Cheatography
https://cheatography.com
Hak ialah bidang kuasa atau juridikasi yang diakui oleh syarak yang mempunyai kekuasaan atau tanggungjawab (taklif)- Mustafa al-Zarqa’ (menyeluruh)
This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.
DEFINISI HAK
DEFINISI HAK |
Perkataan hak adalah perkataan yang berasal dari bahasa Arab iaitu al-haq. |
DARI SUDUT BAHASA |
Hak membawa maksud kepada milik, ketetapan dan kepastian. |
DARI SUDUT ISTILAH |
Hak membawa maksud Wahbah al-Zuhaily dan Mustafa al-Zarqa' mendefinisikan hak ialah bidang kuasa yang diakui oleh syarak yang mempunyai kekuasaan dan tanggungjawab |
RUKUN HAK
PEMILIK HAK: |
Orang yang berhak memiliki hak tersebut. |
OBJEK HAK: |
Sesuatu objek atau perkara yang dimiliki oleh pemilih hak. |
SEBAB PERPINDAHAN HAK
Antara sebab perpindahan hak: |
i. Akad jual beli iaitu hak berupa harta seperti hak pemilikan barangan jualan kepada pembeli disebabkan akad jual beli. |
|
ii. Kematian iaitu hak hutang berpindah daripada tanggunjawab pemberi hutang kepada harta peninggalannya. |
SEBAB PENAMATAN HAK
Antara sebab penamatan hak: |
i. Talak: Hak perkahwinan tamat disebabkan talak. |
الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ |
Maksudnya: “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu) hanya dua kali. Setelah itu boleh dia (rujuk dan) dipegang terus (isteri itu) dengan cara yang sepatutnya atau menceraikan dengan cara yang baik.” (QS al-Baqarah: 229) |
ii. Jualan: Hak pemilikan tamat dengan jualan. |
iii. Tamat tempoh: Hak akad sewa tamat disebabkan tamat tempoh. |
iv. Kemampuan: Hak anak mendapatkan nafkah dari bapanya tamat apabila anak tersebut mampu mencari rezeki sendiri. |
|
|
JENIS HAK
Hak terbahagi kepada beberapa bahagian diantaranya ialah: |
1. Hak dilihat dari sudut pemiliknya |
i. Hak Allah |
Hak Allah bermaksud menghampirkan diri kepada Allah swt, mengagumkan dan menegakkan syiar Islam. |
ii. Hak Manusia |
Hak Manusia ialah memelihara kepentingan seseorang, sama ada hak ini bersifat umum seperti menjaga kesihatan, membendung jenayah dan harta benda. |
iii. Hak Bersekutu |
Hak Bersekutu ialah hak Allah dan Manusia bersatu. Hak ini dibahagikan 2 bahagian iaitu: Hak Allah melebihi hak manuisa dan Hak manusia melebihi hak Allah. |
2. Hak dilihat dari sudut tempatnya |
i. Hak Harta dan Hak Bukan Harta |
Hak Harta ialah setiap berkait dengan harta dan manfaat seperti hak penjual pada harga dan hak pembeli pada barang. Hak Bukan Harta ialah hak selain dengan harta seperti hak qisas. |
ii. Hak Syakhsi dan Hak Aini |
Hak Syakhsi ialah sesuatu yang diakui oleh syarak bagi seseorang keatas orang lain. Hak ini berlaku sama ada dengan melakukan pekerjaan. Hak Aini ialah sesuatu yang dakui oleh syarak bagi seseorang keatas sesuatu tertentu. |
iii. Hak Mujarrad dan Bukan Mujarrad |
Hak Mujarrad ialah hak yang meninggalkan sebarang kesan dengan sebab penarikan diri sama ada secara pendamaian atau pelupusan. Hak Bukan Mujarrad ialah hak yang meninggalkan kesan dengan penarikan diri. |
|