Show Menu
Cheatography

Perancangan Kewangan Islam : Wasiat Cheat Sheet (DRAFT) by

WASIAT SEBAGAI INSTRUMEN PERANCANGAN HARTA ISLAM: PROSEDUR DAN PELAKSANAAN

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

Konsep Wakaf

Definisi Wasiat adalah satu akad atau kontrak yang didedi­kasikan semasa hayat pemilik harta untuk memind­ahm­ilikkan hartanya kepada benefi­siari yang hanya berkua­tkuasa selepas kemati­annya. Subjek kepada wasiat ini boleh berupa ‘ayn (corpus) atau manfaat (usufr­uct).

Wasiat Sebagai Instrumen Peranc­angan Harta

Wasiat merupakan instrument perancang harta, ia merupakan sebahagian daripada sistem perwarisan Islam di samping faraid, hibah, wakaf, dan sebaga­inya. Seseorang yang beragama Islam diha­rus­kan untuk berwasiat kepada sesiapa yang dikehe­ndaki, termasuk dalam kalangan keluar­ganya yang bukan Islam dengan syarat kadar wasiat itu tidak melebihi satu pertiga nilai harta bersihnya. Antara faktor penghalang pewaris mewarisi harta adalah pewaris memb­unuh pemilik harta dan seumpa­manya.

Prodesur Wasiat

Malaysia mengunakan undang­-undang bagi wasiat adalah mengikut hukum syarak. Manakala orang bukan Islam mengunakan Unda­ng-­Undang Sivil bagi urusan wasiat. Terdapat tiga negeri yang mempunya undang­-undang khusus mengenai wasian iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Pemben­tukan Wasiat

Permohonan
Permohonan perlu dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Wasiat (Borang A) serta melamp­irkan dokumen sokongan Perkara yang perlu dipenuhi dalam Borang A ialah maklumat pewasiat, maklumat penerima wasiat, maklumat saksi, maklumat harta yang hendak diwasi­atkan, maklumat hutang (sekiranya ada) dan arahan pewasiat.
Dokumen Sokongan dan Saksi
Terdapat dua bentuk pembuktian wasiat yang digunakan oleh pihak MAIS iaitu melalui dokumen sokongan dan dua orang saksi Seksyen 4(1) dan (2). Permohonan perlu disertakan beberapa dokumen sokongan iaitu salinan sah dokumen pengenalan diri bagi pewasiat, waris, dua orang saksi; dan dokumen hak milik, sijil saham, sijil simpanan tetap berkaitan.
Pendaf­taran
Setiap permohonan wasiat yang diterima akan didaft­arkan ke dalam Daftar Wasiat Seksyen 6(1), Kaedah­-kaedah Pengurusan Wasiat. Maklumat yang terkandung di dalam Daftar Wasiat iaitu rekod mengenai sesuatu wasiat sama ada fail pewasiat masih dalam proses semakan, pewasiat telah menand­ata­ngani wasiat atau fail pewasiat telah ditutup.
Penyediaan Dokumen Wasiat Bertulis
Setelah memenuhi butir-­butir maklumat di dalam Borang A, pewasiat perlulah meleng­kapkan Dokumen Wasiat Bertulis dengan maklum­at-­mak­lumat seperti nama, nombor kad pengen­alan, alamat, pengakuan pewasiat yang melantik MAIS sebagai wasi dan pemegang amanah kepada harta pusaka pewasiat serta senarai serta butirbutir harta pewasiat.
Penyim­panan
Dokumen Wasiat Bertulis hendaklah dibuat dalam dua salinan, untuk simpanan MAIS dan pewasiat. Dokumen Wasiat Bertulis yang telah ditand­ata­ngani oleh pewasiat dan saksi-­saksi akan disimpan di dalam peti besi. Hanya pegawai yang diberi kuasa mentadbir sesuatu wasiat boleh mengakses peti besi tersebut.
Pindaan atau Pembatalan Wasiat
Dalam tempoh selepas wasiat itu dibuat sehingga hari kemati­annya, pewasiat mempunyai hak untuk membat­alkan wasiat tersebut, sama ada melibatkan keselu­ruhan atau sebahagian daripa­danya.
Pengem­ask­inian Status Pewasiat
Bagi memastikan pewasiat masih hidup, pihak MAIS akan merekod setiap maklumat daripada pewasiat, dalam bentuk bertulis atau lisan. Maklumat tersebut direkod setiap tempoh 3 hingga 6 bulan sekali.
 

