Show Menu
Cheatography

KFD 2303 fiqh muamalat Cheat Sheet (DRAFT) by

cheat sheet ini dibuat atas tujuan tugaan individu subjek fiqh muamalat KFD 2303

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.
 

1.0 Pengenalan (Definisi Untung)

Perkataan untung menurut Kamus Dewan membawa maksud hasil pendap­atan.
Untung bermaksud lebihan wang yang diperolehi oleh firma ataupun perusahaan selepas semua perbel­anjaan disele­saikan dalam suatu tempoh pengiraan sesuatu akaun.
Indonesia pula, perkataan untung sinonim dengan perkataan laba dan dalam bahasa Inggeris disebut sebagai profit.
Untung bersih pula, ahli-ahli ekonomi lazimnya mengas­ingkan pulangan implisit yang mengan­dungi bayaran sewa dan faedah.
“Untung bersih” pula diperolehi setelah ditolak dengan pulangan implisit yang mengha­silkan untung asli (pure profit).
Perakaunan pula memperoleh untung terhasil daripada pengur­angan pelbagai kos yang dibela­njakan daripada hasil jualan yang dipero­lehi.
Kos tersebut meliputi perbel­anjaan untung barang mentah, pembayaran upah, faedah, sewa tanah dan juga susut nilai (depre­cia­tion). Hasilnya untung ini merupakan perbezaan nilai wang daripada hasil jualan yang diperolehi dengan seluruh kos yang dibela­njakan.

2.0 UNTUNG MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Al-ribh, berasal daripada kata dasar rabiha yang bermaksud pertam­bahan atau pertum­buhan dalam kegiatan pernia­gaan.
Menurut bahasa Arab, untung adalah lebihan dan pertam­bahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada dua unsur pengel­uaran utama iaitu usaha (al-c amal) dan modal (ra’su al-mal).
Ahli tafsir memberikan takrifan untung berpan­dukan surah al-Baqarah ayat ke-16 yang bermaksud: “Mereka itulah orang yang memberi kesesatan dengan petunjuk, maka tidak berunt­unglah perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.
Membawa maksud pertam­bahan (al-zi­yadah) atau lebihan (alfadl) ke atas modal.
Imam al-Tabari berpan­dangan keuntungan daripada para peniaga ialah pertukaran daripada suatu barangan yang dimiliki sama ada nilai pertukaran itu sama atau melebihi harga belian.
Keuntungan barang perniagaan pula ialah hasil daripada pertukaran harta.
Menurut alQurtubi pula, maksud untung perniagaan dalam surah alBaqarah di atas adalah merujuk kepada kebiasaan orang Arab yang sering mengun­gkapkan ayat rabaha baic uka yang bermaksud ‘berun­tunglah perniagaan kamu’ atau khasarat safaqtuka yang bermaksud ‘rugilah transaksi kamu.
Imam al-Alusi berpan­dangan keuntungan adalah usaha untuk mendap­atkan lebihan modal melalui modal atau tahsil al-ziyadah ala ra’s al-mal.
Imam al-Alusi berpan­dangan keuntungan adalah usaha untuk mendap­atkan lebihan modal melalui modal atau tahsil al-ziyadah ala ra’s al-mal.
Dapatlah diring­kaskan bahawa matlamat peniaga sebenarnya adalah untuk mendap­atkan kembali modal yang disumb­angkan serta meraih keuntu­ngan.
al-Baqarah ayat ke 16.
Para Fuqaha’ turut membah­askan secara terperinci konsep dan definisi keuntu­ngan.
Bab zakat dan keduanya dalam bab al-mur­abahah.
Bab zakat, keuntungan (al-ribh) bermaksud pertam­bahan ke atas modal.
Dalam Islam, kewajipan zakat (harta) hanya dikenakan ke atas harta yang berkembang (al-na­miyah).
Al-mur­abahah, keuntungan (al-ribh) mempunyai dua pengertian yang dapat disimp­ulkan iaitu “perta­mbahan ke atas modal” dan keduanya “perta­mbahan ke atas modal setelah ditolak segala perbel­anjaan yang dikelu­arkan dalam memperoleh lebihan tersebut.
Terdapat beberapa Fuqaha’ seperti al-Han­afi­yyah, al-Syafic iyyah, al-Han­abilah, alImam­iyyah serta al-Zay­diyyah mendef­ini­sikan modal.
Seterusnya dalam bab al-mud­arabah ataupun al-qirad, para Fuqaha’ membin­cangkan konsep keuntungan (al-ribh) sebagai suatu kontrak antara dua orang atau lebih untuk berkongsi keuntungan tanpa berkongsi dalam modal.
Al-Bag­hdadi membin­cangkan konsep keuntungan secara jelas dengan menyatakan “sesun­gguhnya keuntungan itu adalah lebihan ke atas modal”.
Ibnu Qudamah pula mengis­til­ahkan untung sebagai satu lebihan ke atas modal. Jika sesuatu modal tidak mengha­silkan lebihan, maka ia tidak dinamakan sebagai untung.
Bapa ekonomi Islam iaitu Abdul Rahman bin Khaldun al Maghribi ataupun Ibn Khaldun dalam karya terken­alnya “Muqad­dimah Ibn Khaldun” mendef­ini­sikan untung sebagai nilai yang timbul hasil daripada kerja yang dilakukan oleh manusia.
Seterusnya ahli ekonomi Islam iaitu Khurshid Ahmad dan Muhammad Nejatullah Siddiqi memberikan definisi untung sebagai apa yang ditentukan dalam keadaan biasa dan sederhana mengikut hukum penawaran dan permintaan dalam pasaran.
Daripada pelbagai pendef­ini­sian, jelas sekali Islam begitu mengga­lakkan umatnya untuk cemerlang dalam kehidupan duniawi khususnya yang melibatkan aktiviti perdag­angan dan pengha­silan untung.

