KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM
Al-'ariyah |
Al-qard |
a) Barangan atau benda yang tidak musnah. |
1) Melibatkan pemindahan milik barang yang boleh diganti mengikut bilangan. |
b) cth: kereta,telefon bimbit dan baju. |
2) cth: A beri pinjaman kepada B. Oleh itu selepas tamatnya tempoh b perlu pulangkan nilai wang yg sama kepada A. |
c) Sekiranya barang tersebut musnah akad pinjaman tidah sah. |
3) Wujudnya hutang dan penghutang. |
PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG
- Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman atas sebab untuk melebihi keperluan asas kehidupan.
- Ini kerana, dunia hari ini di mana pelbagai pihak yang mempunyai khidmat pinjaman menerusi saluran yang tidak diiktiraf.
Rasullulah SAW juga bersabda :
:عن أبي سعيد الخدري عن النبي صلى الله عليه ؤسلم قال
اعوذ باالله من الکفر والدين فقال رجل أيعدل الدين بالکفر ؟ "
"قال نعم الاستعاذة من غلبة الدين
Maksudnya : Abu Said al-Khudriyy meriwayatkan bahawa Rasullulah SAW telah bersabda : " Aku memohon perlindungan daripada Allah daripada perbuatan kufur dan hutang. Seorang lelaki bertanya kepada Baginda, adakah kamu samakan kekufuran dengan hutang wahai Rasullulah? Baginda menjawab: Ya, mohon dilindungi daripada hutang". |
|
|
DEFINISI AL-QARD
BAHASA - al-qat'u(potong). Qard ( Harta yang diberikan kepada orang yang berhutang ).
ISTILAH - Penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut sama dengan nilainya. |
RUKUN AL-QADR
1. Pemiutang ( orang yang memberikan pinjaman) |
2.Penghutang/peminjam |
3. Barang yang dipinjam. |
4. Sighah |
PRINSIP AL-QARD AL-HASAN
-Mengharamkan sebarang bentuk pinjaman wang yang mempunyai faedah. |
- Pinjaman yang mempunyai faedah ia mempunyai unsur-unsur penindasan dan ketidakadilan. |
- Al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik. |
- Ia merupakan manifestasi keprihatinan dan jumlah wang yang dipinjam tidak dikenakan faedah. |
Dalil Pensyariatan ( surah Al-Baqarah, ayat 245 )
Terjemahan ;
" Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik ( yang ikhlas ) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya dan ( ingatlah ), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadanya lah semua kamu dikembalikan."
|
|
HUKUM AL-QADR AL-HASAN
1. SUNAT = seseorang yang memerlukan.
2. HARUS = seseorang yang berhutang bagi tujuan untuk membebaskan dirinya dari kesempitan hidup.
3. TIDAK HARUS = memberikan pinjaman jika ia ketahui bahawa wang tersebut akan digunakan bagi tujuan haram atau maksiat |
OBJEKTIF PELAKSANAAN AL-QARD AL-HASAN
✔ Membantu golongan yang memerlukan. |
✔ Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin dalam masyarakat. |
✔ Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. |
✔ Mendapat keberkatan dunia dan akhirat. |
✔ Menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat. |
GEJALA CETI HARAM
- Berdasarkan kepada statistik daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman, sehingga November 2008, sebanyak 249 kes di bawah seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) telah dilaporkan dan dibuka kertas siasatan di seluruh Malaysia. |
➡ Kegiatan ini bertentangan dengan ajaran islam kerana mengandungi unsur riba' dengan adanya bayaran bunga atau faedah. |
➡ Ceti haram ini juga dikaitkan dengan keganasan seperti ugutan dan pembunuhan. |
➡ Aktiviti ceti haram ini juga, menyebabkan berlakunya keruntuhan rumah tangga, dan perpecahan dalam keluarga. |
➡Langkah yang diambil adalah memberhentikan pemberian lesen kepada peminjam wang, kempen kesedaran, adanya khidmat nasihat, dan menurunkan iklan ah long di kawasan kawasan perumahan. |
|
|
LARANGAN RIBA'
" Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu makan atau mengambil riba' dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya."
1. Baginda melaknat orang yang memakan riba', menjadi agen atau orang yang menjadi saksi.
2. Dosa orang yang melakukan riba' adalah amat berat di sisi Allah.
3. Menurut al-Sarakhsi - Hutang yang menghasilkan faedah adalah dikira tidak halal.
4. Ibnu Qudamah - Hutang yang disyaratkan tambahan adalah haram . |
PRINSIP-PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG
i) Setiap hutang yang dibuat perlulah menulis kontrak bagi mengelakkan berlakunya penipuan. |
ii) Tidak dibenarkan mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan(riba'). |
iii) Perlu menyelesaikan semua hutang sebelum harta dibahagikan secara faraid. |
iv) Wajib dipulangkan dalam tempoh sebagaimana yang dijanjikan. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets