Show Menu
Cheatography

KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSEKTIF ISLAM Cheat Sheet by

Aktiviti pinjaman kewangan sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat moden hari ini.

PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG

-Islam tidak mengga­lakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan.
-Terdapat suatu kisah yang diriwa­yatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW enggan menyem­bah­yangkan jenazah seorang sahabat yang telah meninggal dunia setelah mengetahui sahabat yang meninggal dunia tersebut belum melang­saikan hutangnya. Tindakan Rasulullah SAW ini mengga­mbarkan dosa orang tidak menjel­askan hutangnya begitu berat lebih-­lebih lagi dalam situasi sekiranya hutangnya itu dilipat gandakan dengan riba.

KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM

AL-'ARIYAH
AL-QARD
-Pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma.
-Pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh diangg­arkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan,
-Hanya melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikemb­alikan dalam keadaan asal contohnya kereta.
-Peminjam hendaklah memula­ngkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan merupakan benda yang asal.

DEFINISI AL-QARD

Bahasa - Al-qat'u (potong).
Istilah - Penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penamb­­ahan.

PRINSIP AL-QARD AL-HASSAN

-Al-qard al-hassan bermaksud pinjaman yang baik.
-Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah.
-Ia merupakan satu kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan kewangan.

HUKUM AL-QARD AL-HASAN

Sunat - memberi hutang kepada seseorang yang memerl­ukan.
Harus - memberi seseorang berhutang bagi tujuan untuk membeb­askan dirinya daripada kesempitan hidup.
 

RUKUN AL-QARD

Pemiutang - Seorang ahli tabarru yang boleh mengur­uskan harta, berurus niaga dan memiliki harta tersebut.
Penghutang - Bukan seorang yang mahjur 'alaih kerana safih, orang gila atau kanak-­kanak.
Barang yang dipijam - Barang yang boleh dihitung atau dikira­­(m­i­t­hliy).
Sighah - Mempunyai lafaz ijab dan qabul.

OBJEKTIF PELAKSAAAN AL-QARD AL-HASAN

1. Membantu golongan yang memerl­ukan.
2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya.
3. Menguk­uhkan sektor sosio ekonomi negara.
4. Memupuk semangat persau­daraan, keprih­atinan, ehsan dan saling bantu membantu di kalangan umat islam.

LARANGAN RIBA

Terdapat hadith Rasulullah SAW yang mengga­­mb­arkan ketegasan Baginda dalam memerangi amalan riba.
- "­Ras­ulullah SAW mengutuk penerima riba, pemberi riba, pencatat dan dua orang saksi dan Baginda bersabda: Mereka semuanya adalah sama dalam melakukan dosa."

DALIL LARANGAN RIBA'

الَّذِينَ يَأْكُ­­لُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَ­­بّ­َطُهُ الشَّي­­ْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنّ­­َهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْ­­لَ­ـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
"­­Or­a­n­g-­­orang yang memakan (menga­­mbil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuy­­un­g­-­hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengat­­akan: "­­Bahawa sesung­­guhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah mengha­­lalkan berjua­­l-beli (berniaga) dan mengha­­ramkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu is berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengha­­raman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terser­­ahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamn­­ya." (surah al-Baqarah ayat 275)
 

FATWA PENGHA­RAMAN RIBA

Majma' al-Fiqh al-Islamiy dalam persid­ang­annya kali kedua di Jeddah pada 22-28 Disember 1985 telah mengel­uarkan fatwa bahawa setiap penambahan atau faedah ke atas hutang disebabkan peminjam lewat menjel­askan hutang atau faedah yang ditetapkan pada awal kontrak pinjaman, kedua-­duanya adalah riba yang diharamkan oleh hukum syara'.

PRINSI­P-P­RINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG

1. Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-­pihak yang berkontrak khususnya penghutang menyedari komitmen dan obligasi masing­-ma­sing.
2. Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang.
3. Kepent­ingan menyel­esaikan semua hutang turut disyar­atkan dalam perwar­isan.
4. Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipula­ngkan dalam tempoh sebaga­imana yang dijanj­ikan.

BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHA­RIMIN

Institusi zakat - Berfungsi bagi mewujudkan keseim­­bangan dalam aspek sosial dan ekonomi dalam kehidupan masyar­­akat.
-Golongan yang berkem­­ampuan untuk mengel­­uarkan zakat mampu mering­­ankan beban golongan yang kurang berkem­ampuan dan kurang bernasib baik.

GEJALA CETI HARAM

Kegiatan ceti haram atau ah long secara jelas berten­tangan dengan ajaran Islam kerana perkhi­dmatan pinjaman kewangan yang ditawarkan mengan­dungi unsur riba dengan mengenakan bayaran bunga atau faedah serta tidak telus terutama sekali dalam aspek struktur pinjaman dan pembayaran balik.

KESIMPULAN

Islam merupakan agama yang telah menyed­iakan hamparan jalan kehidupan yang syumul dengan mengan­jurkan umatnya bijak mengur­uskan kehidupan temasuk dalam aspek pengurusan kewangan. Meskipun Islam mengha­ruskan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan, namun tindakan tersebut tidak sewajarnya dijadikan sebagai amalan atau budaya melainkan dalam keadaan terdesak atau sangat memerl­ukan.
       
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          fiqh muamalat Cheat Sheet
          Fiqh Muamalat Teori Pemilikan Dalam Islam Cheat Sheet