Show Menu
Cheatography

KONSEP PINJAMAN DALAM PERUNDANGAN ISLAM Cheat Sheet by

KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM

Pandangan Islam mengenai amalan berhutang

Islam tidak mengga­lakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan. Fenomena yang menimb­ulkan kerisauan dalam masyarakat hari ini ialah wujudnya sikap segelintir anggota masyarakat yang memben­arkan tabiat berhutang menguasai kehidupan mereka sehingga membawa kemuda­ratan bukan sahaja kepada diri sendiri malah ahli keluarga. Lebih-­lebih lagi dalam dunia hari ini di mana pelbagai pihak misalnya bank, koperasi juga khidmat pinjaman menerusi saluran yang tidak diiktiraf oleh undang­-undang seperti syarikat pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ah long begitu mudah menyed­iakan pinjaman kepada orang ramai melalui skim pinjaman peribadi, kad kredit dan sebaga­inya.
Abu Hurairah meriwa­yatkan bahawa Rasulullah SAW ketika didatangi oleh seseorang untuk menyem­bah­yangkan jenazah, lalu Baginda bertanya: "­Adakah dia mening­galkan hutang yang telah disemp­urnakan atau tidak. Sekiranya diberitahu si mati telah menyem­pur­nakan hutangnya maka Baginda akan bersem­bahyang ke atas jenazah tersebut. Sekiranya tidak disemp­urn­akan, Baginda bersabda: "­Sem­bah­yanglah kamu ke atas sahabatmu ini. Selepas berlakunya peristiwa pembukaan Kota Mekah, Baginda Rasulullah SAW telah bersabda: "­Akulah yang sepatutnya lebih dipert­ang­gun­gja­wabkan ke atas orang-­orang mu'mth daripada diri mereka sendiri, maka sesiapa yang meninggal dunia dan dia berhutang, maka aku akan menjel­askan hutang tersebut dan sesiapa yang mening­galkan harta maka harta tersebut adalah untuk warisn­ya."­ Rasullulah SAW

Larangan riba

"­Ora­ng-­orang yang memakan (menga­mbil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuy­ung­-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengat­akan: "­Bahawa sesung­guhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah mengha­lalkan berjua­l-beli (berniaga) dan mengha­ramkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu is berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengha­raman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terser­ahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamn­ya."­
Allah SWT juga telah memberi peringatan kepada orang yang beriman agar tidak memakan riba sebaliknya mereka diseru agar bertaqwa kepada Allah SWT kerana dengan itu mereka akan terdiri daripada orang-­orang yang berjaya. 8

Rukun al-Qard

1. Pemiutang (orang yang memberikan pinjaman) (a) Seorang ahli tabarru‘2° yang boleh mengur­uskan harta, berurus niaga (ahliyyah al-mu'­amalah) dan memiliki harta tersebut. 21Bukan seorang yang gila atau kanakkanak atau mahjur 'alaih iaitu orang yang disekat daripada mengur­uskan harta disebabkan safih (bodoh dalam hal ehwal pengurusan harta). (b) Tiada unsur paksaan (redha)
3. Barang yang dipinjam (a) Fuqaha' berselisih pendapat tentang barang­-barang yang sah diberi pinjam atau hutang. Fuqaha' mazhab Hanafi mengatakan sah berhutang barang­-barang mithliy (yang mempunyai unit yang serupa di pasar) iaitu yang boleh disukat, ditimbang dan dibilang dan mempunyai saiz yang hampir serupa seperti wang, telur, buah kelapa dan sebaga­inya. (b) Manakala fuqaha' mazhab Maliki, Syafi'i dan Hanbali mengatakan harus diberi hutang bagi barang­-barang yang boleh disukat atau ditimbang seperti emas, perak dan makanan termasuk barang­-barang qimiy seperti batu permata. Walaub­aga­ima­napun, pandangan yang asah/ rajih mengatakan barang­-barang yang jarang atau sukar atau tidak boleh dipula­ngkan seperti batu permata adalah tidak sah dijadikan hutang.23
2. Penghu­tan­g/p­eminjam (a) Bukan seorang yang mahjur 'alaih kerana safih, orang gila atau kanak-­kanak. Bagi kanak-­kanak dan anak-anak yatim, mereka harus meminjam sekiranya mempunyai wali yang boleh mengur­usk­annya. Imam Subki berpen­dapat bahawa mereka hanya boleh meminjam sekiranya terdapat darurah dan jika sebali­knya, maka pinjaman itu terbatal. (b) Tiada unsur paksaan (redha) (c) Berkem­ampuan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat.22
4. Sighah Mestiah mempunyai lafaz ijab dan qabul yang membawa maksud pemberian pinjaman dan hutang­24s­eperti "Aku memben­arkan engkau meminjam RM100 dan hendaklah digantikan kembali wang ini. Kemudian hendaklah disusuli dengan lafaz peneri­maa­n/p­ers­etujuan daripada peminjam.2

