Show Menu
Cheatography

WASIAT SEBAGAI INSTRUMEN PERANCANGAN HARTA ISLAM Cheat Sheet (DRAFT) by

KFD 2543 Islamic Financial Planning (IFP) Individual Assignment Nama:MUHAMMAD ZAWAWI BIN MOHD ZAKI Kad Matrik: KFD180506010

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

KONSEP WASIAT

Wasiat ialah pindah milik harta atau manfaat harta secara percuma yang berkua­­tkuasa selepas kematian pewaris tersebut.

WASIAT SEBAGAI INSTRUMEN PERANC­­ANGAN HARTA

Wasiat merupakan instrumen peranc­­angan harta kerana ia boleh digunakan dalam keadaan
1)Ahli keluarga yang tidak dapat mewarisi harta pusaka disebabkan perbezaan agama atau terhalang dengan waris yang lebih dekat.
2)Sese­­orang yang memiliki harta yang banyak dan berhasrat agar harta itu dikekalkan dalam bentuk yang asal yang mana harta tersebut tidak akan dijual untuk dibaha­­gi­-­b­ah­­agikan hasil jualannya kepada ahli waris dengan kadar agihan faraid
3)Sese­­orang yang ingin membuat amal jariah selepas kematian boleh mewasi­­atkan bahagian hartanya (tidak melebihi kadar satu pertiga harta) kepada badan-­­badan tertentu.

PROSEDUR WASIAT

-Melak­­sa­nakan undang­­-u­ndang wasiat berdas­­arkan peruntukan Perlem­­bagaan Persek­­utuan di bawah Jadual Kesemb­­ilan, Senarai 2, Senarai Negeri dan Perlem­­bagaan Persek­­utuan.
-Terdapat tiga negeri yang mempunyai undang­­-u­ndang khusus mengenai wasiat:
1)Selangor - Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 yang berkua­­tkuasa pada 1 Julai 2004
2)Negeri Sembilan - Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004 yang berkua­­tkuasa pada 5 November 2004
3)Melaka - Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) 2005 yang berkua­­tkuasa pada 1 Ogos 2005.
 

PEMBEN­TUKAN WASIAT

1)Perm­ohonan
Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang Permohonan Wasiat (Borang A) serta melamp­irkan dokumen sokongan.
2)Dokumen Sokongan dan Saksi
Permohonan perlu disertakan beberapa dokumen sokongan iaitu salinan sah dokumen pengenalan diri
3)Pend­aftaran
Pemohonan Wasiat yang diterima akan didaftar ke dalam Daftar Wasiat Seksyen 6(1), kaedah­-kaedah Pengurusan Wasiat.
4)Peny­ediaan Dokumen Wasiat bertulis
Pewasiat perlu meleng­kapkan dokumen wasiat bertulis dengan mengisi maklumat peribadi serta pengakuan pewasiat.
5)Peny­impanan
Dokumen wasiat bertulis hendaklah dibuat dalam dua salinan untuk simpanan MAIS dan pewasiat.
6)Pindaan atau Pembatalan Wasiat
Pewasiat mempunyai hak untuk membat­alkan wasiat samada melibatkan keselu­ruhan dan sebahagian daripa­danya.
7)Peng­­em­a­s­kinian Status Pewasiat yang mana Pihak MAIS akan merekod setiap maklumat daripada pewasiat dalam bentuk bertulis atau lisan dalam tempoh setiap 3 hingga 6 bulan sekali

PELAKS­­ANAAN WASIAT

1)Pene­­rimaan Maklumat Kematian Pewasiat
Ahli keluarga perlu member­­itahu pihak MAIS mengenai kematian pewasiat dengan mengem­­ukakan sijil kematian pewasiat
2)Pemb­­acaan Wasiat
Dalam pembacaan wasiat, pihak MAIS perlu memakl­­umkan jumlah sebenar harta pewasiat bagi mengel­­akkan berlaku percan­­gg­ahan.
3)Siasatan
Pihak MAIS akan menjal­­ankan siasatan ke atas seluruh harta pewasiat dan memastikan kewujudan penerima wasiat.
4)Peni­­laian Harta
Penilaian harta dilakukan bertujuan mendap­­atkan nilai sebenar harta wasiat yang merangkumi harta tak alih dan harta alih.
5)Peng­­esahan Wasiat
Pengesahan wasiat akan disahkan oleh makhamah syariah
6)Pela­­ks­anaan Wasiat yang mana pihak MAIS bertan­­gg­u­n­gjawab dalam melaks­­anakan apa-apa yang diaman­­ahkan kepadanya.