Pelaks­anaan Wasiat

Penerimaan Maklumat Kematian Pewasiat
Berikutan kematian pewasiat, pihak waris, ahli keluarga atau saksi perlulah member­itahu kepada pihak MAIS dengan meng­emu­kakan sijil kematian pewasiat yang dikelu­arkan oleh Jabatan Pendaf­taran Negara atau apa-apa perintah Mahkamah yang dibuat untuk maksud sedemikian Seksyen 15, Kaedah­-kaedah Pengurusan Wasiat.
Pembacaan Wasiat
Selepas segala urusan berkaitan pengeb­umian pewasiat dilakukan, pihak MAIS akan member­itahu kepada pihak penerima wasiat, waris-­waris dan saksi-­saksi secara bertulis untuk upacara membaca wasiat Seksyen 20. Pembacaan dokumen wasiat bertulis dilakukan di hadapan penerima wasiat, waris-­waris, dan saksi-­saksi mengikut tempat yang dipers­etujui bersama. MAIS perlu dimakl­umkan oleh waris jumlah sebenar harta pewasiat. Ini bagi mengel­akkan berlakunya percan­ggahan dalam proses pembah­agian wasiat.
Siasatan
Setelah selesai segala urusan berkaitan kematian pewasiat, pihak MAIS akan menjal­ankan siasatan ke atas seluruh harta pewasiat dan memastikan kewujudan penerima wasiat Seksyen 17. Siasatan dilakukan merangkumi siasatan kepada benefi­siari, waris dan harta pewasiat. Siasatan bukan sahaja tertumpu kepada harta pewasiat, tetapi ia juga melibatkan mengenai hutang­-hutang pewasiat kepada pemiutang dan hutang penghutang kepada pewasiat Seksyen 1.
Penilaian Harta
Tujuan penilaian harta pewasiat adalah mendap­atkan nilai sebenar harta wasiat, merangkumi harta tak alih dan harta alih. Penilaian harta tak alih seperti rumah, boleh dilakukan dengan menggu­nakan perkhi­dmatan Jabatan Penilaian dan Perkhi­dmatan Harta (JPPH). Manakala penilaian ke atas harta alih, pihak MAIS akan menilai melalui perkhi­dmatan penila­i-p­enilai valuer yang berlesen. . Manakala penilaian ke atas harta alih, pihak MAIS akan menilai melalui perkhi­dmatan penila­i-p­enilai valuer yang berlesen.
Pengesahan Wasiat
Jika berlaku percan­ggahan atau pertikaian berkenaan kesahihan maklumat dalam Borang Wasiat Bertulis, maka pihak penerima wasiat, waris-­waris, dan saksisaksi boleh mengem­ukakan permohonan melalui saman dan penyata tuntutan di Mahkamah Syariah. Setelah Mahkamah Syariah menges­ahkan dan memben­arkan untuk sesuatu wasiat dilaks­anakan, proses pertukaran hak milik boleh diteru­skan.
Pelaks­anaan Wasiat
MAIS hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka si mati atau sebagai pemegang amanah manamana amanah. MAIS juga bertan­ggu­ngjawab untuk melaks­anakan apa-apa yang telah diaman­ahkan kepadanya bagi maksud pelaks­anaan suatu wasiat Seksyen 5(4), Enakmen Pentad­biran Agama Islam Negeri Selangor, Seksyen 24(1) dan (2), Kaedah Kaedah Pengurusan Wasiat.