Gejala ceti haram

Saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai insiden yang dikaitkan dengan gejala ceti haram atau ah long yang semakin berleluasa sehingga menimb­ulkan kegeli­sahan dalam masyar­akat. Berdas­arkan kepada statistik daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman, sehingga November 2008, sebanyak 249 kes di bawah seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) telah dilaporkan dan dibuka kertas siasatan di seluruh Malaysia. Peruntukan undang­-undang di atas secara spesifik menyentuh tentang aktiviti menjal­ankan perniagaan pemberian pinjaman wang tanpa lesen yang sah atau lesen tamat tempoh atau lesen digantung. Jumlah kes yang direkodkan didapati telah meningkat berbanding tahun 2006 dan 2007 iaitu masing­-masing mancatat sebanyak 61 dan 161 kes. Sementara itu, jumlah aduan kes ah long yang diterima oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sehingga perten­gahan Disember 2008 adalah sebanyak 160 kes. Kebanyakan pengadu yang datang ke PPIM bertujuan mendap­atkan khidmat nasihat setelah menerima ancaman daripada ah long kerana tidak dapat menjel­askan hutang. Dalam kebanyakan kes, laporan dibuat kepada pihak polis apabila peminjam menerima ancaman dan ugutan daripada ah long setelah peminjam didakwa gagal menyel­esaikan hutang tertun­ggak. Meskipun, pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat agar tidak melanggan perkhi­dmatan pinjaman wang secara haram, namun ramai yang masih tidak serik mahupun mengambil pengajaran memand­angkan urusan mendap­atkan wang daripada ah long adalah begitu mudah. Kegiatan ceti haram atau ah long secara jelas berten­tangan dengan ajaran Islam kerana perkhi­dmatan pinjaman kewangan yang ditawarkan mengan­dungi unsur riba dengan mengenakan bayaran bunga atau faedah serta tidak telus terutama sekali dalam aspek struktur pinjaman dan pembayaran balik. Aktiviti ah long atau ceti haram juga sering dikaitkan dengan keganasan serta melakukan kekerasan seperti ugutan, tindakan menced­erakan peminjam, pembunuhan dan sebaga­inya. Malah, para peminjam yang berdepan dengan ugutan dan gangguan daripada ah long turut menghadapi tekanan jiwa dan perasaan sehingga ada yang sanggup membunuh diri termasuk ahli-ahli keluarga kerana bimbang diganggu atau disakiti oleh ah long. Kita juga mendengar berita­-berita di media massa berlakunya keruntuhan rumaht­angga dan perpecahan dalam keluarga akibat keterl­ibatan peminjam dengan ah long disebabkan tidak berfikir panjang tentang musibah yang bakal dihadapi. Bagi memerangi kegiatan ceti haram, kerajaan mengambil tindakan berterusan untuk mengawal dan memant­aunya menerusi usahasama dengan pelbagai agensi seperti pihak berkuasa tempatan, Polis DiRaja Malaysia dan NGO. Antara langkah yang diambil ialah melalui tindakan member­hen­tikan pemberian lesen kepada peminjam wang berlesen, kempen kesedaran, khidmat nasihat dan usaha besar-­besaran menurunkan iklan ah long di kawasa­n-k­awasan perumahan.
 

Konsep Pinjaman dalam Islam

Dari kaca mata perund­angan Islam, pinjaman dibaha­gikan kepada 2 kategori iaitu al-'ariyah dan al-qard. Al-'ariyah merujuk kepada pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma. Hak pemilikan ke atas barang tersebut masih kekal pada pemberi pinjaman dan peminjam tidak bertan­ggu­ngjawab terhadap sebarang kerosakan atau susut nilai bagi barang tersebut kecuali kecuaian adalah berpunca daripada peminjam sendir­i.4­Barang yang dipinjam hendaklah dipula­ngkan kepada tuannya dan bukan memula­ngkan gantian barang tersebut. Pinjaman secara 'ariyah hanya melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikemb­alikan dalam keadaan asal misalnya kereta, telefon bimbit, baju dan buku. Sekiranya barang tersebut merupakan barang yang mudah musnah atau susut nilai seperti sabun, maka akad pinjaman tersebut tidak sah. 5
Manakala al-qard ialah pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh diangg­arkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan. Kadangkala orang Arab menyeb­utnya sebagai salaf hutang) iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa syarat keuntu­nga­n.6­Kesan daripada transaksi ini ialah wujudnya hutang atau keberh­utangan daripada satu pihak iaitu penghutang kepada satu pihak yang lain iaitu pemberi hutang (pemiu­tang). Peminjam (pengh­utang) hendaklah memula­ngkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan merupakan benda yang asal. Misalnya, A memberi pinjaman RM1,000 kepada B. Selepas tempoh tertentu B dikehe­ndaki memula­ngkan kembali nilai wang yang sama iaitu RM1,000 dan bukan memula­ngkan wang kertas yang asal.

Konsep Pinjaman dalam Islam

Dari kaca mata perund­angan Islam, pinjaman dibaha­gikan kepada 2 kategori iaitu al-'ariyah dan al-qard. Al-'ariyah merujuk kepada pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma. Hak pemilikan ke atas barang tersebut masih kekal pada pemberi pinjaman dan peminjam tidak bertan­ggu­ngjawab terhadap sebarang kerosakan atau susut nilai bagi barang tersebut kecuali kecuaian adalah berpunca daripada peminjam sendir­i.4­Barang yang dipinjam hendaklah dipula­ngkan kepada tuannya dan bukan memula­ngkan gantian barang tersebut. Pinjaman secara 'ariyah hanya melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikemb­alikan dalam keadaan asal misalnya kereta, telefon bimbit, baju dan buku. Sekiranya barang tersebut merupakan barang yang mudah musnah atau susut nilai seperti sabun, maka akad pinjaman tersebut tidak sah. 5

Objektif pelaks­anaan al-Qard al-Hasan

1. Membantu golongan yang memerl­ukan. 2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin melalui pengagihan kekayaan dan sumber dalam masyar­akat. 3. Memupuk semangat persau­daraan, keprih­atinan, ehsan dan saling bantu membantu di kalangan umat Islam. 4. Menguk­uhkan sektor sosio ekonomi negara. 5. Menyed­iakan ruang, peluang dan kemudahan kepada golongan berpen­dapatan rendah untuk menceb­urkan diri dalam sektor perniagaan dengan menggu­nakan kepakaran dan kemahiran yang ada di samping membantu menjana peluang pekerjaan kepada orang lain. 6. Mengha­puskan diskri­minasi sosial dan ekonomi dalam masyar­akat. 7. Sebagai salah satu wasilah da'wah kepada golongan bukan Islam mengenai kesyumulan dan keindahan Islam dengan memberikan bantuan pinjaman kewangan secara qard hasan. 8. Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.

Prinsi­p-p­rinsip umum ketika berhutang

i) Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-­pihak yang berkontrak khususnya penghutang menyedari komitmen dan obligasi masing­-masing untuk membayar kembali hutang tersebut dan merekodkan pembayaran yang dibuat bagi mengel­akkan berlakunya penipuan. Firman Allah SWT dalam surah al-Baq­arah, ayat 282:
ii) Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang meskipun telah dipers­etujui atau disyar­atkan di awal kontrak. Sebarang faedah atau lebihan dalam bentuk wang, barang, manfaat dan sebagainya adalah riba dan hukumnya adalah haram. Isu yang sering dibahaskan oleh ulama' ialah mengenai kos perkhi­dmatan yang dikenakan ke atas pinjaman qard hasan. Sebarang kos perkhi­dmatan yang dikenakan ke atas orang yang berhutang hendaklah berdas­arkan kepada kos sebenar pengurusan dan perkhi­dmatan yang disediakan dan tidak boleh dikaitkan dengan jumlah pinjaman sebaga­imana yang ditetapkan dalam AAOIFI Shariah Standa­rds.27­Man­akala Resolusi Majma' al-Fiqh al-Islamiy kali ketiga telah menetapkan bahawa kos perkhi­dmatan boleh dikenakan dengan syarat kos tersebut merupakan kos sebenar dan cara kiraan hendaklah dibuat secara tepat dan sebaiknya. Turut dinyatakan bahawa kos-kos pengurusan 183 KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM sesebuah institusi seperti gaji pekerja, dan sewaan bangunan tidak boleh dimasukkan dalam kos sebenar. Memand­angkan prinsip utama yang mendasari kontrak qard hasan ialah ta'awun atau semangat tolong menolong, maka sewajarnya tiada sebarang caj perkhi­matan dikenakan kepada pihak yang meminjam bagi mering­ankan beban yang dihadapi oleh golongan ini.
iii) Kepent­ingan menyel­esaikan semua hutang turut disyar­atkan dalam perwarisan iaitu sebelum sesuatu harta pusaka dibaha­gikan secara faraid, segala hutang piutang si mati hendaklah dibereskan terlebih dahulu.
iv) Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipula­ngkan dalam tempoh sebaga­imana yang dijanj­ikan. Rasulullah SAW mengin­gatkan bahawa perbuatan meleng­ahl­eng­ahkan hutang merupakan suatu kezaliman. Sabda Baginda SAW: "­Orang yang meleng­ah-­len­gahkan penjelasan hutang sedang dia berkem­ampuan berbuat demikian adalah seorang yang zalim".
"­Wahai orang-­orang yang beriman! Apabila kamu menjal­ankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayara­nnya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebaga­imana Allah telah mengaj­ark­annya. Oleh itu, hendaklah is menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merenc­anakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah is bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah is mengur­angkan sesuatu pun dari hutang itu..."­
 

Definisi al-Qard

Al-qard dari segi bahasa bermaksud al-qat'u (potong). Harta yang diberikan kepada orang yang berhutang dinamakan qard kerana pemiutang memotong (menga­mbil) sebahagian hartanya untuk diberikan kepada penghu­tang. Dari segi istilah, al-qard merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penamb­aha­n.7­Seb­arang tambahan terhadap barang atau wang yang diberi pinjam adalah ditegah dalam Islam kerana is dianggap sebagai riba atau lebihan yang tidak mempunyai ganti yang dikenakan oleh pemberi pinjaman sementara menunggu bayaran balik. Orang yang berhutang mempunyai tanggu­ngjawab untuk memula­ngkan barang yang sama atau serupa dengan apa yang dipinjam tanpa apa-apa tambahan terhadap harta yang dipinjam itu. Kebias­aannya barang yang menjadi objek bagi akad qard ialah wang atau lain-lain medium pertukaran yang diterima oleh orang ramai. Al-Qard dikate­gorikan sebagai akad tabarru' iaitu kontrak yang berter­askan kepada konsep kebajikan. Ini kerana faedah atau manfaat daripada transaksi yang berlaku hanya diperolehi oleh satu pihak sahaja iaitu penghu­tang.

Fatwa pengha­raman riba

Al-Mu'­tamar AI Islamiy 1.i Majma' al-Buhuth al-Isl­amiyyah kali kedua, pada bulan Mei tahun 1965 di Kaherah telah membuat keputusan bahawa faedah yang dikenakan dalam semua bentuk pinjaman (hutang) adalah riba. Manakala Majma' al-Fiqh al-Islamiy dalam persid­ang­annya kali kedua di Jeddah pada 22-28 Disember 1985 telah mengel­uarkan fatwa bahawa setiap penambahan atau faedah ke atas hutang disebabkan peminjam lewat menjel­askan hutang atau faedah yang ditetapkan pada awal kontrak pinjaman, keduad­uanya adalah riba yang diharamkan oleh hukum syara'. Sementara itu, Muzakarah Jawata­nkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-32, pada 10-11 Jun 1993 telah membuat keputusan bahawa "Wang faedah yang diperolehi dari bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitul­mal."
Prinsip al-Qard al-Hasan
 
Hukum pelaks­anaan Bard hasan adalah sunat berdas­arkan kepada hadith Rasulullah SAW dan juga ijma‘ para fuqaha'.14 Dalam satu hadith yang diriwa­yatkan oleh Ibn Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda bahawa seorang muslim yang memberikan pinjaman wang atau hutang (qard) sebanyak dua kali adalah seperti bersedekah sekali .1

Bantuan kepada asnaf al-gha­rimin

Dalam meredah gelombang kehidupan, terdapat dari kalangan masyarakat umum yang terpaksa berhutang untuk memenuhi keperluan asasi misalnya mendap­atkan sesuap nasi demi menyara anak-anak dan keluarga, berhutang untuk membeli barang­-barang keperluan selepas ditimpa musibah seperti kebakaran, bagi tujuan perubatan dan sebaga­inya. Pada ketika inilah, pemerintah khususnya kerajaan negeri melalui institusi zakat memainkan peranan yang besar dalam mering­ankan beban yang dihadapi oleh golongan yang dibelenggu hutang atau asnaf alghar­imin. Fungsi institusi zakat begitu signifikan bagi mewujudkan keseim­bangan dalam aspek sosial dan ekonomi dalam masyarakat iaitu golongan yang berkem­ampuan mengel­uarkan zakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik. Sebagai contoh, Majlis Agama Islam Wilayah Persek­utuan melalui Bahagian Baitulmal setiap tahun telah mengkh­ususkan sejumlah peruntukan bagi membeb­askan asnaf al-gha­rimin daripada belenggu hutang. Pada tahun 2007, sebanyak RM1.4 juta daripada keselu­ruhan peruntukan agihan zakat iaitu RM145 juta 184 KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM telah disumb­angkan kepada asnaf al-gha­rimin. Manakala sehingga perten­gahan Disember 2008, data tidak rasmi daripada Baitulmal merekodkan bahawa kira-kira RM1.3 juta telah diagihkan kepada 706 orang di sekitar Wilayah Persek­utuan dalam kategori alghar­imin. Antara kriteria yang diberikan perhatian dalam proses agihan ialah golongan ini terpaksa berhutang atas faktor­faktor memenuhi keperluan asas kehidupan misalnya membeli makanan, bagi tujuan perubatan, pembelian barang­-barang asasi selepas ditimpa musibah seperti kebakaran dan sebagainya (perlu disertakan resit). Walau bagaim­anapun, tidak termasuk dalam kategori di atas ialah orang yang berhutang dengan pihak institusi kewangan seperti bank dan koperasi memand­angkan golongan ini dianggap berkem­ampuan untuk membuat bayaran balik pinjaman setelah dinilai oleh pihak bank dan koperasi. Bebanan hutang yang ditanggung biasanya adalah disebabkan oleh sikap individu itu sendiri yang gagal mendis­ipl­inkan diri untuk melunaskan pembayaran atau berbelanja serta membuat pinjaman melebihi kemampuan pendap­atan. Bantuan juga tidak disalurkan kepada mereka yang berhutang dengan pihak pemberi pinjaman tidak berlesen seperti ceti haram atau ah long. Tindakan memberi bantuan kepada mereka yang berhutang dengan ceti haram dibimbangi akan menyub­urkan lagi aktiviti pemberian hutang secara riba serta berkem­ung­kinan secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada aktiviti ekonomi yang mengun­tungkan pihak-­pihak tertentu yang mana sumbangan modal dan sumber pendapatan mereka dijana oleh kegiatan ah long.
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          System Design Cheat Sheet
          Studying Cheat Sheet
          Passe Compose Cheat Sheet