PENGENALAN/DEFINISI
        
                        
                                                                                    
                                                                                            Perkataan  untung  menurut  Kamus  Dewan  membawa  maksud  hasil   pendapatan   atau   perolehan   daripada   sesuatu   kegiatan   seperti perusahaan, perniagaan yang melebihi modal serta segala perbelanjaan    yang    berkaitan.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Menurut    kamus    Harrap’s  Dictionary  of  Business  Finance,  untung  bermaksud  lebihan  wang  yang  diperolehi  oleh  firma  ataupun  perusahaan  selepas  semua  perbelanjaan  diselesaikan  dalam  suatu  tempoh  pengiraan   sesuatu   akaun.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Dalam   bahasa   Indonesia   pula,   perkataan  untung  sinonim  dengan  perkataan  laba  dan  dalam  Bahasa Inggeris disebut sebagai profit.  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
    
    
            DEFINISI UNTUNG MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
        
                        
                                                                                    
                                                                                            Perkataan  untung  dalam  Bahasa  Arab  disebut  al-ribh,  berasal  daripada  kata  dasar  rabiha  yang  bermaksud  pertambahan  atau  pertumbuhan  dalam  kegiatan  perniagaan.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Dari  segi  istilah,  al-ribh   mempunyai   pengertian   yang   berbeza.   Menurut   bahasa   Arab,  untung  adalah  lebihan  dan  pertambahan  dalam  aktiviti  perniagaan yang terhasil daripada dua unsur pengeluaran utama iaitu usaha (al-'amal) dan modal (ra’su al-mal).  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
    
    
            DALIL DAN PANDANGAN ULAMA MENGENAI TAKRIFAN UNTUNG
        
                        
                                                                                    
                                                                                            “Mereka    itulah    orang    yang    memberi    kesesatan    dengan    petunjuk,  maka  tidak  beruntunglah  perniagaan  mereka  dan  tidaklah  mereka  mendapat  petunjuk”. (Surah Al-Baqarah : 16).  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Imam  al-Tabari  berpandangan  keuntungan  daripada para peniaga ialah pertukaran daripada suatu barangan yang  dimiliki  sama  ada  nilai  pertukaran  itu  sama  atau  melebihi  harga  belian  barangan  tersebut.   Keuntungan   barang   perniagaan   pula   ialah   hasil   daripada pertukaran harta, iaitu apabila ia terpisah milik dengan cara akad jual beli.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Al-Nisaburi  menjelaskan  bahawa  keuntungan  adalah  suatu  tambahan  ke  atas  modal  dan  perniagaan  pula  ialah  suatu  usaha  untuk  mendapatkan  lebihan  melalui  modal  (tahsil  al-ziyadah  ala ra’s al-mal).  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Menurut  al-Qurtubi   pula,   maksud   untung   perniagaan   dalam   surah   al-Baqarah  di  atas  adalah  merujuk  kepada  kebiasaan  orang  Arab  yang    sering    mengungkapkan    ayat    rabaha    baicuka    yang    bermaksud   ‘beruntunglah   perniagaan   kamu’   atau   khasarat safaqtuka yang bermaksud ‘rugilah transaksi kamu’. Kedua-dua ungkapan    ini    mengandungi    maksud;    “kamu    mendapat    keuntungan dan kerugian dalam jual beli kamu”.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Imam    al-Alusi    berpandangan    keuntungan    adalah  usaha  untuk  mendapatkan  lebihan  modal  melalui  modal  atau tahsil   al-ziyadah   ala   ra’s   al-mal.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Rashid Rida pula berpendapat kaedahnya  adalah  melalui  pertukaran  (mu'awadah),  iaitu  pertukaran     antara     kedua-dua     pihak     dengan     matlamat mendapatkan keuntungan.  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
                             | 
                                                                              | 
                                                        
                                
    
    
            AL-MUDARABAH
        
                        
                                                                                    
                                                                                            Konsep keuntungan dalam bab Al - Mudarabah :  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Suatu kontrak antara dua orang atau lebih untuk berkongsi keuntungan tanpa berkongsi dalam modal.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Penubuhan sesebuah syarikat al-mudarabah adalah untuk memperoleh keuntungan.  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
    
    
            PANDANGAN ULAMA'/FUQAHA' DALAM KONSEP KEUNTUNGAN
        
                        
                                                                                    
                                                                                            AL - BAGHDADI  | 
                                                                                                                        Konsep keuntungan secara jelas dengan menyatakan “sesungguhnya keuntungan itu adalah lebihan ke atas modal”.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            IMAM MALIK  | 
                                                                                                                        Imam Malik berpendapat bahawa untung dianggap berlaku sama ada sesuatu harta itu dicairkan ataupun tidak.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            IBNU QUDAMAH  | 
                                                                                                                        Ibnu Qudamah pula mengistilahkan untung sebagai satu lebihan ke atas modal. Jika sesuatu modal tidak menghasilkan lebihan, maka ia tidak dinamakan sebagai untung.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            DR. MUHAMMAD SALAH  | 
                                                                                                                        Untung adalah matlamat asasi bagi firma ataupun syarikat di mana segala aktiviti ekonomi yang diceburi akan melibatkan proses penjanaan untung seperti jual beli.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            ABDUL RAHMAN BIN KHALDUN AL-MAGHRIBI (IBN KHALDUN)  | 
                                                                                                                        Untung sebagai nilai yang timbul hasil daripada kerja yang dilakukan oleh manusia.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            KHURSHID AHMAD DAN MUHAMMAD NEJATULLAH SIDDIQI  | 
                                                                                                                        Untung sebagai apa yang ditentukan dalam keadaan biasa dan sederhana mengikut hukum penawaran dan permintaan dalam pasaran bebas, dengan syarat undang-undang negara, perancangan dan polisinya atau kawalan-kawalan lain tidak campur tangan dalam sistem jualan dan belian, pengeluaran komoditi serta pasaran persaingan monopoli tidak dibenarkan mempengaruhi pasaran serta tidak berlaku keadaan darurat yang memberi kesan kepada pasaran.  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
                             | 
                                                                              | 
                                                        
                                
    
    
            BAHAGIAN-BAHAGIAN AL-RIBH (KEUNTUNGAN)
        
                        
                                                                                    
                                                                                            Al-Ribh terbahagi kepada dua pengertian iaitu zakat dan Al-Murabahah.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            1) zakat - Pertambahan ke atas modal dan ia  ditinjau  dari  segi  harta  yang  diwajibkan  zakat.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            2) Al-Murabahah - Pertambahan  ke  atas    modal    setelah    ditolak    segala    perbelanjaan    yang    dikeluarkan  dalam  memperoleh  lebihan  tersebut.  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
    
    
            ZAKAT
        
                        
                                                                                    
                                                                                            Dalam  Islam,  kewajipan  zakat  (harta)  hanya  dikenakan  ke  atas  harta  yang  berkembang  (al-namiyah).  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Imam  al-Mawardi  menyatakan   bahawa   zakat   itu   wajib   ke   atas   harta   yang   berpotensi  untuk  berkembang  sama  ada  menerusi  usaha  atau  berkembang    dengan    sendirinya.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Ibn    Qudamah    menghuraikan    harta    yang    berpotensi    untuk    berkembang    antaranya    adalah    barangan    perniagaan    berpotensi    untuk    mendapat  keuntungan,  haiwan  ternakan  berkemungkinan  untuk  berkembang  dan  juga  buah-buahan  dengan  syarat  cukup  hawldan nisab untuk setiap jenis.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Menurut al-Kasani, maksud zakat tidak akan diperolehi kecuali dari harta yang berkembang.  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
    
    
            AL-MURABAHAH
        
                        
                                                                                    
