dan penindasan orang"
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets