Cheatography
https://cheatography.com
Nota fiqh muamalat(april-mei 2022)
Subjek fiqh muamalat(Individual assignment)
Tajuk:Al-Ijarah
This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.
Definisi Al-Ijarah
Al-Ijarah adalah berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu"al-ajr"yang membawa maksud upah/ganjaran di atas sesuatu kerja.Ia juga boleh diertikan sebagai upah/ganjaran kepada seseorang diatas kerja-kerja yang telah dilakukannya.Menurut istilah fuqaha' ijarah adalah kontrak untuk mendapatkan khidmat tertentu dan dibayar atau dihalalkan dengan barangan tertentu... |
Dalil Al-Ijarah
Frman Allah S.W.T yang bermaksud:Jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah upah kepada mereka(Al-Talaq:6) |
Rukun sewa
kontrak sewa mempunyai empat rukun iaitu dua orang yang berkontrak,sighah,perkhidmatan yang diberikan dan upah atau bayaran sewa. |
Rukun pertama
Dua pihak yang berkontrak iaitu pemilik perkhidmatan dan penyewa:Kedua pihak mestilah berakal dan baligh.Kontrak ini tidak akan sah jika melibatkan kanak-kanak dan orang gila kerana mereka tidak mempunyai hak kuasa keatas diri mereka dan harta mereka. |
Rukun kedua
-Sighah kontrak iaitu penawaran dan penerimaan: |
1)penawaran:apa jua lafaz/penawaran yang dilahirkan oleh pemilik perkhidmatan |
2)Penerimaan:apa jua lafaz yang dilahirkan oleh penyewa yang menyatakan persetujuan dan ianya difahami dengan jelas dan nyata... |
-Penawaran dan penerimaan mestilah selari |
-Tidak wujud jurang yang lama antara penawaran dan penerimaan/persetujuan |
-Tidak bersyarat |
Rukun ketiga
-Perkhidmatan bermanfaat |
-Permintaan mestilah mempunyai nilai...(contohnya:menyewa rumah untuk didiami) |
-Pemilik perkhidmatan perlulah mampu untuk memberikan perkhidmatannya supaya penyewa dapat menggunakannya...(contohnya:pemilik mestilah tidak memberikan rumah yang rosak kepada penyewa) |
-Khidmat mestilah diketahui oleh kedua belah pihak dari segi barangan,kadar dan sifatnya. |
|
|
Rukun keempat
Syarat bayaran sewa: |
-Bayaran mestilah suci dan tidak mengandungi unsur-unsur riba' |
-Bayaran mestilah sesuatu yang boleh digunakan dan bernilai (seperti duit) |
-Bayaran mestilah diketahui oleh kedua-dua belah pihak |
Jenis dan syarat penyewaan
-Sewa barangan |
Sewa barangan ialah sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperoleh daripada barangan tertentu(contohnya rumah sewa)syarat sewa barangan: |
1)Barangan yang disewa mestilah ditetapkan |
2)Barangan mestilah wujud dan dipamerkan dihadapan kedua-dua belah pihak ketika memeterai perjanjian |
3)Penyewa boleh menggunakan barang itu serta merta selepas kontrak ditandatangani. |
Sewa jaminan
Sewa jaminan ialah sewa yang melibatkan perkhidmatan yang diperoleh melalui jaminan pemilik.(contohnya mengupah orang menjahit pakaian)syarat sewa jaminan: |
1)Bayaran sewa adalah serta merta dan diberikan ketika di dalam majlis kontrak |
2)Spesifikasi barangan yang ditawarkan perkhidmatan itu hendaklah dinyatakan dengan jelas dan nyata. |
Penamatan kontrak sewa
Faktor-faktornya: |
-Sebab-sebab yang membatalkan kontrak ialah: |
1)Barangan yang disewa rosak |
2)Barangan sewaan tidak diserahkan pada waktu yang telah ditetapkan |
-Penggunaan barangan sewaan berakhir |
|