Show Menu
Cheatography

Fiqh Muamalat Tajuk : Al-Qard

Definisi Al-Qard

BAHASA :
Pengas­ingan sebahagian dari sesuatu. Dalam aspek ini, seolah­-ol­ahnya si pemberi pinjam telah mengas­ingkan sebahagian dari harta miliknya untuk diberi pinjam kepada si peminjam yang akan mengem­balikan semula kepada si pemberi pinjam dalam tempoh tertentu
ISTILAH :
Al-Qard ialah pinjaman yang dilakukan untuk sesuatu kegunaan samada dari wang ringgit atau lainnya yang akan dipula­ngkan samada dalam bentuk zat yang sama ataupun tidak.

DALIL AL-QURAN & HADIS

DALIL AL-QURAN
Al-Qard telah disyar­iatkan melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Selain “Ayat al-qard” di atas masih ada ayat al-Quran lain yang menyentuh tentang al-Qard, dianta­ranya firman Allah swt : “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik iaitu dengan mengel­uarkan hartanya di jalan Allah, maka Allah akan melipa­tga­ndakan balasan baik kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah-lah yang menyem­pitkan dan melapa­ngkan rezki dan kepada­Nyalah kamu akan dikemb­ali­kan.” (Al-Ba­qarah : 145)
DALIL HADIS
Hadis Nabi Muhammad saw juga banyak menyebut tentang al-Qard, dianta­ranya sabdaan Nabi Muhammad saw :
ما من مسلم يقرض مسلما قرضا مرتين إلا كان كصدقتها مرة
“..Sesiapa dari kalangan orang Islam yang memberi pinjaman kepada orang Islam yang lain sebanyak dua kali maka seolah­-ol­ahnya dia telah memberi sedekah satu kali.”
 

HUKUM AL-QARD

Hukum al-Qard bagi pemberi pinjam dan yang meminjam adalah bergantung kepada keadaan mereka. Kadangkala hukumnya menjadi wajib dan kadangkala menjadi sunat dan lain-lain.
1. Memberi Hutang : Sunat
2. Berhutang : Harus(pada asalnya) tetapi hukumnya boleh berubah bergantung kepada niat orang yang berhutang iaitu boleh jadi wajib, haram dan makruh
3. Membayar Hutang : Wajib membayar kembali hutangnya dengan baik.

Hukum Al-Qard ke Atas Peminjam (Al-Mu­qrid)

a) Wajib : Memberi pinjam menjadi wajib sekiranya orang yang hendak meminjam dalam keadaan terdesak untuk menyara hidupnya atau keluar­ganya dan si al-muqrid adalah orang yang mampu untuk memberi pinjaman.
b) Haram : Haram ke atas al-muqrid memberi pinjaman kepada orang yang diyakini akan menggu­nakan pinjaman tersebut untuk melakukan perkara yang haram seperti menggu­nakan wang pinjaman untuk berjudi dan sebaga­inya.
c) Sunat : Pada umumnya, sunat memberi pinjam kerana perbuatan tersebut boleh membantu menyel­esaikan masalah mereka yang memerl­ukan.
d) Makruh : Hukum makruh akan terjadi dalam urusan memberi pinjaman sekiranya pinjaman diberi tidak mengikut keutamaan orang-­orang yang ingin meminjam dan juga menjadi makruh jika diyakini bahawa orang yang meminjam akan membaz­irk­annya.
e) Harus : Harus memberi pinjaman jika urusan tersebut bukan untuk membantu orang yang berhajat tetapi hanya sekadar tujuan tertentu seperti memberi pinjaman semata­-mata supaya pinjaman tersebut terjamin kesela­mat­annya jika diberi pinjam kepada sesiapa yang boleh diperc­ayai.
 

