Show Menu
Cheatography

BENEFICIAL OWNERSHIP DALAM PEMBIAYAAN PERUMAHAN Cheat Sheet by

KONSEP PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) DALAM PEMBIAYAAN PERUMAHAN

Definisi Pemilikan

Bahasa Arab
milk (ﻣﻠﻚ) atau milkiyyah (ﻣﻠﻜﯿﺔ). kekuatan dan kesihatan pada sesuat
Mazhab Hanafi
Kemampuan asal yang ditetapkan oleh syarak bagi mengen­dalikan sesuatu harta melainkan jika terdapat halangan.
Mazhab Maliki
Hukum syarak (mengikut perund­angan yang sah) ditetapkan terhadap fizikal harta ataupun manfaat harta yang membol­ehkan seseorang untuk mengambil faedah daripada harta yang dimiliki dan menerima pampasan daripa­danya.
Mazhab Syafi’i
Hukum syarak (mengikut perund­angan yang sah) yang ditetapkan terhadap fizikal harta ataupun manfaat yang diberikan kepada seseorang supaya beliau dapat mengambil faedah dan menerima pampasan daripa­danya.
Mazhab Hanbali
Keupayaan yang sah untuk mengen­dalikan sesuatu harta.

Unsur dalam Pemilikan

Hubungan eksklusif dan absah di sisi perund­angan.
Hubungan eksklusif ini terbina antara manusia dan harta yang dimilik.
Keupayaan seseorang (pemilik) untuk mengek­spl­oitasi dan mengambil faedah daripada harta yang dimiliki.
Menjadi penghalang kepada orang lain (selain daripada pemilik) untuk mendapat hak yang sama.
Boleh dilakukan samada melalui pemilik sendiri atau diwakilkan kepada orang lain.

Pembah­agian Pemilikan

PEMILIKAN BERMANFAAT

MENURUT UNDANG­-UNDANG INGGERIS

Pemilik berman­faat ialah seseorang yang diiktiraf dalam ekuiti sebagai pemilik sesuatu kerana manfaat harta itu kembali kepadanya biarpun hakmilik undang­-undang (legal title) orang lain.

Pemilik Undang­-Un­dang ialah seseorang yang diiktiraf di sisi undang­-undang sebagai pemilik sesuatu, iaitu seseorang yang memegang hakmilik undang­-undang (legal title) ke atas aset bagi manfaat orang lain.

Penerimaan Prinsip Ekuiti

Undang­-undang tanah di Malaysia pada hari ini adalah berter­askan Sistem Torrens dalam urusan berkaitan dengan pentad­biran dan pemegangan tanah
Sistem Torrens memper­untukan bahawa pendaf­taran adalah segala­-ga­lanya dan keterangan konklusif boleh diperolehi daripada pendaf­taran
Keizinan pemakaian prinsip ekuiti telah dipera­kukan oleh seksyen 3 Akta Sivil 1956 di dalam kes jika terdapat kekosongan di dalam undang­-undang tempatan dan kesesuaian kepada situasi tempatan dalam pengap­lik­asian ekuiti Inggeris
Penerimaan Prinsip Ekuiti dalam Undang­-Undang Tanah di Malaysia
 

PEMILIKAN BERMANFAAT DALAM KEWANGAN ISLAM

Konsep pemilikan bermanfaat telah diguna pakai hampir dalam setiap produk yang ditawarkan kewangan islam. Sebagai contoh, produk dalam pembiayaan perumahan dan kenderaan turut tidak terkecuali mengguna pakai konsep pemilikan berman­faat.

istilah Produk Kewangan Islam

BBA
Bay’ Bithaman Ajil
IMBT
Al-Ijarah Al-Mun­tahiyat Bi Al-Tamlik
MM
Musharakah Mutana­qisah
istilah Produk Kewangan Islam dalam Pembiayaan Perumahan

Kedudukan Pemilikan Bermanfaat Menurut Syariah

Jawata­nkuasa Syariah Bank AlRajhi, Arab Saudi
Menyat­akan, aset yang dibeli daripada seseorang (penjual pertama) kemudian dijual kepada pihak ketiga, tetapi dalam masa yang sama nama aset masih lagi diletakkan pada penjual pertama atas dasar kelebihan cukai yang wujud.
(AAO­IFI)
Bank dibenarkan untuk menunda pendaf­taran atas nama pelanggan sebagai cagaran bagi pembayaran yang dibuat secara tangguh. Walau bagaim­anapun, pihak bank haruslah mengem­ukakan dokumen yang menunj­ukkan bahawa aset tersebut merupakan milik pelanggan. Tatacara ini tidak menghalang perpin­dahan pemilikan kepada pihak pelanggan.
Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia
Telah memutuskan bahawa pemberi sewa merupakan pemilik sebenar walaupun namanya tidak didaft­arkan. Keputusan ini dibuat berdas­arkan pengik­tirafan syariah terhadap pembah­agian pemilikan bermanfaat (benef­icial ownership) dan pemilikan undang­-undang (legal owners­hip). Dalam konteks ijarah, pemberi sewa merupakan pemilik bermanfaat kerana namanya tidak didaft­arkan. Pemilikan bermanfaat ini boleh dibuktikan sebagai pemilik sebenar melalui dokume­n-d­okumen yang dibuat di bawah perjanjian ijarah antara pemberi sewa dan penyewa

Pemilikan Bermanfaat dalam Bay’ Bithaman Ajil

1. Pelanggan membayar deposit 10% kepada pemaju dan menerima pemilikan berman­faat.
2. Pelanggan dan bank menand­ata­ngani Property Purchase Agreement dan Property Sale Ageree­ment. Melalui pemilikan bermanfaat yang dimiliki, pelanggan menjual aset secara tunai kepada bank bagi mendap­atkan pembiayaan BBA iaitu baki 90% harga aset.
3. Bank selaku pemilik aset, menjual semula aset tersebut kepada pelanggan dengan bayaran secara tangguh.
Pemilikan Bermanfaat terhasil apabila pelanggan menand­ata­ngani Perjanjian Jual Beli bersama pemaju dan dalam masa yang sama membayar deposit harga rumah

Aplikasi Pemilikan Bermanfaat dalam (IMBT)

1. Pelanggan mengenal pasti aset.
2. Pelanggan memohon pembiayaan IMBT dan membayar deposit terus kepada bank. Kaedah lain, pelanggan menjadi wakil bank membayar deposit kepada pemaju.
3. Bank membeli aset dengan membayar harga penuh (10% deposit + 90% baki) kepada pemaju.
4. Bank selaku pemilik bermanfaat menyewakan aset kepada pelanggan dengan bayaran dan tempoh yang dipers­etujui dan berjanji akan menyer­ahkan pemilikan kepada pelanggan pada akhir tempoh sewaan.
5. Pada akhir tempoh sewaan bank menyer­ahkan pemilikan kepada pelanggan.
Pemberi sewa merupakan pemilik aset sementara penyewa hanya berhak mendapat manfaat daripada aset sahaja. Tetapi praktik amalan semasa tidak mendaf­tarkan nama pemberi sewa sebagai penama berdaftar sebaliknya nama penyewa yang didaft­arkan. Bank Negara Malaysia Majlis Penasihat Syariah memutuskan bahawa pemberi sewa merupakan pemilik aset walaupun namanya tidak didaft­arkan. Ini berdas­arkan pemi­likan berman­faat yang dimiliki oleh bank sementara pelanggan hanyalah pemilik berdaftar.
 

Aplikasi Pemilikan Bermanfaat dalam MM

1. Pelanggan mengenal pasti aset, tandat­angani Perjanjian Jual Beli (S&P), bayar deposit 10% dan memohon pembiayaan bank.
2. Bank dan pelanggan memasuki aturan Musharakah Mutana­qisah.
3. Pelanggan menyewa aset daripada bank.
4. Pelanggan membeli bahagian bank dengan membayar amaun tambahan.
5. Perkon­gsian berakhir dan pelanggan memiliki 100% pemilikan aset (nama pemilik akan diserah kepada pelang­gan).
Pemi­likan berman­faat terhasil setelah pelanggan dan bank memasuki kontrak jual beli bersama pemaju. Pihak bank dan pelanggan telah menjadi pemilik bersama ke atas aset. Walau bagaim­anapun, bank bersetuju untuk mendaf­tarkan aset ke atas nama pelanggan dan hanya menjadi pemilik bermanfaat sahaja.

Pemilikan Bermanfaat Pembiayaan Perumahan Syariah

kontrak jual beli
setiap pihak yang berkontrak perlu saling bertukar pemilikan
pembeli menjadi pemilik baru kepada barang yang dibeli
penjual menjadi pemilik kepada harga yang dibayar oleh pembeli

Pemilikan Bermanfaat Pembiayaan Perumahan Syariah

Ijab & Qabul telah berlaku dlm BBA & IMBT. Pemaju perlu menyer­ahkan aset kepada pembeli dan pembeli perlu melang­saikan hutangnya kepada pemaju. Selaku pemilik berman­faat, pelanggan berhak menjual aset tersebut kepada bank bagi mendap­atkan baki pembia­yaan. Bank Negara Malaysia dalam Piawaian Murabahah 23.17 menetapkan hak pemilikan aset perlu dibuktikan melalui dokumen tambahan bagi menges­ahkan pemilikan.

Pemilikan Bermanfaat Pembiayaan Perumahan Syariah

Musharakah Mutana­qisah (MM).
Pemilikan bermanfaat terhasil setelah pelanggan dan bank memasuki kontrak jual beli bersama pemaju.
Pelanggan dan bank mengel­uarkan sumbangan masing­-masing (yang disepa­kati) bagi mendap­atkan aset.
Pihak bank dan pelanggan telah menjadi pemilik bermanfaat secara bersama.
Bank bersetuju untuk mendaf­tarkan aset ke atas nama pelanggan menjadikan pelanggan sebagai pemilik berdaftar seterusnya pemegang amanah ke atas aset.
Pelanggan akan mendaf­tarkan gadaian undang­-undang (legal charge) ke atas aset kepada pihak bank sebagai cagaran.
Walaupun hakmilik undang­-undang (legal title) diletakkan di bawah nama pelanggan, bank juga merupakan pemilik kepada aset tersebut bersama dengan pelanggan berdas­arkan prinsip shirkah (perko­ngs­ian). Piawaian Syariah Musyarakah oleh Bank Negara Malaysia menetapkan kontrak Mush­arakah Mutana­qisah perlu dikawal selia mengikut prinsip perkon­gsian pemilikan (shirkah al-milk) dan mempunyai kesan perkon­gsian pemilikan.

Help Us Go Positive!

We offset our carbon usage with Ecologi. Click the link below to help us!

We offset our carbon footprint via Ecologi
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Discrete Math Cheat Sheet
          Monopolies Cheat Sheet