                                                                                            Dalam      bab      al-murabahah,      keuntungan      (al-ribh) mempunyai   dua   pengertian.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Pertama : “Pertambahan  ke  atas  modal”.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Kedua : “Pertambahan  ke  atas    modal    setelah    ditolak    segala    perbelanjaan    yang    dikeluarkan  dalam  memperoleh  lebihan  tersebut”.  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
    
    
            KRITERIA KEUNTUNGAN YANG DIGARISKAN OLEH ISLAM
        
                        
                                                                                    
                                                                                            i. Keuntungan bukan berasal daripada perbuatan riba.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            ii. Keuntungan bukan daripada usaha penipuan dengan menyembunyikan fakta .  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            iii. Keuntungan bukan daripada perbuatan penipuan.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Keuntungan bukan daripada perbuatan al-Ihtikar.  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
    
    
            PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN: PENDEKATAN FUQAHA’
        
                        
                                                                                    
                                                                                            Mereka juga turut membahagikan keuntungan kepada dua bentuk, pertama, al-ghabn al-fahisy dan kedua al-ghabn alyasir. Namun begitu, terdapat dua pendekatan di mana ulama fiqh berbeza pendapat dalam menentukan ukuran bagi membezakan antara al-ghabn al-fahisy dengan al-ghabn alyasir. Pendekatan pertama mereka menggunakan ukuran yang tetap (al-mi'yar al-jamid) dan pendekatan kedua menggunakan ukuran yang fleksibel (al-mi`yar al-marin).  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
    
    
            PENDEKATAN PERTAMA: UKURAN YANG TETAP
        
                        
                                                                                    
                                                                                            ULAMA'/MAZHAB  | 
                                                                                                                        Al-Khajnadi dari golongan HanafI  | 
                                                                                                                        Ibn Yahya al-Balkhi  | 
                                                                                                                        Golongan Syafi' i  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            AL-GHABN AL-FAHISY  | 
                                                                                                                        Pada takat melebihi nisf al- usyur.  | 
                                                                                                                        Keuntungan yang melebihi ketentuan ini ;- pada barang, nisf al-usyur - pada haiwan, 1/10-pada barang tak alih,1/5  | 
                                                                                                                        Berlaku ketika mana kadar keuntungan yang diambil adalah melebihi al-thuluth ataupun satu pertiga(1/3).  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            AL-GHABN AL-YASIR  | 
                                                                                                                        Tidak melebihi (nisf al-  usyur) atau tepat pada kadar nilf al- usyur  | 
                                                                                                                        -  | 
                                                                                                                        -  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
    
    
            PENDEKATAN KEDUA : UKURAN YANG FLEKSIBEL
        
                        
                                                                                    
                                                                                            Ibn Abidin melihat al-ghabn al-fahisy sebagai suatu nisbah (keuntungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pihak pentaksir (almuqawwim) 51. Dalam hal ini, sekiranya kadar keuntungan yang dibuat melebihi taksiran pentaksir, maka keuntungan tersebuat akan dianggap al-ghabn alfahisy.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Sebahagian ulama’ dari kalangan Maliki pula memberikan pilihan sekiranya berlaku al-ghabn alfahisy. Mereka hanya berbeza pandangan dalam penetapan kadar al-ghabn tersebut sama ada pada kadar satu pertiga (1/3) atau lebih.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Al-Mardawi pula berpendapat bahawa nisbah al-ghabn atau keuntungan perlu mengambil kira al- uruf semasa (kebiasaan) dan bersesuaian dengan tahap masalah yang dihadapi. Nisbah tersebut hendaklah sedikit sahaja, supaya pulangan modal dapat diperoleh dengan mudah.  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
    
    
            KESIMPULAN
        
                        
                                                                                    
                                                                                            Islam sangat menegaskan dalam konsep keuntungan supaya masyarakat Muslim lebih peka dan tidak melanggar patuh syariah seperti riba, ghabn, gharar dan ihtikar. Oleh yang demikian, masyarakat Islam sewajarnya lebih peka dan menyokong konsep keuntungan yang patuh syariah bukannya konvensional.  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
                             | 
                                                            
            
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets