Show Menu
Cheatography

taufiq sanan Cheat Sheet (DRAFT) by

individu assignment for fiqh muamalat

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

Pengenalan

Waqaf merupakan satu amalan yang disyar­iatkan oleh Islam kerana dapat membantu sesama insan yang memerlukan serta dapat dijadikan ibadat. Ia juga dikenali sebagai sedekah muhmarat menurut Imam Syafie. Menurut Imam Syarbini dan Imam Ramli, waqaf ialah terhal­angnya harta yang boleh dimanf­aatkan daripada harta tersebut dengan mengek­alkan zat serta hilang pengawasan terhadap harta itu atas tindakan yang diharu­skan.

Pendekatan kontrak musaqah

1. Memban­gunkan tanah waqaf bagi memberi peluang pekerjaan kepada golongan miskin untuk tujuan perlad­angan.
2. Musaqah merupakan kerjasama pengurusan dalam pertanian dan dari segi bahasa bererti saling menyiram. Dari segi syara' ianya bermaksud satu kontrak penyerahan tanaman kepada orang yang akan mengur­usk­annya dengan agihan hasil.
3. Kontrak Musaqah berses­uaian dengan institusi waqaf di Malaysia kerana dapat memban­gunkan tanah-­tanah waqaf terbiar sekaligus dapat membantu golongan miskin untuk menjana hasil pendapatan dari aspek pertanian.
4. Hasil penggunaan kontrak ini dapat diagihkan berdas­arkan faktor agihan sumber kepada golongan miskin yang sihat tubuh badan dan sempurna fizikal untuk bekerja.
5. Kontrak Musaqah ini secara tidak langsung dapat mewujudkan persek­itaran yang harmoni dan dapat memupuk semangat ingin bekerja dalam kalangan orang miskin.
 

Rukun musaqah

1. kedua pihak yang berkontrak - Kontrak seseorang perlulah berurusan dengan orang yang berakal dan baligh
2. Objek Musaqah - Imam Syafie mensya­ratkan buah kurma dan anggur. Ulama' Hanbali melihat kepada pohon buah yang mana pengur­usnya dapat mendapat bahagian daripada hasil buah pohon yang diuruskan. Imam Malik pula Musaqah boleh dilakukan untuk semua tumbuhan yang memiliki batang walaupun darurat.
3. Buah - Imam Syafie dan Hanbali sepakat bahawa kontrak Musaqah dikira sah apabila pohonnya mulai berbuah walaupun belum masak namun boleh terbatal sekiranya pengurusan pokok sejak kecil jika dilakukan kedua belah pihak.
4. Kerja - Pengurus diberi kuasa mutlak ke atas kerja tersebut dan memberi ruang kepada pengurus tentang cara pengur­usa­nnya.
5. Ijab Dan Qabul - Ulama' Syafie berpen­dapat bahawa ungkapan sewa tidak boleh digunakan dalam kontrak Musaqah kerana ungkapan sewa jelas berbeza dengan ungkapan kontrak lain.
 

Operasi musaqah dalam pemban­gunan wakaf pertanian

1. Pengum­pulan modal dibuat melalui orang ramai dengan membuat kutipan waqaf dan sumbangan saham waqaf pokok.
2. Pihak majlis agama dan pihak berkuasa menapis golongan miskin yang layak bekerja dari segi mental dan fizikal tubuh badan
3. Pihak majlis agama menyed­iakan tanah yang boleh digunakan oleh golongan miskin untuk dibang­unkan selain memberi sejumlah modal untuk proses tanaman dari permulaan sehingga proses akhir bagi memudahkan urusan pertanian.
4. Pengusaha mengur­uskan adang tersebut dari sudut penjagaan seperti meracun, membaja dan sebagainya sehingga buah tersebut boleh dituai dan dijual.
5. Setelah buah dijual, hasil perlulah diagihkan di antara pengusaha dan pihak berkuasa berdas­arkan perset­ujuan awal kontrak.

kesimpulan

Waqaf merupakan instrumen yang penting dalam memacu pemban­gunan sosial ekonomi umat Islam dan negara kita. Selain itu, konsep Musaqah dapat mengur­angkan golongan miskin sekaligus mening­katkan ekonomi negara teruta­manya dalam bidang ekonomi.