Show Menu
Cheatography

Fiqh Muamalat Cheat Sheet by

Implementesi Kontrak Musaqah Untuk Pembangunan Tanah Wakaf

PENDAH­ULUAN

Pandangan fuqaha:
Imam Nawawi :
Wakaf ialah terhal­angnya harta yang boleh dimanf­aatkan dari harta tersebut dengan mengek­alkan zat harta itu.
Muhammad Hasan dan Abu Yusuf:
Wakaf ini ialah tertahan sesuatu harta atas pemilikan Allah dan bertukar manfaatnya ke atas orang yang menyuk­ainya (sesiapa saja boleh menggu­nakan).
Kesimp­ulannya:
Harta waqaf adalah tertahan dari sudut pemili­kannya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama demi memban­gunkan sosial dan ekonomi umat Islam secara amnya.
Tujuan:
Mendek­atkan diri kepada Allah s.w.t.

PENDEKATAN KONTRAK MUSAQAH UNTUK WAKAF PERTANIAN

• Musaqah iaitu usahasama pengurusan dalam pertanian.
Bahasa: saling menyiram.
Syarak: satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdas­arkan hasil tanaman.
Dalam erti kata lain: ianya satu bentuk penyerahan pemilik tanaman kepada penjaga yang melakukan kerja-­kerja pembaikan, pengairan dan perkar­a-p­erkara yang berkaitan dengan syarat pengurusan akan diberi upah berdas­arkan hasil tanaman.

HUKUM PELAKS­ANAAN KONTRAK MUSAQAH

Majoriti Ulama (imam Malik, al-Sya­fi’e, al-Tsauri, Abu Yusuf, Muhammad Bin Hassan, Ahmad dan Daud) mengHARUSkan akad kontrak ini.
Berdas­arkan kepada hadith: “Ibnu Umar r.a telah mencer­itakan, bahawa Rasulullah s.a.w pernah memben­arkan penduduk Yahudi Khaibar untuk menggarap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-b­uahan atau tanah pertan­iannya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Imam Abu Hanifah dan Zufar: musaqah tidak diperb­olehkan sama sekali. Mereka menganggap agihan melalui hasil buah sebagai perkara yang tidak sah kerana bagi mereka, ia merupakan upah melalui hasil buah yang mana dilarang oleh syara’. Pendapat mereka berasaskan hadis rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengus­ahakan dengan bercucuk tanam dan tidak ada pembah­agian yang lain sama ada 1/3 ataupun ¼ dan tidak ada hak yang ditent­ukan”
Pendapat mereka berasaskan hadis rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengus­ahakan dengan bercucuk tanam dan tidak ada pembah­agian yang lain sama ada 1/3 ataupun ¼ dan tidak ada hak yang ditent­ukan”.
 

KELEBIHAN MUSAQAH PERTANIAN

• Dapat memban­gunkan tanah-­tanah wakaf yang terbiar.
• Dapat membantu golongan miskin untuk menjana pendapatan dengan hasil jualan tanaman yang dikongsi bersama dengan pihak majlis agama Islam negeri
• Mewujudkan persek­itaran kerja yang harmoni

Rukun Musaqah

Menurut jumhur ulama:
1. Kedua Pihak Yang Berkon­trak:
Kontrak yang dibuat oleh seorang yang diharuskan berurusan dalam perkara harta adalah sah (iaitu seseorang yang berakal dan baligh)
2. Objek Musaqah:
a) Imam Syafie mensya­ratkan buah kurma dan anggur
 
b) Ulama’ Hanbali pula melihat kepada pohon buah yang memerlukan pengurusan yang mana pengur­usnya mendapat bahagian daripada hasil buah pohon yang diuruskan
 
c) Imam Malik berpen­dapat musaqah boleh dilakukan untuk semua tumbuhan yang memiliki batang
3. Buah:
Pendapat yang terkuat bagi ulama’ Syafi’i yang juga merupakan pendapat Mazhab Hanbali ialah kontrak musaqah dikira sah apabila pohonya mula berbuah meskipun belum masak.
4. Kerja:
Disyar­atkan bahawa pengurus diberi kuasa sepenuhnya ke atas kerja berkenaan.
5. Ijab & Qabul:
Ungkapan boleh dibuat oleh pihak pemilik atau pengurus
 

Modus Operandi Kontrak Musaqah

1. Pengum­pulan modal dibuat daripada orang ramai iaitu melalui kutipan saham wakaf dan sumbangan saham wakaf pokok.
2. Pihak majlis agama Islam negeri ataupun pihak berkuasa akan membuat pemilihan iaitu hanya memilih golongan miskin yang berkeu­payaan sahaja dari sudut fizikal dan mental untuk melaks­anakan kerja tersebut.
3. Pihak majlis agama Islam negeri ataupun pihak berkuasa tempatan akan menyed­iakan sebidang tanah untuk dibang­unkan oleh golongan miskin. Disamping itu juga pihak majlis agama Islam negeri turut menyed­iakan modal untuk proses penanaman iaitu pembelian benih, baja, racun serta jentera pembajak. Bagi proses yang ketiga ini juga, pihak berkuasa akan membayar upah (ujrah) kepada golongan pengusaha ini untuk operasi penanaman pokok disebabkan kontrak musaqah sah bilamana pokok mula tumbuh dan berbuah walaupun masih kecil.
4. Pengusaha akan mengur­uskan ladang tersebut dari sudut penjagaan iaitu meracun, membaja dan sebagainya sehingga buah tersebut dapat dikutip dan dijual.
5. Bila mana buah tersebut sudah masak dan boleh dijual, maka hasil jualan tersebut perlu diagihkan di antara pengusaha dan pihak berkuasa berdas­arkan kepada perset­ujuan yang dipers­etujui pada awal kontrak sama ada 50-50, 60-40, ataupun 70-30 peratus
   
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.