Hukum Al-Qard ke Atas yang Meminjam (Al-Mu­qtarid)

a) Wajib : Meminjam sesuatu keperluan menjadi wajib jika pinjaman tersebut dilakukan untuk menyel­amatkan nyawa seseorang.
b) Haram : Haram ke atas seseorang yang ingin meminjam sesuatu untuk digunakan dalam perkara yang haram.
c) Sunat : Disunatkan meminjam sesuatu keperluan jika perkara itu boleh mengur­angkan bebanan yang tertan­ggung.
d) Makruh : Makruh hukumnya jika meminjam sesuatu semata­-mata untuk berleb­ih-­lebihan dalam sesuatu perkara.
e) Harus : Diharuskan meminjam sesuatu keperluan sekiranya berhajat dan hajat tersebut tidak sampai ke tahap sunat atau wajib.

SYARAT AL-QARD

Terdapat empat syarat yang mesti dipenuhi dalam akad al-qard :
1. Akad Al-qard dilakukan dengan ijab dan qabul atau bentuk yang boleh mengga­nti­kannya, seperti muatah (kontrak dengan tindak­an/­saling memberi dan memahami antara satu sama lain)
2. Kedua-dua pihak yang terlibat dalam akad Al-Qard mesti cukup syarat sah (munas­abah, baligh dan tanpa paksaan). Berdas­arkan syarat­-syarat ini, akad al-qard sebagai akad tabrau' (amal / sosial), maka akad al-qard yang berlaku oleh kanak-­kanak kecil, orang gila, orang bodoh atau orang yang diseksa, maka akad itu tidak sah.
3. Menurut kalangan hanafiyah, harta yang dipinj­amkan mestilah harta yang setara di pasaran, atau nilai yang setara manakala menurut jumhur ulama, harta yang dipinj­amkan di dalam al-qard boleh menjadi harta yang digunakan sebagai tanggu­ngan.
4. Saiz, jumlah, jenis dan nilai harta yang dipinj­amkan mestilah jelas supaya mudah dikemb­alikan. Ini adalah untuk mengel­akkan pertikaian antara pihak-­pihak yang menjal­ankan akad al-qard.
 

RUKUN Al-QARD

1. Peminjam (muqta­ridh) : Peminjam mestilah ahli muamalah, yang bermaksud dia harus matang, berakal, dan tidak kompeten (menurut undang­-un­dang, tidak dibenarkan mengatur hartanya sendiri).
2. Pemberi pinjaman (muqridh) : Pemberi pinjaman mestilah Ahliyat at-Tab­arru' dengan maksud mempunyai kemampuan menggu­nakan hartanya secara mutlak mengikut pandangan syarak. Dalam qardh, seorang muqridh meminj­amkan dananya tanpa paksaan daripada pihak lain.
3. Barang­/hutang (Mauqud ‘Alaih) : Barangan yang dijadikan objek dalam qardh hendaklah tertakluk kepada akad salam. Dengan akad salam, barang tersebut dianggap sah untuk berhutang.
4. Ijab Qabul : Lafaz dalam qabul hendaklah dibuat dengan jelas dan boleh difahami oleh kedua-dua pihak, supaya tidak menimb­ulkan salah faham.

Cara yang dibenarkan dalam islam untuk berhutang.

Terdapat empat cara yang dibenarkan dalam Islam untuk berhutang :
1. Seseorang yang hendak berhutang dibenarkan menggadai hartanya untuk cagaran. Perkara ini dibenarkan dalam Islam.
2. Dibenarkan mengadakan penjamin di antara mereka.
3. Boleh dilakukan secara bertulis.
4. Dibenarkan menggu­nakan saksi

HIKMAH HUTANG

1. Untuk mewujudkan suasana tolong­-me­nolong.
2. Menger­atkan lagi hubungan silatu­rrahim sesama umat islam.
3. Mengajak mereka supaya berusaha menyel­esaikan masalah secara bekerj­asama.
4. Untuk menghalang manusia mengambil kesempatan daripada kesusahan dan hajat orang lain.
   
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          fiqh muamalat Cheat Sheet
          Fiqh Muamalat Teori Pemilikan Dalam Islam Cheat Sheet