Cheatography
https://cheatography.com
The cheat sheet is created for individual assignment in Fiqh Muamalat (KFD 2303).The title that I choose for this cheat sheet is "Kaedah Pengukuran Untung(Al-Ribh) dari Perspektif Muamalat Islam".
This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.
Pengenalan Untung
Kamus Dewan |
Hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusahaan, perniagaan yang melebihi modal serta segala perbelanjaan yang berkaitan. |
Kamus Harrap’s Dictionary of Business Finance |
Lebihan wang yang diperolehi oleh firma ataupun perusahaan selepas semua perbelanjaan diselesaikan dalam suatu tempoh pengiraan sesuatu akaun. |
Bahasa |
Bahasa Indonesia perkataan untung sinonim dengan perkataan laba manakala bahasa Inggeris disebut sebagai profit. |
Ekonomi |
Sejumlah bayaran kepada faktor-faktor pengeluaran setelah ditolak daripada pendapatan bagi hasil keluaran sesebuah syarikat. |
Perakaunan |
Pengurangan pelbagai kos yang dibelanjakan daripada hasil jualan yang diperolehi. |
|
|
Untung menurut Perspektif Islam
Untung dalam bahasa Arab |
Perkataan untung dalam bahasa Arab disebut al-ribh,berasal daripada kata dasar rabiha yang bermaksud pertambahan dalam kegiatan perniagaan. |
Untung dari segi istilah bahasa Arab |
Untung adalah lebihan dan pertambahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada dua unsur pengeluaran utama iaitu usaha (al-amal) dan modal (ra’su al-mal). |
Takrifan untung oleh ahli tafsir |
Untung membawa maksud pertambahan (al-ziyadah) atau lebihan (al-fadl) ke atas modal berpandukan surah al-Baqarah ayat ke-16 yang bermaksud: “Mereka itulah orang yang memberi kesesatan dengan petunjuk, maka tidak beruntunglah perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk”. |
Pandangan untung oleh Imam al-Tabari |
Keuntungan daripada para peniaga ialah pertukaran daripada suatu barangan yang dimiliki sama ada nilai pertukaran itu sama atau melebihi harga belian barangan tersebut. Sekiranya nilai pertukaran itu kurang daripada harga beliannya maka ia dianggap rugi. |
Takrifan untung oleh Ibnu Qudamah |
Untung sebagai satu lebihan ke atas modal. Jika sesuatu modal tidak menghasilkan lebihan,maka ia tidak dinamakan sebagai untung. |
Pandangan untung oleh Ibn Khaldun (Bapa ekonomi Islam) |
Beliau mendefinisikan untung sebagai nilai yang timbul hasil daripada kerja yang dilakukan oleh manusia.Ia diperolehi hasil daripada usaha untuk mendapatkan sesuatu barang dan adanya hasrat untuk memilikinya. Apa pun jenis barangnya, jumlah pertambahan itulah yang disebut sebagai untung. |
Para Fuqaha' membahagikan untung kepada:
1) al-ghabn al-fahisy
2) al-ghabn al-yasir
|
|
1) Pendekatan Fuqaha': Ukuran Yang Tetap
Pandangan oleh Al-Khajnadi dari golongan Hanafi |
Beliau melihat al-ghabn al-fahisy adalah pada takat melebihi nisf al-usyur,manakala al-ghabn al-yasir pula tidak melebihi (nisf al-usyur) atau tepat pada kadar nilf al-usyur. |
Pandangan oleh Ibn Yahya al-Balkhi |
Beliau berpandangan al-ghabn pada barang perniagaan (al-arud) adalah nilf al-usyur, pada haiwan adalah al-usyur iaitu satu persepuluh (1/10) dan pada barangan tak alih atau al-aqar seperti bangunan adalah sebanyak al-khumus atau satu perlima (1/5). Sekiranya keuntungan melebihi ketentuan ini maka ia dianggap sebagai al-fahisy atau melampau. |
Pandangan oleh golongan Syafie dan Maliki |
Mereka melihat al-ghabn al-fahisy berlaku ketika mana kadar keuntungan yang diambil adalah melebihi al-thuluth ataupun satu pertiga(1/3). |
Pandangan oleh golongan Hanbali |
Mereka merujuk terjadinya al-ghabn al-fahisy adalah pada kadar al-thuluth atau satu pertiga (1/3), atau al-sudus iaitu satu perenam (1/6) tetapi al-Mardawi melebihkannya seperti mana sebahagian yang lain pada kadar al-rubu iaitu satu perempat (1/4). |
2) Pendekatan Fuqaha' : Ukuran Yang Fleksibel
Pandangan oleh Ibn Abidin |
Beliau melihat al-ghabn al-fahisy sebagai suatu nisbah (keuntungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pihak pentaksir (al-muqawwim). Sekiranya kadar keuntungan yang dibuat melebihi taksiran pentaksir, maka keuntungan tersebuat akan dianggap al-ghabn al-fahisy. |
Pandangan oleh sebahagian ulama' dari kalangan Maliki |
Mereka hanya berbeza pandangan dalam penetapan kadar al-ghabn tersebut sama ada pada kadar satu pertiga (1/3) atau lebih. Ada yang mengatakan tidak ada had tertentu, tetapi ia disandarkan kepada tradisi atau kebiasaan yang berlaku sesama peniaga. Sekiranya didapati sering berlaku al-taghabun (saling melakukan) sesama mereka, maka tiada pilihan bagi al-maghbun (mangsa keadaan) tetapi sekiranya berlaku di luar kebiasaan,maka dalam keadaan ini al-maghbun mempunyai pilihan. |
Pandangan oleh Al-Mardawi |
Beliau berpendapat bahawa nisbah al-ghabn atau keuntungan perlu mengambil kira al-uruf semasa (kebiasaan) dan bersesuaian dengan tahap masalah yang dihadapi. Nisbah tersebut hendaklah sedikit sahaja, supaya pulangan modal dapat diperoleh dengan mudah. |
Kesimpulan Untung
Pertama |
Para peniaga boleh menjadikan konsep untung dalam Islam sebagai panduan dalam menentukan kadar dan nisbah yang munasabah bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan yang akan diniagakan. |
Kedua |
Keuntungan yang terhasil dalam ekonomi Islam yang adalah berlandaskan ketetapan Syarak yang akhirnya membawa keadilan dan kemakmuran kepada ekonomi. |
Ketiga |
Untung yang diiktiraf oleh Islam ialah untung yang bebas daripada unsur-unsur haram seperti riba, ghabn, gharar dan ihtikar.Oleh itu umat Islam perlu berusaha untuk memperoleh keuntungan yang bebas daripada unsur-unsur yang dinyatakan itu. |
|