Cheatography
https://cheatography.com
kaedah pengukuran keuntungan dari perspektif muamalat islam
Pengenalan
Maksud keuntungan menurut Dewan Bahasa adalah segala hasil atau pendapatan yang diperoleh melebihi daripada modal. Menurut perspektif Islam pula, untung berasal daripada kalimah arab iaitu 'Ribh' atau rabiha yg bermaksud pertambahan atau pertumbuhan dalam perniagaan. Dari segi istilah bermaksud lebihan dalam aktiviti perniagaan daripada 2 unsur iaitu usaha (al-amal) dan modal (ra'su al-mal). Para fukaha dan ulama membahaskan maksud keuntungan dari potongan ayat ke-16 surah al-Baqarah ' Mereka itulah orang yang memberi kesesatan dengan petunjuk, maka tidak beruntunglah perniagaan mereka...'. Sebagai contoh Imam al-Tabari berpandangan bahawa keuntungan ialah pertukaran barang sama ada nilai pertukaran barang itu sama atau melebihi harga belian barangan itu. Sekiranya |
nilai pertukaran itu rendah ia bermaksud rugi manakala sekiranya nilai barang itu tinggi ia bermaksud untung. Pra fuqaha juga berpendapat keuntungan mempunyai dua bahagian iaitu bahagian zakat dan bahagian al-Murabahah. Zakat dikenakan pada harta yang berkembang misalnya barang perniagaan yang berpotensi untuk mendapat keuntungan. Oleh itu, zakat adalah wajib ke atas barang yang berpotensi untuk berkembang setalah cukup nisab dan haul. Darisegi murabahah pula keuntungan dapat didefinasikan 'pertambahan ke atas modal setelah ditolak segala perbelanjaan yang dikeluarkan' |
Antara kriteria yang digariskan atau dititik beratkan oleh islam: |
i) Keuntungan bukan berasal daripada riba |
ii) Keuntungan bukan daripada unsur penipuan |
iii) Keuntungan bukan daripada perbuatan ihtikar |
|
|
Pembahagian Keuntungan Menurut Fuqaha'
Para Fuqaha' membahagikan keuntungan kepada dua bahagian iaitu: |
1) Ghabn al-Fahisy |
2) Ghabn al-Yasir |
Para Fuqaha' menggunakan dua pendekatan iaitu mereka menggunakan ukuran yang tetap (al-mi'yar al-jamid) dan yang kedua ialah ukuran yang fleksibel (al-mi'yar al-marin) |
Pendekatan Pertama: Ukuran yang Tetap
Dikemukakan oleh sebahagian ulama Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali dan lain-lain. Para ulama berbeza pendapat mengenai pendekatan pertama ini. |
i. Al-Khajnadi dari golongan Hanafi berpendapat bahawa al-ghabn al-fahisy adalah pada takat melebihi nisf al-usyur, manakala ghabn al-yasir pula tidak melebihi nisf al-usyur. |
ii. Ibn Yahya al-Balkhi berpendapat nisbah pada barangan perniagaan (al-arud) seperti haiwan ialah sebanyak al-usyur (1/10), manakala pada barang tak alih (al-aqar) sebanyak al-khumus (1/5). Golong Maliki meletakkan al-thulus (1/3) atau lebih sebagai ghabn al-fahisy |
iii. Golongan Hanbali meletakkan al-Ghabn al-Fahisy pada kadar al-thulus (1/3) atau al-sudus (1/6) |
iv. Golongan Syafie melihat ghabn al-fashisy berlaku ketika kadar keuntungan di ambil melebih 1/3 |
v. Golongan al-Ibadiyyah menetapkan al-thulus (1/3) |
|
|
Pendekatan Kedua: Ukuran Yang Fleksibel
Pandangan ini dikemukan oleh golongan Hanafi pada riwayat yang jelas ( zahir al-riwayah), dan juga sebahagian ulama Hanbali. Di antara pandangan mereka ialah: |
i. Ibn Abidin ghabn al-fahisy suatu kadar keuntungan yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pentaksir. Kadar yang dibuat melebihi taksiran dianggap sebagai ghabn al-fahisy |
ii. Sebahagian ulama dari mazhab Maliki berbeza pandangan dari sudut kadar atau nisbah, iaitu pada kadar 1/3 atau lebih. Ada juga yang menyatakan ia disandarkan berdasarkan tradisi atau budaya sesuatu tempat sesama peniaga. |
iii. Al-Mardawi pula berpendapat nisbah ghabn perlulah berdasarkan uruf semasa dan sesuai dengan maslah yang dihadapi. |
Kesimpulan
Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa konsep dalam untung dalam islam seperti yang dibahaskan oleh para fuqaha' begitu jelas di mana para peniaga boleh menjadikannya sebagai panduan dalam menentukan kadar dan nisbah keuntungan yang munasabah. Nisbah yang ditetapkan bukan sahaja meringankan beban para pembeli, malah dapat mengekalkan kelangsungan perniagaan peniaga atau firma sekiranya kriteria-kriteria yang dikemukan diikuti sepenuhnya. Keuntungan dalam ekonomi konvensional dan islam sentiasa berubah dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan manusia. Cuma bezanya keuntungan di dalam Islam berlandaskan syarak dan membawa keadilan kepada manusia. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah keuntungan yang berlandaskan syarak bebas daripada unsur-unsur haram seperti riba, ghabn, ghara, dan ikhtikar. Oleh itu, umat islam perlulah berusaha untuk mengelakkan daripada unsur-unsur haram. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets