Cheatography
https://cheatography.com
Transaksi jual beli adalah salah satu bentuk muamalat yang diperbolehkan dalam islam. Seterusnya, dengan adanya jual beli maka banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh umat islam. Sebagai contoh, keperluan harian dan ekonomi. Dengan cara muamalat, jual beli dalam islam mempunyai kebaikan supaya tiada pihak yang dizalimi dalam jual beli yang tidak wujud. Oleh yang demikian, terdapat hukum khiyar dalam jual beli.
Pengenalan khiyar aib
Pengertian |
Setiap sesuatu yang hilang darinya sifat yang baik dan mengakibatkan kurangnya harga pada pandangan umum para penjual seperti kecacatan yang besar, kecil, buta, buta sebelah dan juling. |
Definisi |
Cacat menurut ulama Syafi'ie adalah setiap sesuatu yang mengurangi fizikal, nilai dan isi kandungan barang. |
Tujuan khiyar aib
(1) Memastikan adanya kerelaan hati kedua-dua belah pihak untuk meneruskan atau membatalkan akad. |
(2) Menjaga kepentingan pihak-pihak yang berakad. |
Hadis tentang khiyar aib
البيعان بالخيار مالم يتفرقا |
Artinya : "Dua orang yang mengqadakan jual beli diperbolehkan melakukan khiyar selama keduanya belum berpisah dari tempat akad". ( H.R Bukhari dan Muslim ) |
المسلم آخو المسلم لايحل لمسلم باع من أخيه بيعا فيه عيب الا بينه له <ابن ماجه عن عقبة بن عمار رضي الله عنهما > |
Artinya : "Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya. Maka tidak halal seorang muslim menjual kepada saudaranya sesuatu yang ada cacatnya kecuali ia harus menjelaskan cacat tersebut ". |
عن حكيم بن حزام راضي الله قال رسول الله صلى الله عليه وسلم البيعان بالخيار مالم يتفرقا أو قال حتى يتفرقا فان صدق وبينا بورك لهما في بيعهما وان كتما وكذبا محقت بركة بيعهما |
Artinya : "Dari Hakim bin Hizam, dia berkata Rasullullah S.A.W bersabda, dua orang yang berjual beli mempunyai hak pilih selagi mereka belum berpisah. Beliau juga bersabda, 'hingga keduanya saling berpisah, jika keduanya saling jujur dan menjelaskan. Maka, keduanya diberkahi dalam jual beli itu. Namun, jika keduanya saling menyembunyikan dan berdusta maka barakah jual beli itu akan dihapuskan'. ( H.R Bukhari) |
|
|
Syarat dibenarkan khiyar aib
(i) Dapat dibuktikan kecacatan tersebut sememangnya sedia ada. |
Maksudnya, kecacatan tersebut wujud pada barang yang dijual sebelum diterima pembeli. Contohnya, pembeli berhak memulangkan semula barang tersebut kerana kecacatan berpunca ketika berada di tangan penjual. |
(ii) Kecacatan yang dianggap menjejaskan niai barangan. |
Maksudnya, untuk mengukur nilai barangan melalui pengalaman para peniaga yang berkemahiran. Contohnya, pembeli membeli seekor kambing dan mendapati telinganya putus maka pembeli berhak memulangkan kambing tersebut kerana tidak boleh digunakan untuk tujuan korban. Namun, jika tujuan untuk mendapatkan dagingnya maka kecacatan tersebut tidak diambil kira dan pembeli tidak berhak memulangkan kambing itu. |
(iii) Kecacatan tersebut tidak wujud. |
Contohnya, pembeli membeli kereta baru kemudian mendapati tayar kereta tersebut botak maka pembeli berhak memulangkan kereta tersebut kecuali pembeli membeli kereta terpakai. |
|
|
Hikmah khiyar aib
(1) |
Dapat mengetahui adanya kerelaan dari pihak yang terikat dalam proses jual beli. |
(2) |
Mendapat kepuasan terhadap kedua-dua belah pihak. |
(3) |
Menghindar terjadinya penipuan dalam urusan jual beli. |
(4) |
Menjamin kejujuran pihak penjual dan pembeli |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets