Al-ribh, berasal daripada kata dasar rabiha yang bermaksud pertambahan atau pertumbuhan dalam kegiatan perniagaan. |
Menurut bahasa Arab, untung adalah lebihan dan pertambahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada dua unsur pengeluaran utama iaitu usaha (al-c amal) dan modal (ra’su al-mal). |
Ahli tafsir memberikan takrifan untung berpandukan surah al-Baqarah ayat ke-16 yang bermaksud: “Mereka itulah orang yang memberi kesesatan dengan petunjuk, maka tidak beruntunglah perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk. |
Membawa maksud pertambahan (al-ziyadah) atau lebihan (alfadl) ke atas modal. |
Imam al-Tabari berpandangan keuntungan daripada para peniaga ialah pertukaran daripada suatu barangan yang dimiliki sama ada nilai pertukaran itu sama atau melebihi harga belian. |
Keuntungan barang perniagaan pula ialah hasil daripada pertukaran harta. |
Menurut alQurtubi pula, maksud untung perniagaan dalam surah alBaqarah di atas adalah merujuk kepada kebiasaan orang Arab yang sering mengungkapkan ayat rabaha baic uka yang bermaksud ‘beruntunglah perniagaan kamu’ atau khasarat safaqtuka yang bermaksud ‘rugilah transaksi kamu. |
Imam al-Alusi berpandangan keuntungan adalah usaha untuk mendapatkan lebihan modal melalui modal atau tahsil al-ziyadah ala ra’s al-mal. |
Imam al-Alusi berpandangan keuntungan adalah usaha untuk mendapatkan lebihan modal melalui modal atau tahsil al-ziyadah ala ra’s al-mal. |
Dapatlah diringkaskan bahawa matlamat peniaga sebenarnya adalah untuk mendapatkan kembali modal yang disumbangkan serta meraih keuntungan. |
al-Baqarah ayat ke 16. |
Para Fuqaha’ turut membahaskan secara terperinci konsep dan definisi keuntungan. |
Bab zakat dan keduanya dalam bab al-murabahah. |
Bab zakat, keuntungan (al-ribh) bermaksud pertambahan ke atas modal. |
Dalam Islam, kewajipan zakat (harta) hanya dikenakan ke atas harta yang berkembang (al-namiyah). |
Al-murabahah, keuntungan (al-ribh) mempunyai dua pengertian yang dapat disimpulkan iaitu “pertambahan ke atas modal” dan keduanya “pertambahan ke atas modal setelah ditolak segala perbelanjaan yang dikeluarkan dalam memperoleh lebihan tersebut. |
Terdapat beberapa Fuqaha’ seperti al-Hanafiyyah, al-Syafic iyyah, al-Hanabilah, alImamiyyah serta al-Zaydiyyah mendefinisikan modal. |
Seterusnya dalam bab al-mudarabah ataupun al-qirad, para Fuqaha’ membincangkan konsep keuntungan (al-ribh) sebagai suatu kontrak antara dua orang atau lebih untuk berkongsi keuntungan tanpa berkongsi dalam modal. |
Al-Baghdadi membincangkan konsep keuntungan secara jelas dengan menyatakan “sesungguhnya keuntungan itu adalah lebihan ke atas modal”. |
Ibnu Qudamah pula mengistilahkan untung sebagai satu lebihan ke atas modal. Jika sesuatu modal tidak menghasilkan lebihan, maka ia tidak dinamakan sebagai untung. |
Bapa ekonomi Islam iaitu Abdul Rahman bin Khaldun al Maghribi ataupun Ibn Khaldun dalam karya terkenalnya “Muqaddimah Ibn Khaldun” mendefinisikan untung sebagai nilai yang timbul hasil daripada kerja yang dilakukan oleh manusia. |
Seterusnya ahli ekonomi Islam iaitu Khurshid Ahmad dan Muhammad Nejatullah Siddiqi memberikan definisi untung sebagai apa yang ditentukan dalam keadaan biasa dan sederhana mengikut hukum penawaran dan permintaan dalam pasaran. |
Daripada pelbagai pendefinisian, jelas sekali Islam begitu menggalakkan umatnya untuk cemerlang dalam kehidupan duniawi khususnya yang melibatkan aktiviti perdagangan dan penghasilan untung. |