Show Menu
Cheatography

Fiqh Muamalat Al-Hiwalah Cheat Sheet (DRAFT) by

Hiwalah adalah memindahkan hutang dari satu tanggungan kepada tanggungan yang lain. Misalnya, seseorang memiliki hutang, dan begitu juga orang lain memiliki hutang kepadanya sama besarnya seperti hutang miliknya.

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

PENGERTIAN HIWALAH

Bahasa
Pemindahan atau perpin­dahan
Istilah
Kontrak yang menyeb­abkan pemindahan hutang daripada satu pihak kepada pihak lain.

DALIL HIWALAH

مطل الغني ظلم فاذا أتبع احدكم على مليء فليتبع
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersab­da:­"­Mel­amb­atkan pembayaran hutang oleh orang kaya adalah zalim. Apabila salah seorang daripada kamu dibawa kepada orang kaya yang lain maka ikutla­h".

CONTOH PEMINDAHAN HUTANG

 

RUKUN HIWALAH

Muhil
Penghutang yang memind­ahkan hutangnya kepada orang lain.
Muhtal
Pemberi hutang (pemiu­tang) yang mana hutangnya akan dibayar oleh orang lain (bukan penghutang asal).
Muhal 'Alaih
Orang yang bertan­ggu­ngjawab melunaskan hutang kepada pemberi hutang (muhtal).
Muhal Bih
Hutang yang perlu dijela­skan.
Sighah
Lafaz pemindahan hutang.

SYARAT HIWALAH

1. Muhal 'Alaih mestilah berhutang dengan Muhil.
2. Hutang Muhal 'Alaih mestilah sama jenis, kadar dan sifat. Contohnya, bentuk hutang berupa duit, maka bayarannya mestilah berupa duit dengan nilai yang sama.
3. Perset­ujuan penghutang (Muhil) dan pemiutang (Muhtal).
4. Penghutang (Muhil) dan pemiutang (Muhtal) perlu mengetahui kadar hutang yang perlu dijela­skan.
 

JENIS HIWALAH

Hiwalah al-Mut­hlaqah
Hiwalah al-Muq­ayyadah
Hiwalah Muthlaqah terjadi jika orang yang berhutang (orang pertama) kepada orang lain (orang kedua) mengal­ihkan hak penagi­hannya kepada pihak ketiga tanpa didasari pihak ketiga ini berhutang kepada orang pertama.
Hiwalah Muqayyadah terjadi jika Muhil mengal­ihkan hak penagihan Muhtal kepada Muhal Alaih kerana yang terakhir punya hutang kepada Muhtal.