Show Menu
Cheatography

Konsep pinjaman menurut pespektif Islam Cheat Sheet by

Assignment individu : Konsep pinjaman menurut perspektif Islam

Pendah­uluan

Manusia bekerja siang dan malam untuk mencari kesenangan hidup sebagai rezeki dalam kehidupan mereka.
Lumrah dalam kehidupan manusia yang mendam­bakan serba mewah .
Selain itu, kenikmatan dan keindahan tidak semua orang miliki dalam kesero­nokan dunia kerana mereka juga bertungkus lumus dalam mencari rezeki halal.

Pandangan Islam mengenai amalan hutang

Tidak mengga­lakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan
Tabiat berhutang menguasai kehidupan manusia sehingga membawa kemuda­ratan
Budaya suka berhutang amatlah ditegah oleh Islam kerana agama Islam adalah agama yang mulia dan mengan­jurkan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersed­erhana dan mengut­amakan sikap qana'ah

Konsep Pinjaman dalam Islam

Pinjaman mempunyai 2 jenis iaitu al-'ariyah dan al-qard
Al-'­ari­yah -pinjaman yang melibatkan pemberian barangan atau harta oleh pemberi
-Barang yang dipinjam mestilah dipula­ngkan kepada tuannya dan bukan memula­ngkan barang gantian tersebut
- Melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikemb­alikan dalam keadaan asal
al-Q­ard -pemin­dahan atau melibatkan pemilikan barang atau komoditi.
-Hutang ialah pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa ada unsur keuntungan

Definisi Al-Qard

Al-Qard dari segi bahasa iailah potong (Harta yang diberikan kepada orang yang berhutang
Dari segi isti­lah ialah penyerahan barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang
-Akad qard dikategori sebagai taba­rru' iaitu kontrak yang berter­askan kebajikan
- Riba' bermaksud penambahan wang atau barang yang dipinjam.
 

Larangan Riba'

Dosa riba adalah amat berat disisi Allah
Satu dirham riba yang dimakan oleh anak adam terlalu berat dosa melebihi dosa tiga puluh enam kali melakukan maksiat zina
Tidak mengga­lakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan

Fatwa pengha­raman riba'

- Setiap faedah atau penambahan ke atas hutang kerana peminjam lewat menjel­askan hutang atau faedah yang ditetapkan pada awal kontrak pinjaman.
- Segala faedah dari bank yang diperoleh dari bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri sebaliknya perlu diserahkan ke Baitulmal.

Prinsip al-Qard al-Hasan

- Al-Qard al-Hassan ialah pinjaman yang baik
- Peminjam perlu membayar jumah wang yang dipinjam tanpa faedah
- Seseorang yang melakukan kebajikan perlu membantu saudaranya yang berada dalam keadaan kekurangan atau kesempitan khusunya dalam aspek kewangan
- Kontrak juga menjurus kepada sifat bertol­eransi dan prihatin peminjam

Hukum al-Qard

Sunat
memberi hutang kepada seseorang yang memerl­ukan.
Harus
bagi membeb­askan diri daripada kesempitan hidup.
Tidak harus
memberikan pinjaman sekiranya diketahui bahawa wang digunakan bagi tujuan haram.

Rukun al-Qard

Pemiutang (orang yang memberikan pinjaman)
Boleh mengur­uskan harta, berurus niaga (ahliyyah al-mu'­amalah) dan memiliki harta.
 
Tiada unsur paksaan
Penghu­tan­g/p­eminjam
Bukan seorang yang mahjur 'alaih kerana safih, orang gila atau kanak-­kanak.
 
Tiada unsur paksaan
 
Berkem­ampuan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat.
Barang yang dipinjam
Boleh disukat, ditimbang dan dibilang dan mempunyai saiz yang hampir serupa.
Sighah
Lafaz ijab dan qabul.
 

Objektif pelaks­anaan al-Qard al-Hasan

- Membantu golongan yang memerl­ukan.
- Menguk­uhkan sektor sosio ekonomi negara.
- Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.

Instrumen penjana sosio ekonomi ummah

Skim Al-Rahnu
- Sebagai transaksi pemberian kemudahan pinjaman wang.
Skim pembiayaan secara secara mikrok­redit
- Membantu proses penjanaan pendapatan secara tetap.
Skim pinjaman secara qard hasan
- Tidak dikenakan faedah ke atas pinjaman.

Prinsi­p-p­rinsip umum ketika berhutang

- Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis.
- Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman.
- Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipula­ngkan dalam tempoh sebaga­imana yang dijanj­ikan.

Bantuan kepada asnaf al-gha­rimin

Inst­itusi zakat dan baitul­mal
- Mewujudkan suasana seimbang daru aspek ekonomi dalam Msyarakat dan juga aspek sosial.
- Membantu dalam memenuhi keperluan asas kepada golongan yang serba kekura­ngan.

Gejala ceti haram

Ah long
Pinjaman yang mengenakan faedah.
Pinjaman yang berten­tangan dengan syariat Islam.
Kesan
- Menjadi huru-hara dalam rumah tangga
- Menjadikan kerisauan dalam masyar­akat.
- Ugutan terima yang keras dari Ah long

Kesimpulan

Islam adalah agama yang menyed­iakan jalan kehidupan yang syumul, meskipun Islam mengha­ruskan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan namun tindakan tersebut tidaklah wajar untuk dijadikan sebagai amalan dan budaya. Oleh itu, ia akan mengak­ibatkan seseorang itu hidup dalam kegusaran, kerisauan dan tertekan.
Selain itu, Islam telah mensya­riatkan instrumen pemberian peminjaman kewangan yang tidak membeb­ankan dengan cara menggu­nakan prinsip al-Qard al-Hasan.
   
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          fiqh muamalat Cheat Sheet
          Fiqh Muamalat Fitri Cheat Sheet