Cheatography
https://cheatography.com
KFD 2543 Islamic Financial Planning (IFP)
Individual Assignment
Nama:MUHAMMAD ZAWAWI BIN MOHD ZAKI
Kad Matrik: KFD180506010
KONSEP WASIAT
Wasiat ialah pindah milik harta atau manfaat harta secara percuma yang berkuatkuasa selepas kematian pewaris tersebut |
WASIAT SEBAGAI INSTRUMEN PERANCANGAN HARTA
Wasiat merupakan instrumen perancangan harta kerana ia boleh digunakan dalam keadaan: |
1)Ahli keluarga yang tidak dapat mewarisi harta pusaka disebabkan perbezaan agama atau terhalang dengan waris yang lebih dekat. |
2)Seseorang yang memiliki harta yang banyak dan berhasrat agar harta itu dikekalkan dalam bentuk yang asal yang mana harta tersebut tidak akan dijual untuk dibahagi-bahagikan hasil jualannya kepada ahli waris dengan kadar agihan faraid. |
3)Seseorang yang ingin membuat amal jariah selepas kematian boleh mewasiatkan bahagian hartanya (tidak melebihi kadar satu pertiga harta) kepada badan-badan tertentu. |
PROSEDUR WASIAT
-Melaksanakan undang-undang wasiat berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan di bawah Jadual Kesembilan, Senarai 2, Senarai Negeri dan Perlembagaan Persekutuan |
-Terdapat tiga negeri yang mempunyai undang-undang khusus mengenai wasiat |
1)Selangor - Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2004
2)Negeri Sembilan - Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004 yang berkuatkuasa pada 5 November 2004
3)Melaka - Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) 2005 yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2005
|
|
PEMBENTUKAN WASIAT
1)Permohonan |
Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang Permohonan Wasiat (Borang A) serta melampirkan dokumen sokongan. Perkara yang perlu dipenuhi dalam Borang A ialah maklumat pewasiat, maklumat penerima wasiat, maklumat saksi, maklumat harta yang hendak diwasiatkan, maklumat hutang (sekiranya ada) dan arahan pewasiat |
2)Dokumen Sokongan dan Saksi |
Dua pembuktian wasiat yang digunakan oleh pihak MAIS iaitu melalui dokumen sokongan dan dua orang saksi. Permohonan perlu disertakan beberapa dokumen sokongan iaitu salinan sah dokumen pengenalan diri bagi pewasiat, waris, dua orang saksi dan dokumen hak milik, sijil saham, sijil simpanan tetap berkaitan. |
3)Pendaftaran |
Pemohonan Wasiat yang diterima akan didaftar ke dalam Daftar Wasiat Seksyen 6(1), kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat. Maklumat yang terkandung ialah rekod mengenai wasiat samada fail pewasiat masih dalam proses semakan, pewasiat telah menandatangani wasiat dan fail pewasiat telah ditutup. Pihak MAIS akan mengenakan yuran dalam membuat pemohonan. |
4)Penyediaan Dokumen Wasiat bertulis |
Pewasiat perlu melengkapkan dokumen wasiat bertulis dengan maklumat-maklumat peribadi serta pengakuan pewasiat yang melantik MAIS sebagai wasi dan pemegang amanah kepada harta pusaka pewasiat dan butir harta pewasiat. |
5)Penyimpanan |
Dokumen wasiat bertulis hendaklah dibuat dalam dua salinan untuk simpanan MAIS dan pewasiat. |
6)Pindaan atau Pembatalan Wasiat |
Pewasiat mempunyai hak untuk membatalkan wasiat samada melibatkan keseluruhan dan sebahagian daripadanya dalam tempoh selepas membuat wasiat sehingga hari kematiannya. Pewasiat juga boleh membuat sebarang pindaan, pembatalan atau perubahan terhadap wasiat yang telah dibuat dengan mengemukakan notis bertulis kepada MAIS. |
7)Pengemaskinian Status Pewasiat |
Pihak MAIS akan merekod setiap maklumat daripada pewasiat dalam bentuk bertulis atau lisan dalam tempoh setiap 3 hingga 6 bulan sekali. |
|
|
PELAKSANAAN WASIAT
1)Penerimaan Maklumat Kematian Pewasiat |
Ahli keluarga, pihak waris atau saksi perlu memberitahu pihak MAIS mengenai kematian pewasiat dengan mengemukakan sijil kematian pewasiat. |
2)Pembacaan Wasiat |
Pihak MAIS akan memberitahu pihak menerima wasiat untuk melakukan upacara membaca wasiat selepas segala urusan pengebumian pewasiat telah dilakukan. Dalam pembacaan wasiat, pihak MAIS perlu memaklumkan jumlah sebenar harta pewasiat bagi mengelakkan berlaku percanggahan dalam proses pembahagian wasiat. |
3)Siasatan |
Pihak MAIS akan menjalankan siasatan ke atas seluruh harta pewasiat dan memastikan kewujudan penerima wasiat. |
4)Penilaian Harta |
Penilaian harta dilakukan bertujuan mendapatkan nilai sebenar harta wasiat yang merangkumi harta tak alih dan harta alih. Harta tak alih dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Pekhidmatan Harta (JPPH) manakala harta alih melalui penilai-penilai valuer yang berlesen. |
5)Pengesahan Wasiat |
Pengesahan wasiat akan disahkan oleh makhamah syariah samada sesuatu wasiat boleh dilaksanakan atau proses pertukaran hak milik boleh diteruskan. |
6)Pelaksanaan Wasiat |
MAIS bertanggungjawab dalam melaksanakan apa-apa yang diamanahkan kepadanya. Antaranya, melaksanakan dokumen wasiat bertulis yang disahkan oleh makhamah syariah dan telah mendapat persetujuan daripada pihak penerima mendapatkan geran probet daripada Makhamah Tinggi Sivil untuk mengesahkan pelantikan sebagai pentadbir kepada harta wasiat. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets