Cheatography
https://cheatography.com
PERANCANGAN KEWANGAN
KFD181106015
This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.
PENGENALAN
Dalam ISLAM tiada satu pun larangan terhadap umatnya untuk mengumpul harta akan tetapi ia perlulah mematuhi garis panduan yang telah dihukumkan.Islam jugamenggalakkan umatnya untuk mengumpul harta sebanyaknya bukan sahaja dunia tetapi di akhirat juga. |
Perancangan harta juga melibatkan proses perancangan,penggunaan,pengolahan,pengurusandan perbelanjaan dan ini satu proses yang akan diuruskan semasa seseorang masih hidup untuk kepentingan dan kemudahan pemilik sendiri dan mereka yang mempunyai pertalian degan si pemilik. |
KONSEP PERANCANGAN HARTA
Perancangan merupakan satu proses yang tersusun dan teratur yang memerlukan objektif tertentu untuk dicapai dengan proses yang dibina. |
Konsep perancangan harta dalam Islam bersifat konprehensif iaitu ia merujuk kepada suatu perancangan harta yang mampu dilaksanakan dengan cara seseorang itu semassa hayatnya menguruskan dan mengagihkan hartanya kepada waris mengikutbudi bicara yang adil dan memanfaatkan harta itu untuk penerima. |
Ilmu perancangan yang tidak bercanggah dengan dengan prinsip Islam merupakan ilmu yang patut dipelajari serta diamalkan khususnya dalam merancang harta. |
|
|
PERANCANGAN HARTA DARI PERSPEKTIF SYARIAH
Setiap perkara yang dilakukan oleh kita hendaklah mengandungi matlamat utama termasuklah dalam konteks perancangan harta. |
Mengikut hukum MAQASID ianya untuk menjaga kepentingan dan keperluan manusia di dunia dan di akhirat demi memelihara kepentingan manusia dalam menjalani kehidupan di dunia,ia bertujuan untuk memelihara kepentingan maanusia selepas kematian mereka. |
"Pada hari ini telah aq sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah Aku kurnikan dengan sempurna kepada kamu akan nikmat-Ku serta Aku telah restui untuk kamu agama Islam sebagai cara hidup kamu".
(Surah Al-Ma'idah, 5:3)
NILAI-NILAI ISLAM DALAM PERANCANGAN HARTA
AKAUNTABILITI |
KEBIJAKSANAAN |
Akauntabiliti merujuk kepada tanggungjawab individu terhadap segala apa yang telah diamanahkan kepadanya dan perlu dilaksanakannya. |
Kebijaksanaan yang dimiliki boleh digunakan dalam pengurusan harta dari dua sudut iaitu bijak memilih individu yang boleh memelihara harta dan kedua ialah bijak dalam membelanjakan harta iaitu mentukan kemana harta yang dimiliki hendak dibelanjakan. |
|
|
KEPENTINGAN DAN KEPERLUAN PERANCANGAN HARTA
Harta yang diperoleh dengan cara yang halal hendaklah dibelanjakan dan dikembangkan dengan cara yang halal dan mengikut syarak. |
Harta yang diperoleh bukan sahaja perlu dibelanjakan untuk keperluan peribadi dan ahli keluarga semata-mata,bahkan juga untuk kebajikan orang sekeliling dan masyarakat.Sebagai contoh ialah sedekah ,wakaf,hibah dan sebagainya. |
Altenatif yang boleh dilakukan dalam meguruskan harta ialah melakukan perlantikan pentadbiran pusaka semasa hidup untuk memudahkan proses pembahagian mengikut faraid dan melakukan waqaf dan hibah. |
PENUTUP
Seseorang individu haruslah mempunyai perancangan terhadap semua harta yang dimilikinya unutk memastikan harta tersebut dinikmati secara berterusan untuk kepentingan kebajikan diri sendiri dan orang lain. |
Akhirnya menjadi satu keperluan bagi setiap individu memahami tentang ilmu perancangan harta agar ia benar-benar membantu seseorang itu mengagihkan harta berlandas hukum syarak. |
|