Show Menu
Cheatography

PROSEDUR DAN PELAKSANAAN WASIAT Cheat Sheet by

Islamic Financial Planning

Konsep Wasiat

Wasiat berasal daripada perkataan Arab iaitu wasa yang bermaksud membuat janji.
Wasiyyah (wasiat) dalam bahasa Arab bermaksud sesuatu yang diwasi­atkan
Dari segi bahasa merangkumi wasiat terhadap harta atau selain harta.
Penggunaan istilah wasiat dari segi syarak hanya merujuk kepada wasiat harta sahaja.

Definisi Wasiat

Wasiat adalah Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya untuk menyem­pur­nakan sesuatu kebajikan selepas dia mati.
Wasiat juga satu dedikasi untuk memindah milik harta selepas kematian pewasiat.
Satu akad yang didedi­kasikan semasa hayat pemilik harta untuk memind­ahm­ilikkan hartanya kepada waris yang hanya berkua­tkuasa selepas kemati­annya.

Wasiat Sebagai Instrumen Peranc­angan Harta

Ialah sebahagian daripada sistem perwarisan Islam di samping faraid, hibah, wakaf, dan sebaga­inya.
Penggunaan setiap instrumen syariah adalah bergantung kepada keperluan, situasi, dan kehendak pemilik harta.
Wasiat boleh digunakan untuk Instrumen tersebut bagi seseorang yang memiliki keluarga yang tidak dapat mewarisi harta pusakanya kerana perbezaan agama.
Wasiat boleh juga digunakan sebagai instrumen ini kepada seseorang memiliki harta yang banyak.
 

Pelaks­anaan Wasiat

Penerimaan Maklumat Kematian Pewasiat
Sijil Kematian perlu diberikan kepada pihak MAIS oleh pewaris setelah pewasiat meninggal dunia.
Pembacaan Wasiat
Pembacaan dokumen wasiat bertulis dilakukan di hadapan penerima wasiat, waris-­waris, dan saksi-­saksi mengikut tempat yang dipers­etujui bersama.
Siasatan
Pihak MAIS menjal­ankan siasatan harta pewasiat dan memastikan kewujudan penerima wasiat Seksyen 17.
Pengesahan Wasiat
Pemohon menyatakan sepenuhnya jenis perintah yang dipohon dan melamp­irkan bersama maklumat yang terperinci berkaitan wasiat.

Prosedur Wasiat

Menggu­nakan undang­-undang terpakai untuk wasiat orang Islam adalah hukum syarak.
Orang bukan Islam menggu­nakan undang­-undang sivil yang berasaskan undang­-undang Inggeris.
Undang­-undang wasiat orang Islam menggu­nakan peruntukan Perlem­bagaan Persek­utuan.
Setiap negeri mempunyai satu peruntukan statutori melibatkan tentang bidang kuasa Mahkamah Syariah mengenai wasiat dalam statut Pentad­biran Agama Islam dan statut Mahkamah Syariah.
 

Pemben­tukan Wasiat

Permohonan
Borang Permohonan Wasiat (Bo rang A)diisi oleh seseorang untuk membuat wasiat Seksyen 3, Kaedah­-kaedah Pengurusan Wasiat.
Dokumen Sokongan dan Saksi
Pihak MAIS menggu­nakan dokumen sokongan dan dua orang saksi Seksyen 4(1) dan (2) untuk pembuktian wasiat.
Pendaf­taran
Permohonan wasiat yang diterima akan didaft­arkan ke dalam Daftar Wasiat Seksyen 6(1), Kaedah­-kaedah Pengurusan Wasiat.
Penyediaan Dokumen Wasiat Bertulis
Pewasiat perlulah meleng­kapkan Dokumen Wasiat Bertulis dengan maklumat yang penting.
Penyim­panan
Dokumen Wasiat Bertulis hendaklah dibuat dalam dua salinan, untuk simpanan MAIS dan pewasiat.
Pindaan atau Pembatalan Wasiat
Pewasiat mempunyai hak untuk membat­alkan wasiat sebelum hari kemati­annya.
Pengem­ask­inian Status Pewasiat
Pihak MAIS akan merekod setiap maklumat daripada pewasiat, dalam bentuk bertulis atau lisan untuk memastikan pewasiat masih hidup.
 
Maklumat direkod setiap tempoh 3 hingga 6 bulan sekali.
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Perancangan Kewangan Islam Cheat Sheet