3.0 PEMBAH­AGIAN KEUNTU­NGAN: PENDEKATAN FUQAHA’

Keuntungan kepada dua bentuk, pertama, al-ghabn al-fahisy dan kedua al-ghabn alyasir.
3.1 Pendekatan Pertama: Ukuran Yang Tetap
Dikemu­kakan oleh sebahagian ulama’ Hanafi, al-Maliki dan Syafi'.
 
Al-Kha­jnadi dari golongan Hanafi melihat al-ghabn alfahisy adalah pada takat melebihi nisf al-usyur, manakala al-ghabn al-yasir pula tidak melebihi (nisf al-usyur) atau tepat pada kadar nilf al- usyur.
 
Ibn Yahya al-Balkhi berpan­dangan al-ghabn pada barang perniagaan (al-arud) adalah nilf al-usyur, pada haiwan adalah al-usyur iaitu satu persepuluh (1/10) dan pada barangan tak alih atau al-aqar seperti bangunan adalah sebanyak al-khumus atau satu perlima (1/5).
 
Golongan Syafi'i pula melihat al-ghabn al-fahisy berlaku ketika mana kadar keuntungan yang diambil adalah melebihi al-thuluth ataupun satu pertig­a(1/3).
 
Golongan Hanbali seterusnya merujuk terjadinya alghabn al-fahisy adalah pada kadar al-thuluth atau satu pertiga (1/3), atau al-sudus iaitu satu perenam (1/6). Tetapi al-Mardawi melebi­hkannya seperti mana sebahagian yang lain pada kadar al-rubu iaitu satu perempat (1/4).
 
Golongan al- Ibadiyyah pula menetapkan kadar althuluth atau satu pertiga (1/3) atau lebih.
3.2 Pendekatan Kedua: Ukuran Yang Fleksibel
Pendekatan ini dikemu­kakan oleh golongan Hanafi pada riwayat yang jelas.
 
Golongan Maliki pada satu pendapat dan sebahagian ulama’ Hanbali dengan riwayat yang tepat di dalam mazhabnya.
 
Golongan Maliki pada satu pendapat dan sebahagian ulama’ Hanbali dengan riwayat yang tepat di dalam mazhabnya.
 
Ibn Abidin melihat al-ghabn al-fahisy sebagai suatu nisbah (keunt­ungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pihak pentaksir (almuq­awwim) 51. Dalam hal ini, sekiranya kadar keuntungan yang dibuat melebihi taksiran pentaksir, maka keuntungan tersebut akan dianggap al-ghabn alfahisy.
 
Sebahagian ulama’ dari kalangan Maliki pula memberikan pilihan sekiranya berlaku al-ghabn alfahisy. Mereka hanya berbeza pandangan dalam penetapan kadar al-ghabn.
 
Al-Mardawi pula berpen­dapat bahawa nisbah al-ghabn atau keuntungan perlu mengambil kira al- uruf semasa (kebia­saan) dan berses­uaian dengan tahap masalah yang dihadapi.

4.0 KESIMPULAN

Konsep untung dalam Islam seperti mana yang diperb­ahaskan oleh para fuqaha’ begitu jelas sekali .
Sebagai panduan dalam menentukan kadar dan nisbah.
Nisbah yang ditetapkan ini bukan sahaja tidak membeb­ankan para pembeli, malah dapat menjamin kelang­sungan pernia­gaan.
Dapat disimp­ulkan bahawa keuntungan sama ada dalam ekonomi konven­sional mahupun Islam sentiasa berubah dari semasa ke semasa bagi memenuhi matlamat yang satu iaitu untuk keperluan manusia keselu­ruh­annya.
Keuntungan yang terhasil dalam ekonomi Islam yang adalah berlan­daskan ketetapan Syarak.
Kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah untung yang diiktiraf oleh Islam ialah untung yang bebas daripada unsur-­unsur haram seperti riba, ghabn, gharar dan ihtikar.