Cheatography
https://cheatography.com
Menghuraikan konsep pinjaman yang sebenar menurut hukum Islam.
PENGENALANPANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG | KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM | -Islam tidak menggalakkan umatnya untuk berhutang lebih-lebih lagi bagi tujuan yang melebihi keperluan hidup. | -Dibahagikan kepada 2 kategori iaitu al-'ariyah dan al-qard. | | -al-'Ariyah= Hanya melibatkan barangan yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikembalikan dalam keadaan asal seperti kereta. | | -al-Qard= Pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barang yang boleh dianggar dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan. |
INTIPATI RIBALARANGAN RIBA | FATWA PENGHARAMAN RIBA | PRINSIP-PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG | -Surah Ali Imran (ayat 130): "Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah agar kamu beruntung." | -Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke 32 pada 10-11 Jun1993: " Wang faedah yang diperolehi haram digunakan untuk diri sendiri dan hendaklah diserahkan kepada Baitulmal." | -Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan kedua-dua pihak menyedari komitmen masing-masing. | -Rasulullah s.a.w bersabda: "Daripada Jabir beliau berkata, Rasulullah melaknat penerima riba, pemberi riba, pencatat dan dua orang saksi dan Baginda bersabda: Mereka semua sama dalam melakukan dosa." (Hadis Riwayat Muslim). | | -Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman. | | | -Hutang wajib dibayar kerana ianya merupakan hak individu tertentu. | | | -Penyelesaian hutang juga disyariatkan dalam perwarisan. |
AL-QARDDEFINISI AL-QARD | PRINSIP AL-QARD AL-HASAN | -Bahasa: al-qat'u (potong). Harta yang diberikan kepada orang yang berhutang dinamakan qard kerana pemiutang memotong sebahagian hartanya untuk diberikan kepada penghutang. | -Yang dimaksudkan dengan al-Qard al-Hasan: Transaksi pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur riba dan mengutamakan kebajikan. | -Istilah: Penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang atau sesuatu yang sama nilai dengannya dipulangkan kembali tanpa sebarang penambahan. |
PENSYARIATAN AL-QARD AL-HASANDALIL | HUKUM AL-QARD AL-HASAN | Firman Allah s.w.t (Surah al-Baqarah:ayat 245): "Siapakan orang yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." | Sunat berdasarkan berdasarkan dalil daripada al-Quran dan al-Hadis serta ijma' para ulama. |
RUKUN SERTA OBJEKTIF PELAKSANAANRUKUN AL-QARD | OBJEKTIF PELAKSANAAN AL-QARD AL-HASAN | -Pemiutang (orang yang memberikan pinjaman). | -Membantu golongan yang memerlukan. | -Peminjam. | -Merapatkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin. | -Barang yang dipinjam. | -Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. | -Sighah. | -Sebagai salah satu wasilah dakwah kepada golongan bukan Islam. |
KESIMPULAN-Islam merupakan agama yang syumul melengkapi seluruh kehidupan termasuk aspek pengurusan kewangan. | -Tabiat berhutang wajar dihindari kerana akan mengakibatkan seseorang itu hidup dalam kegusaran. | -Umat Islam hendaklah menjalani kehidupan secara sederhana dan bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah. |
|
Help Us Go Positive!
We offset our carbon usage with Ecologi. Click the link below to help us!
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets