Show Menu
Cheatography

Konsep pinjaman menurut perspektif Islam Cheat Sheet by

Make notes about concept loans according to the Islamic perspective which can prevent us from riba'.

Pendah­uluan

- Manusia memerlukan pekerjaan dan berusaha keras pada waktu siang dan malam untuk mencari rezeki dan keselesaan hidup.
- Ia sudah menjadi satu lumrah yang biasa bahawa manusia mendam­bakan kehidupan manusia yang serba mewah.
- Selain itu, tidak semua orang dapat menikmati keindahan dan kesero­nokan dunia kerana mereka bertungkus lumus dan berhempas pulas untuk mencari rezeki halal.

Pandangan Islam mengenai amalan berhutang

- Tidak mengga­lakan umatnya berhutang atau membuat pinjaman terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan.
- Menimb­ulkan kerisauan setiap masyar­akat.
- Menyeb­abkan tabiat berhutang semakin menular dalam masyar­akat.
- Keinginan manusia terhadap kesenangan dunia semema­ngnya tiada batasan dan sempadan.

Konsep pinjaman dalam Islam

Pinjaman terbahagi kepada 2 kategori iaitu al-'ariyah dan al-qard.
al-ariyah
- Pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman.
 
- Hak pemilik masih ke atas barangan masih kekal.
 
- Barang yang dipinjam hendaklah dipula­ngkan kepada tuannya dan bukan memula­ngkan gantian barang tersebut.
 
- Melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikemb­alikan dalam keadaan asal.
al-Qard
- Melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang tidak musnah.
 
- Pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa syarat keuntu­ngan.

Definisi Al-Qard

Bahasa
Potong. (Harta yang diberikan kepada orang yang berhut­ang).
Istilah
Penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut.
 
Pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi.
Dikategori sebagai
tabarru' iaitu kontrak yang berter­askan kepada konsep kebajikan.
Riba'
iaitu penambahan wang atas sesuatu pinjaman.

Larangan Riba'

Allah SWT juga telah memberi peringatan kepada orang yang beriman agar tidak memakan riba sebaliknya mereka diseru agar bertaqwa kepada Allah SWT kerana dengan itu mereka akan terdiri daripada orang-­orang yang berjaya.
 

Fatwa pengha­raman riba'

- Setiap penambahan atau faedah ke atas hutang disebabkan peminjam lewat menjel­askan hutang atau faedah yang ditetapkan pada awal kontrak pinjaman.
- Kedua-­duanya adalah riba yang diharamkan oleh hukum syara'.

Prinsip al-Qard al-Hasan

al-Qard al-Hassan bermaksud pinjaman yang baik.
- Seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan khususnya dalam aspek kewangan.
- Oleh itu, peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah.
- Kontrak ini juga menjurus kepada kepada sifat toleransi dan prihatin peminjam.

Hukum al-Qard

Sunat - memberi hutang kepada seseorang yang memerl­ukan.
Harus - bagi membeb­askan diri daripada kesempitan hidup.
Tidak harus - memberikan pinjaman sekiranya diketahui bahawa wang digunakan bagi tujuan haram.

Rukun al-Qard

Pemiutang (orang yang memberikan pinjaman)
(a) Seorang ahli tabarru‘ yang boleh mengur­uskan harta, berurus niaga (ahliyyah al-mu'­amalah) dan memiliki harta tersebut.
 
(b) Tiada unsur paksaan (redha)
Penghu­tan­g/p­eminjam
(a) Bagi kanak-­kanak dan anak-anak yatim, mereka harus meminjam sekiranya mempunyai wali yang boleh mengur­usk­annya.
 
(b) Tiada unsur paksaan (redha)
 
(c) Berkem­ampuan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat.
Barang yang dipinjam
Barang­-barang yang boleh disukat, ditimbang dan dibilang dan mempunyai saiz yang hampir serupa.
Sighah
Lafaz ijab dan qabul.

Objektif pelaks­anaan al-Qard al-Hasan

- Membantu golongan yang memerl­ukan.
- Menguk­uhkan sektor sosio ekonomi negara.
- Mengha­puskan diskri­minasi sosial dan ekonomi dalam masyar­akat.
- Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.
- Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin melalui pengagihan kekayaan dan sumber dalam masyar­akat.
 

Instrumen penjana sosio ekonomi ummah

Skim pembiayaan secara mikrok­redit
- Membantu proses penjanaan pendapatan secara tetap
Skim pinjaman secara qard hasan
- Tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman,
Skim Al-rahnu
- Sebagai transaksi pemberian kemudahan pinjaman wang

Prinsi­p-p­rinsip umum ketika berhutang

- Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis.
- Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman.
- Kepent­ingan menyel­esaikan semua hutang turut disyar­atkan dalam perwar­isan.
- Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipula­ngkan dalam tempoh sebaga­imana yang dijanj­ikan.

Bantuan kepada asnaf al-gha­rimin

- Dapat memenuhi keperluan asas kehidupan misalnya membeli makanan, bagi tujuan perubatan, pembelian barang­-barang asasi selepas ditimpa musibah seperti kebakaran dan sebagainya (perlu disertakan resit).
- Kerajaan negeri melalui institusi zakat memainkan peranan yang besar dalam mering­ankan beban yang dihadapi oleh golongan yang dibelenggu hutang atau asnaf alghar­imin.
- Fungsi institusi zakat begitu signifikan bagi mewujudkan keseim­bangan dalam aspek sosial dan ekonomi dalam masyar­akat.

Gejala ceti haram

- Aktiviti menjal­ankan perniagaan pemberian pinjaman wang tanpa lesen yang sah atau lesen tamat tempoh atau lesen digantung.
- Dalam kebanyakan kes, laporan dibuat kepada pihak polis apabila peminjam menerima ancaman dan ugutan daripada ah long setelah peminjam didakwa gagal menyel­esaikan hutang tertun­ggak.
- Berten­tangan dengan ajaran Islam kerana perkhi­dmatan pinjaman kewangan yang ditawarkan mengan­dungi unsur riba'.
Memerangi ceti haram
- Kerajaan mengambil tindakan berterusan untuk mengawal dan memant­aunya.
- Seperti Polis DiRaja Malaysia dan NGO.
- Member­hen­tikan pemberian lesen kepada peminjam wang berlesen, kempen kesedaran, khidmat nasihat.
- Menurunkan iklan ah long di kawasa­n-k­awasan perumahan.

Kesimpulan

Islam mengha­ruskan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan, namun tindakan tersebut tidak sewajarnya dijadikan sebagai amalan atau budaya melainkan dalam keadaan terdesak atau sangat memerl­ukan.
Islam telah mensya­riatkan instrumen pemberian pinjaman kewangan yang tidak membeb­ankan pengguna menerusi prinsip al-Qard al-Hasan.
   
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Fiqh Muamalat Fitri Cheat Sheet
          fiqh muamalat Cheat Sheet