Show Menu
Cheatography

WASIAT SEBAGAI INSTRUMEN PERANCANGAN HARTA ISLAM Cheat Sheet (DRAFT) by

Perancangan Kewangan Islam

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

Konsep Wasiat

Definisi Wasiat adalah satu akad atau kontrak yang didedi­kasikan semasa hayat pemilik harta untuk memind­ahm­ilikkan hartanya kepada pewaris yang hanya berkua­tkuasa selepas kemati­annya.
Subjek kepada wasiat ini boleh berupa ‘ayn (corpus) atau manfaat (usufr­uct).

Wasiat Sebagai Instrumen Peranc­angan Harta

Wasiat merupakan instrument perancang harta, ia merupakan sebahagian daripada sistem perwarisan Islam di samping faraid, hibah, wakaf, dan sebaga­​inya. Seseorang yang beragama Islam diha​r­us​kan untuk berwasiat kepada sesiapa yang dikehe­​ndaki, termasuk dalam kalangan keluar­​ganya yang bukan Islam dengan syarat kadar wasiat itu tidak melebihi satu pertiga nilai harta bersihnya.
Antara faktor penghalang pewaris mewarisi harta adalah pewaris memb​unuh pemilik harta dan seumpa­​manya.

Prodesur Wasiat

Malaysia mengunakan undang­​-u­ndang bagi wasiat adalah mengikut hukum syarak. Manakala orang bukan Islam mengunakan Unda​n­g-​­Undang Sivil bagi urusan wasiat. Terdapat tiga negeri yang mempunya undang­​-u­ndang khusus mengenai wasian iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
 

Pemben­​tukan Wasiat

Permohonan
Borang Permohonan Wasiat (Borang A) serta melamp­­irkan dokumen sokongan seperti maklumat pewasiat, maklumat penerima wasiat, maklumat saksi, maklumat harta yang hendak diwasi­­atkan, maklumat hutang (sekiranya ada) dan arahan pewasiat.
Dokumen Sokongan dan Saksi
Permohonan perlu disertakan beberapa dokumen sokongan iaitu salinan sah dokumen pengenalan diri bagi pewasiat, waris, dua orang saksi; dan dokumen hak milik, sijil saham, sijil simpanan tetap berkaitan.
Pendaf­​taran
Maklumat yang terkandung di dalam Daftar Wasiat iaitu rekod mengenai sesuatu wasiat sama ada fail pewasiat masih dalam proses semakan, pewasiat telah menand­­​a­t­a­​ngani wasiat atau fail pewasiat telah ditutup.
Penyediaan Dokumen Wasiat Bertulis
Dokumen Wasiat Bertulis dengan maklum­­​a­t­-­​m­­ak​­­lumat seperti nama, nombor kad pengen­­​alan, alamat, pengakuan pewasiat yang melantik MAIS sebagai wasi dan pemegang amanah kepada harta pusaka pewasiat serta senarai serta butirbutir harta pewasiat.
Penyim­​panan
Dokumen Wasiat Bertulis hendaklah dibuat dalam dua salinan, untuk simpanan MAIS dan pewasiat. Dokumen Wasiat Bertulis yang telah ditand­­​a­t­a­​ngani oleh pewasiat dan saksi-­­​saksi akan disimpan di dalam peti besi.
Pindaan atau Pembatalan Wasiat
Dalam tempoh selepas wasiat itu dibuat sehingga hari kemati­​annya, pewasiat mempunyai hak untuk membat­​alkan wasiat tersebut, sama ada melibatkan keselu­​ruhan atau sebahagian daripa­​danya.
Pengem­​as­k​inian Status Pewasiat
Bagi memastikan pewasiat masih hidup, pihak MAIS akan merekod setiap maklumat daripada pewasiat, dalam bentuk bertulis atau lisan. Maklumat tersebut direkod setiap tempoh 3 hingga 6 bulan sekali.
 

Pelaks­​anaan Wasiat

Penerimaan Maklumat Kematian Pewasiat
Pihak waris, ahli keluarga atau saksi perlulah member­­​itahu kepada pihak MAIS dengan meng​e­­mu­​­kakan sijil kematian pewasiat yang dikelu­­​arkan oleh Jabatan Pendaf­­​taran Negara.
Pembacaan Wasiat
Pembacaan dokumen wasiat bertulis dilakukan di hadapan penerima wasiat, waris-­­​w­aris, dan saksi-­­​saksi mengikut tempat yang dipers­­​e­tujui bersama. MAIS perlu dimakl­­​umkan oleh waris jumlah sebenar harta pewasiat.
Siasatan
Siasatan dilakukan merangkumi siasatan kepada benefi­­​s­iari, waris dan harta pewasiat. Siasatan bukan sahaja tertumpu kepada harta pewasiat, tetapi ia juga melibatkan mengenai hutang­­​-­h­utang pewasiat kepada pemiutang dan hutang penghutang kepada pewasiat.
Penilaian Harta
Tujuan penilaian harta pewasiat adalah mendap­­​atkan nilai sebenar harta wasiat, merangkumi harta tak alih dan harta alih.
Pengesahan Wasiat
Jika berlaku percan­­​g­gahan atau pertikaian berkenaan kesahihan maklumat dalam Borang Wasiat Bertulis, maka pihak penerima wasiat, waris-­­​w­aris, dan saksisaksi boleh mengem­­​u­kakan permohonan melalui saman dan penyata tuntutan di Mahkamah Syariah.
Pelaks­​anaan Wasiat
MAIS hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka si mati atau sebagai pemegang amanah manamana amanah.