Show Menu
Cheatography

FIQH MUAMALAT TEORI HAK DALAM ISLAM CHEAT SHEET Cheat Sheet (DRAFT) by

Hak ialah bidang kuasa atau juridikasi yang diakui oleh syarak yang mempunyai kekuasaan atau tanggungjawab (taklif)- Mustafa al-Zarqa’ (menyeluruh)

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

DEFINISI HAK

DEFINISI HAK
Perkataan hak adalah perkataan yang berasal dari bahasa Arab iaitu al-haq.
DARI SUDUT BAHASA
Hak membawa maksud kepada milik, ketetapan dan kepastian.
DARI SUDUT ISTILAH
Hak membawa maksud Wahbah al-Zuhaily dan Mustafa al-Zarqa' mendef­ini­sikan hak ialah bidang kuasa yang diakui oleh syarak yang mempunyai kekuasaan dan tanggu­ngjawab

RUKUN HAK

PEMILIK HAK:
Orang yang berhak memiliki hak tersebut.
OBJEK HAK:
Sesuatu objek atau perkara yang dimiliki oleh pemilih hak.

SEBAB PERPIN­DAHAN HAK

Antara sebab perpin­dahan hak:
i. Akad jual beli iaitu hak berupa harta seperti hak pemilikan barangan jualan kepada pembeli disebabkan akad jual beli.
 
ii. Kematian iaitu hak hutang berpindah daripada tanggu­njawab pemberi hutang kepada harta pening­gal­annya.

SEBAB PENAMATAN HAK

Antara sebab penamatan hak:
i. Talak: Hak perkah­winan tamat disebabkan talak.
الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْ­سَاكٌ بِمَعْ­رُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْ­سَانٍ
Maksudnya: “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu) hanya dua kali. Setelah itu boleh dia (rujuk dan) dipegang terus (isteri itu) dengan cara yang sepatutnya atau mencer­aikan dengan cara yang baik.” (QS al-Baq­arah: 229)
ii. Jualan: Hak pemilikan tamat dengan jualan.
iii. Tamat tempoh: Hak akad sewa tamat disebabkan tamat tempoh.
iv. Kemampuan: Hak anak mendap­atkan nafkah dari bapanya tamat apabila anak tersebut mampu mencari rezeki sendiri.
 

JENIS HAK

Hak terbahagi kepada beberapa bahagian dianta­ranya ialah:
1. Hak dilihat dari sudut pemiliknya
i. Hak Allah
Hak Allah bermaksud mengha­mpirkan diri kepada Allah swt, mengag­umkan dan menegakkan syiar Islam.
ii. Hak Manusia
Hak Manusia ialah memelihara kepent­ingan seseorang, sama ada hak ini bersifat umum seperti menjaga kesihatan, membendung jenayah dan harta benda.
iii. Hak Bersekutu
Hak Bersekutu ialah hak Allah dan Manusia bersatu. Hak ini dibaha­gikan 2 bahagian iaitu: Hak Allah melebihi hak manuisa dan Hak manusia melebihi hak Allah.
2. Hak dilihat dari sudut tempatnya
i. Hak Harta dan Hak Bukan Harta
Hak Harta ialah setiap berkait dengan harta dan manfaat seperti hak penjual pada harga dan hak pembeli pada barang. Hak Bukan Harta ialah hak selain dengan harta seperti hak qisas.
ii. Hak Syakhsi dan Hak Aini
Hak Syakhsi ialah sesuatu yang diakui oleh syarak bagi seseorang keatas orang lain. Hak ini berlaku sama ada dengan melakukan pekerjaan. Hak Aini ialah sesuatu yang dakui oleh syarak bagi seseorang keatas sesuatu tertentu.
iii. Hak Mujarrad dan Bukan Mujarrad
Hak Mujarrad ialah hak yang mening­galkan sebarang kesan dengan sebab penarikan diri sama ada secara pendamaian atau pelupusan. Hak Bukan Mujarrad ialah hak yang mening­galkan kesan dengan penarikan diri.